Akhir-akhir ni fikiran terganggu bila fikirkan perancangan masa hadapan yang tak menjadi. Semua yang dirancang macam susah untuk direalisasikan. Macam-macam yang dah dirancang, tiba-tiba ada pula masalah yang timbul. Tapi mungkin de hikmah di sebalik tiap yang terjadi. Fikiran masih tak dapat berhenti berfikir mengenai kerja dan masa depan.
Susah nak mentafsir apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia dan susah juga nak membuat orang lain memahami apa yang ada dalam hati dan fikiran kita. Itu yang selalunya menyebabkan terjadinya salah faham sesama manusia. Kalaulah kite dapat membaca apa yang ada dalam hati dan fikiran semua orang, mesti salah faham dapat dielakkan. Dunia ni mesti aman. Yelah, jangan kata nak buat jahat, niat aje pun orang lain dah dapat tahu. Tapi Tuhan tu lebih mengetahui kan. Mungkin alam ni akan hilang keseimbangannya . Yelah, macam dunia sekarang ni, kalau semua orang bijak pandai, kalau semua orang belajar sampai universiti, semua orang de kelulusan akademik yang tinggi, sape pula yang nak sapu sampah di tepi jalan? Sape pula yang nak kerja dengan majlis perbandaran? Sape pula yang sanggup kerja dengan Indah Water? Bila semua dah de diploma, ijazah, master & doktor falsafah, mesti semua orang demand nak pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka. Kalau macam tu memang dunia ni akan hilang keseimbangannya.
Kadang-kadang, pe yang kita tak mahu wujud dalam hidup kite, itulah yang kite dapat. Kadang-kadang pula pe yang kite mahu terus memiliki, itu yang diambil dari kita. Tapi sebagai manusia,perlu sedar yang semuanya adalah pinjaman untuk kehidupan dunia sahaja. Kita tidak mempunyai apa-apa hak untuk mempersoalkan kenapa semua itu terjadi. Namun bukan mudah untuk menerima takdir yang telah ditentukan untuk kita. Bila kita kehilangan sesuatu yang amat kita sayang, rasa seperti sudah kehilangan segalanya. Hidup ni rasa macam keseorangan atas dunia ni. Hanya ada kesunyian yang membelenggu kehidupan sehinggakan ada yang rasa seperti hidup tidak berguna lagi. Kadang-kadang de yang sampai sanggup membunuh diri. Tapi hakikatnya tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan.
Mudah untuk kita memberikan teguran kepada orang lain, tetapi sudah fitrah manusia sukar untuk menerima keburukan diri sendiri. Bila menasihati orang lain, semuanya nampak mudah. Memberikan ruang dan jalan untuk dipilih. Tetapi bila terkena pada diri sendiri, semuanya nampak gelap dan kelam sahaja. Sudah menjadi kebiasaan, kita akan cuba menunjukkan sifat baik yang ada pada diri kita, tapi sifat buruk sedaya upaya cuba disembunyikan agar tidak diketahui oleh orang lain. Seorang kauselor pernah berkata bahawa jangan ingat kaunselor yang senantiasa menghulurkan bantuan kepada ramai orang tidak mempunya masalah walaupun sebenarnya masalah itu adalah sama dengan masalah orang lain yang pernah diselesaikannya, tapi ianya seperti tiada penyelesaian pabila diri sendiri yang melaluinya. Sama juga keadaannya dengan doktor yang merawat dan berjaya memulihkan ramai pesakit yang menghidapi pelbagai jenis penyakit, tetapi mereka juga mungkin boleh menghidapi penyakit yang sama dengan pesakit yang pernah dirawatnya. Walaupun mereka telah menjaga segala aspek kesihatan dan kebersihan diri mereka, tapi hanya ALLAH S.W.T yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui kenapa ia berlaku kepada kita.
Apa yang termampu dilakukan oleh kita apabila berhadapan dengan masalah, cuba berfikiran positif dan memotivasikan diri. Seharusnya berkongsi masalah dengan sesiapa sahaja yang sudi mendengar. Walaupun mereka tidak mungkin dapat membantu, tapi sekurang-kurangnya hati akan merasa lebih lega kerana ianya tidak terpendam di dasar hati.
Walaupun segala yang berlaku tak seperti yang dirancangkan, tetapi kita harus terus memandang ke hadapan. Itulah nasihat dari seorang kawan. Bila difikirkan memang itulah yang harus dilakukan oleh semua orang dalam kehidupan ini. Memandang ke belakang hanyalah untuk mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi dan dijadikan pedoman agar tidak berulang lagi segala perkara buruk yang telah menjadi sejarah. Juga perlu memandang ke belakang agar kita tidak lupa akan asal-usul diri kita. Sentiasa ingat akan asal kejadian kita. Asal manusia dari tanah dan kepada tanah juga kita akan kembali. Jangan mudah lupa daratan apabila sudah berada di angkasa.
Surat dari Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar Dan Konvokesyen UiTM sampai melalui pos hari ini. Semua yang telah tamat pengajian diminta agar mengemaskini maklumat peribadi masing-masing di laman web http://konvokesyen.uitm.edu.my/. Yang paling penting perlu mengemaskini alamat, nombor telefon dan e-mail kerana segala maklumat mengenai Istiadat Konvokesyen UiTM ke-74 akan dibuat melalui SMS. Kepada semua kawan-kawan, jangan lupa kemaskini maklumat masing-masing. Hope dapat jumpa korang semua waktu konvokesyen nanti. Rindu pada semua classmate yang sama-sama berjuang dulu. Wish you all, all da best.. :)
-PUTRISYAABAN-
Tuesday, February 8, 2011
Sunday, February 6, 2011
Makan Angin Bersama Keluarga
Cuti sempena Tahun Baru Cina baru-baru ni, my sis bawa jalan-jalan di Teluk Chempedak. Sehari sebelum tu pula kitorang pegi bawa budak-budak kecik pegi main di Pantai Telok Kalong. Dua hari cuti memang keje berjalan je la... Walaupun penat tapi seronok layan both of my niece main. My niece, Aina tak berapa sihat, demam. Tapi bila berjalan sihat pula dia. Pulang je rumah tak sihat balik. Tak tahu la kenapa.
-PUTRISYAABAN-
-PUTRISYAABAN-
Merenung Masa Hadapan
Akhir-akhir ni lebih banyak berfikir dan merancang pasal masa depan. Fikirkan pasal payback my study loan. Fikirkan pasal kerja, family & macam-macam lagi la. Fikirkan pasal study loan memang sakit kepala. Yelah, kalau setakat satu jenis loan takpe la jugak, ini sampai dua jenis. Waktu diploma ambil loan yayasan negeri, waktu degree pulak ambil ptptn... Waktu meminjam seronok je tiap kali dapat duit. Sekarang da pening nak bayar balik. Comfirmation tukar kepada sistem Ujrah bagi loan PTPTN pon belum dapat lagi... Hope semuanya lancar la. Nak bayar dua-dua loan & habiskan dalam masa 10 tahun rasanya berat juga. Tapi lagi lama kos pentadbiran die pon lagi tinggi la.
Lepas fikir pulak pasal car loan. Of course la bila da dapat kerja nak kena cari transport sendiri, senang nak bergerak ke mana nak pergi kan. So rajinkan la diri ushar di internet ni pasal harga kereta. Kereta faveret kalu jenama nasional tu.. Of course la Proton Inspira 2.0 Auto, Black Metallic color.. Memang cun habis la. Tapi dalam mimpi la.. Installment kereta tu RM1000++ every month. Down payment pon agak tinggi juga.
Lepas tu fikir pasal kerja la pulak. Someone de juga offer nak carikan kerja. Tapi di Sabah la. My mom tak kisah sangat, janji dapat kerja yang sepadan dengan kelayakan. Baru la berbaloi rasanya nak pergi kerja jauh-jauh. Bila fikir-fikirkan, on saja la. Yelah, sekarang bukan senang nak dapat kerja. Tapi sekarang ni belum dapat comfirmation lagi. Yelah, resume pon belum hantar lagi. De masalah la pulak. Yelah, kepala ni asyik duk fikir, betul ke nak pergi kerja kat Sabah ni... Kalau start kerja dalam bulan Mac or April, my convocation pula maybe dalam bulan May or June. Nak kena pulang Semenanjung pula. Kos macam besar je. Nak ulang-alik camtu. Bila nak convo nanti of course la my parent nak pergi, so kena uruskan hal penginapan & transportation dorang. Agak menyakitkan kepala bila nak difikirkan. Tapi buat masa sekarang, layan je la. Hope everything will be fine.

Monday, January 31, 2011
New Year
Hari ni da hari terakhir dalam bulan Januari 2011. Maksudnya da sebulan kite melangkah masuk ke tahun yang baru 2011. Tahun baru umur pon makin meningkat la... My niece yang sulung tu da 5tahun. So this year dia start masuk tadika. Budak nakal yang benama Aina ni memang dah lama tak sabar-sabar nak pegi sekolah. Hari-hari datang rumah membodek nenek dia belikan beg sekolah yang de tyre tu...
My bro cerita, waktu awal pagi first day tu, ramai bebudak yang menangis...Tapi my niece ni selamba je pegi masuk kelas & duk paling depan. Bila balik dari sekolah, my bro bawa la my niece kedai beli barang. So bila die datang tu, tanya la dengan si Aina, belajar apa hari ni?? Tapi lain yang ditanya lain yang dijawabnya... Sibuk bercerita pasal cikgu die bagi makan nasi goreng dengan ayam... Aduhai...Balik rumah pula dia sibuk nak menari...
Lepas 1week bersekolah, Aina tak sihat la pula... Demam.. Lebih kurang dalam 3hari macam tu die tak pegi sekolah. Takpergi sekolah hari Selasa, Rabu & Khamis. Jumaat & Sabtu pula memang sekolah tutup. The next week bila my bro nak hantar die pegi sekolah. Dia menangis tak berhenti. Katanya takut kawan-kawan di sekolah marah coz lama die tak pergi sekolah kan.... Lepas dari hari tu.. Hampir setiap hari die menangis. Alahai budak ni.... Tapi sekarang macam da kurang sikit...
Sekarang ni, bila die datang je ke rumah, banyak la yang die duk cakap sorang-sorang. Kejap-kejap baca doa makan. Lepas tu bilang 1 sampai 10 pula. Berselawat & macam-macam lagi la... Bangga juga la dengar... Baru sebulan sekolah da banyak juga yang dia dapat catch up.
Ramai my friends yang cakap Aina macam my daughter la pula. Setiap hari kalau dia ada di rumah, bila pulang je dari kerja mesti disambut oleh dia. Sibuk nak ambik my bag... Selalu ingat de bawa balik something untuk dia. Yang tak tahan kalau dia tidur di rumah waktu malam. Jadi magsa cubitan, tumbukan & terajang dia la... Menangis mau pulang rumah die. Selalunya betul-betul dapat tido nyenyak after 3am. Kalau the next day tu tak keje, no hal la sangat... Kalau esoknye hari bekerja.... Jawabnya de yang termenung di tempat keje...
Sekarang, bila on phone & die ada di sebelah...mesti dia sibuk mau cakap juga... Tak kisah la waktu sape yang dalam talian...
Dalam 2bulan ni sibuk kerja & layan si budak nakal tu... Bila terfikir pasal nak cari kerja tetap, mula la kepala naik pening.. Aduhai.. Tak tau nak buat macam mana lagi ni... Kebanyakan kerja memang nak kena ada experience... Tapi kalau semua employers nak employee yang de experience.... Sampai ke tua la yang fresh graduates ni tak dapat kerja...
Life planning ni da banyak dalam kepala... Tapi keje tetap tak dapat lagi... Semua pon stuck... Tak dapat jalan... Fikirkan nak bayar study loan lagi... Kalau sikit xpe la... Ini cecah puluh-puluh ribu... Kena cover bayar 2loan lagi.. yelah, time diploma dulu ambil loan lain, bila degree pula ambil loan lain...tapi lagi bagus daripada dua-dua ambil loan ptptn coz ptptn de kos pentadbiran. Nasib la sekarang ni sistem ujrah diperkenalkan... At least percentage kos pentadbiran die tu dapat la dikurangkan 3% kepada 1%. Sekarang masih belum dapat pengesahan bertukar kepada sistem ujrah. Hopefully semuanya lancar la... Kalau loan dengan yayasan terengganu pula takde caj pape.. So kira ok lagi la... Banyak mana pinjam, banyak tu juga kena pulangkan...
Ramai lagi kawan-kawan yang belum dapat kerja... Tapi de juga yang da dapat... Memang beruntung la sape yang da dapat kerja tu..... Tahniah buat korang... Yang belum dapat tu.. Sama-sama la kita usaha & berdoa supaya cepat dapat kerja... Bila macam ni... Rindu nak study balik... Rindu kehidupan sebagai sorang pelajar... Teringin untuk sambung master, tapi.... biar la dulu, cari kerja dulu..hehe... Miss all my ex-classmate, ex-roomate, ex-housemate & semua la... Wish dapat jumpa korang satu hari nanti...
Speacial buat my ex-roomate Capa, Selamat Bertunang yang bakal bertunang pada 3 Febuari, 2011. Cepat-cepat la kawen ye...hehehehe.. Sowi sangat-sangat coz tak dapat attend majlis.... Banyak sangat halangan... Nanti bila ko kawen, i will be there for you...hehehe...

Friday, December 31, 2010
Cerpen 1 : Masih Ada Yang Sayang
Baru-baru ni my mom selongkar semua majalah sekolah lama kitorang. So temankan la my mom tengok sekali. Then selongkar pulak satu box besar tempat simpan segala barang-barang lama. Terjumpa la my cerpen ni. Cerpen ni first cerpen yang ditulis. Kalau tak silap waktu form 1 or form 2.Dalam tahun 2000 or 2001 camtu la. Cerpen ni ditulis untuk masuk pertandingan Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan Kebangsaan. My best friend pon masuk jugak. Tapi dapat hadian misteri aje la. Bila baca balik, rasa macam kelakar pon ada jugak. Gaya penulisan tak matang lagi la katakan...Hehehe... Sekarang ni rasa macam nak menulis balik, tapi masa terluang tu tak banyak. Maybe kalau idea datang, boleh mencelah juga la. At least, sikit, lama-lama dapat siap juga kan..
*********************************
MASIH ADA YANG SAYANG
"Ira, Amir, jangan ganggu papa drive. Cuba duduk diam-diam sikit", Datin Norizah menegur kelakuan dua anaknya yang nakal. Sejak awal perjalanan, hatinya kecilnya merasa cukup gelisah tetapi tidak pula dia pasti akan sebabnya. Perjalanan ke Kangar, tempat kelahiran Datuk Hamzah yang mengambil masa hampir lima jam itu cukup meresahkan buatnya.
"Zah, rehatlah dulu. Masih jauh lagi ni. Zah pun pasti letih kan", tiba-tiba Datuk Hamzah bersuara apabila melihat isteri kesayangannya itu kegelisahan. Datin Norizah cuba untuk memaksa matanya agar terpejam, namun kerisauan yang bertandang di hati menghalang lenanya.
Kepenatan yang menguasai diri akhirnya membuatkannya kalah dan dia terlena jua akhirnya. Amir yang merupakan anak bongsu kepada Datuk Hamzah dan Datin Norizah juga telah lama hanyut dibuai mimpi, namun Zakira pula masih asyik membaca novel yang baru dibelinya semalam. Perjalanan yang sunyi dan membosankan itu akhirnya turut membuatkan Zakira terlena. Datuk Hamzah terus memandu dengan berhati-hati. Dia menyedari bahaya yang bakal menimpa sekiranya dia terlalai walau satu saat sekalipun, nyawa mereka sekeluarga akan melayang. Ketika itu mereka berada di lebuhraya yang terdapat gaung yang dalam di kira dan kanan sepanjang perjalanan mereka. Lebuhraya agak lengang tetapi suasana malam yang gelap ditambah pula dengan hujan lebat yang mengiringi sedikit mengganggu tumpuan Datuk Hamzah pada pemanduannya.
"Papa!"
Jeritan Zakira yang nyaring membuatkan Datuk Hamzah tersentak. Serentak itu juga kereta berjenama Mercerdes Benz Coupe yang dipandunya tidak mampu dikawal lagi dan terus merempuh tembok jalan.
"Ira".
Satu usapan yang lembut yang menyapa di bahunya membuatkan ingatannya pada tragedi ngeri itu berlalu pergi.
"Ira, hari dah senja ni. Mari Kak Nita hantarkan Ira ke bilik".
Wajah penyelia asrama itu ditatap dengan rasa sayu. Ada rasa sebak yang bertandang dan menyesakkan dadanya. Tanpa dapat ditahan lagi air matanya terus mengalir membasahi pipi.
"Ira tak mahu tinggal di sini! Ira tak mahu tinggal di rumah anak-anak yatim! Ira nak tinggal di rumah. Dengan mama, dengan papa dan Amir".
Tersentuh hati kecil penyelia muda itu. Dipeluknya Zakira dengan seerat-eratnya dengan harapan dapat meredakan gelora di hati anak kecil itu. Setelah tangisan Zakira reda, tangannya terus mencapai tongkat yang berada di sisi bangku tempat mereka duduk. Rasa benci hadir menyerbu ke benak rasa Zakira. Dia amat benci melihat tongkat itu. Kemalangan yang meragut nyawa ahli keluarganya yang tersayang turut mengakibatkan tulang kakinya patah. Namun tiada apa yang mampu dilakukannya tanpa tongkat itu. Perlahan-lahan dia mnyambut huluran tongkat dari Kak Nita. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke blok asrama yang menjadi tempat berteduh Zakira.
Selesai sahaja menunaikan solat Isyak, Zakira terus merebahkan badannya ke atas katil. Pandangannya menerawang pada syiling. Masih terbayang di ruangan matanya akan tragedi yang menimpanya itu. Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba fikirannya teringatkan seseorang yang telah lama tidak ditemuinya.
"Di mana Abang Nizam sekarang? Bagaimana keadaannya? Bila Abang Nizam mahu pulang? Tahukah Abang Nizam akan keadaan yang terjadi ini?".
Berbagai soalan datang menerpa di fikirannya. Baru sekarang dia teringat pada abangnya yang sulung. Telah sekian lama abangnya itu menyambung pengajian ke Australia dalam bidang kejuruteraan dan tidak pernah pulang ke Malaysia. Pabila kembali difikirkannya, dia menyedari yang dirinya lebih beruntung berbanding penghuni-penghuni yang lain di rumah itu.
Hari kian berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan terus berganti, namun Zakira tetap tidak dapat membiasakan dirinya dengan persekitaran di situ. Dia merasa sedikit beruntung kerana Fatin, teman baiknya di rumah itu sentiasa ada di sisi ketika dia memerlukan teman. Baginya hanya Fatin yang memahami apa yang dirasainya. Keadaan kakinya juga kian sembuh.
Pada suatu hari, Zakira telah dipanggil Kak Nita ke pejabat pengurusan. Kak Nita memberikan teguran dan menasihatinya agar bergaul dengan semua penghuni-penghuni di rumah itu kerana mereka di situ diibaratkan seperti satu keluarga. Selain itu juga, dia diwajibkan untuk menyertai mana-mana pasukan sukan yang terdapat di rumah itu. Oleh kerana Fatin merupakan ahli pasukan bola jaring, Zakira mengambil keputusan untuk turut menyertai pasukan bola jaring walaupun hatta bola jaring itu belum pernah disentuh olehnya walau sekalipun sebelum ini.
Hari pertama menjalani latihan bola jaring, Zakira melakukan banyak kesalahan dan dia diberikan teguran oleh Kak Nita agar lebih bersemangat kesukanan. Pada latihan yang berikutnya, Zakira cuba melakukan yang terbaik namun dia seringkali terjatuh disebabkan kakinya yang masih belum begitu kuat. Namun demikian, kesibukannya menjalani latihan bola jaring pada setiap petang menghalangnya dari terus termenung dan mengingati sejarah lampau. Tidurnya pula lebih lena dan tidak lagi dihantui oleh mimpi-mimpi ngeri.
Setelah sekian lama menjalani latihan bersama pasukan bola jaring, Zakira akhirnya berjaya menyertai satu perlawanan persahabatan dengan rumah anak-anak yatim yang lain.
Hari yang dinanti-nanti tiba jua. Perlawanan dimulakan tepat jam 4.25 petang. Perlawanan berlangsung dengan rancak. Ketika waktu rehat selepas separuh masa yang pertama, Zakira dan ahli pasukannya yang lain mendengar strategi yang diaturkan oleh jurulatih pasukan mereka. Zakira diberikan teguran oleh jurulatihnya kerana cuai sehingga menyebabkan pihak lawan berjaya mengatasi mereka dengan jaringan gol sebanyak 10 - 5. Posisinya sebagai pemain pertahanan yang dianggap tonggak kepada kekuatan pasukan amat penting dalam menentukan keputusan perlawanan.
Perlawanan diteruskan kembali. Zakira memberikan sepenuh tumpuan kepada perlawanan yang sedang berlangsung, namun ketika perlawanan hampir tamat, sekali lagi Zakira telah melakukan kesalahan sehingga pasukan mereka mengalami kekalahan teruk dengan mata jaringan sebanyak 7 - 15. Kerana kesalahannya itu, Zakira terus dipersalahkan oleh ahli pasukannya yang lain.
"Apa yang kau fikirkan ketika game tadi Ira? Kau sepatutnya tumpukan perhatian kau pada game. Fokus. Nasib baiklah game hari ni cuma perlawanan persahabatan saja. Kalau perlawanan yang betul...".
Zakira tidak mampu untuk terus menadah telinga mendengar kata-kata amarah dari rakan-rakan sepasukannya itu. Hatinya terasa begitu pedih kerana dia telah mencuba sedaya upaya untuk membantu pasukannya mencapai kemenangan. Semenjak dari hari itu, terasa seperti dirinya semakin jauh dari rakan-rakannya itu. Dia merasakan seolah-olah dirinya dipulaukan oleh rakan-rakan yang lain.
Sedaya upaya Zakira cuba untuk menyembunyikan rasa hatinya itu dari pengetahuaan sesiapapun. Zakira menjalani latihan bola jaring seperti biasa. Namun Rakan karibnya, Fatin dapat merasakan perubahan sikap Zakira yang lebih banyak mendiamkan diri. Telah banyak kali Fatin berusaha memujuk Zakira untuk menceritakan masalah yang dihadapinya namun semuanya hampa.
Dalam suatu latihan, kaki Zakira telah terseliuh ketika berlakunya perebutan bola dengan rakan pasukannya, Illa. Fatin yang merupakan penjaga gol segera menerpa ke arahnya apabila terdengar sahaja jeritan Zakira. Rakan-rakan yang lain turut mengerumuninya. Zakira segera diusung ke biliknya. Kak Nita menyapu ubat serta mengurut bahagian kakinya yang terseliuh. Mengalir air matanya menahan kesakitan ditambah rasa sebak yang menghimpit perasaan. Sangkaannya meleset sama sekali bahawa rakan-rakan pasukannya itu telah membenci dirinya. Hubunganya yang tidaklah begitu erat dengan rakan-rakan penghuni di rumah itu ditambah pula dengan kecuaiannya ketika perlawanan tempoh hari membuatkannya merasa jauh dari rakan-rakan yang lain. Akan tetapi baru disedarinya bahawa rakan-rakannya tidak pernah menyalahkan dirinya atas kecuaiannya itu. Mungkin sudah fitrah manusia yang suka mencari kesalahan orang lain membuatkan mereka menjadikan Zakira sebagai penyebab kepada kekalahan pasukan mereka. Namun ianya tidak berpanjangan kerana kalah dan menang adalah adat dalam pertandingan.
Zakira meminta maaf dengan semua rakan-rakannya kerana beranggapan buruk kepada mereka. Semenjak itu, barulah Zakira benar-benar merasakan bahawa dia dan penghuni-penghuni yang lain di rumah itu bagaikan satu keluarga. Kehidupannya mula berubah ceria dan hari-hari yang berlalu dilaluinya dengan gembira. Mereka sama-sama berkongsi nasib yang sama. Segala-galanya mereka kongsi bersama. Segala kenangan yang pahit dalam hidupnya mulai luput sedikit demi sedikit dari ingatannya. Zakira juga terus aktif bermain bola jaring yang kini telah menjadi sukan kegemarannya.
Suatu petang, ketika Zakira sedang berlatih bola jaring bersama rakan-rakanya, Kak Nita memanggilnya untuk segera hadir ke pejabat pengurusan. Sepanjang perjalanan menuju ke pejabat pengurusan, akalnya tidak henti memikirkan apakah kesalahan yang telah dilakukannya. Kegelisahan di hati cuba dikurangkan dengan menghayati pemandangan alam sepanjang perjalanan yang ditempuhinya itu. Tiba di hadapan pintu pejabat, Zakira berdiri kaku. Terasa ragu-ragu untuk terus melangkah masuk. Namun digagahkan juga dirinya untuk berhadapan dengan kenyataan.
Sebaik sahaja pintu dibuka, pandangannya terpaku pada seorang pemuda. Pandangan terus terpaku pada sesusuk tubuh yang amat dikenali dan dirinduinya itu. Terasa ingin menjerit memanggil nama pemuda itu. Namun tiada suara yang terkeluar dari mulutnya. Hanya air matanya yang mengalir keluar perlahan-lahan membasahi pipinya. Pemuda itu yang terkejut melihat reaksinya segera berdiri dan menuju ke arahnya. Badannya dipeluk erat.
"Abang Nizam....", hanya itu perkataan yang terkeluar dari mulut Zakira.
Lama mereka kaku berpelukan. Ada rasa sebak, gembira dan sedih. Semuanya bercampur baur dalam hati Zakira ketika itu. Abang Nizamnya turut sama mengalirkan air mata ketika itu.
Kak Nita yang hanya menjadi pemerhati kelakuan mereka dua beradik buat beberapa ketika akhirnya mempelawa mereka untuk duduk di sofa. Zakira mendengar cerita dari Abang Nizamnya bagaimana sukarnya hidup di perantauan. Abang Nizam tidak pernah melupakan dirinya walaupun sedetik waktu yang berlalu. Kehidupan Abang Nizam amat sukar setelah kematian kedua orang tua mereka. Abang Nizam terpaksa mencari kerja sambilan untuk menampung kos perbelanjaan hidupnya. Azamnya cuma satu. Dia akan kembali dengan kejayaan dan memberikan kehidupan yang baik buat satu-satunya ahli keluarga yang dimilikinya kini, Zakira.
Kini baru Zakira mengetahui dan mengerti akan apa yang telah terjadi. Baru disedarinya pengorbanan yang telah dilakukan Abang Nizam adalah kerananya. Dipeluk abangnya itu seerat-eratnya. Zakira diberitakan bahawa abangnya itu mahu dia tinggal bersamanya. Tambahan pula Abang Nizam telah mendapat pekerjaan yang bagus setaraf dengan kelayakannya. Sememangnya Zakira ingin tinggal bersama abangnya itu, namun terasa pilu untuk meninggalkan rumah tempat dia menumpang kasih dan berkongsi rasa dengan teman-teman yang senasib dengannya. Namun dia terpaksa akur juga atas nasihat dari Kak Nita.
Saat perpisahan tiba jua. Fatin merupakan orang yang paling sedih untuk berpisah dengannya.
"Zakira, jangan lupakam kami di sini. Kami di sini semuanya sayangkan Zakira", Kak Nita bersuara mewakili semua penghuni rumah itu.
Zakira berpelukan dan bersalaman dengan semua rakan-rakan penghuni rumah itu. Air matanya tidak mampu ditahan dari terus tumpah membasahi wajahnya. Terasa amat perit sebuah perpisahan. Zakira melangkah perlahan-lahan menuju ke kereta Proton Waja milik Abang Nizam. Di saat kereta Proton Waja itu embawanya pergi, rakan-rakannya memberikan lambaian kepadanya mengiringi perpisahan mereka. Zakira berazam akan datang melawat rakan-rakannya di rumah itu pabila ada kelapangan. Kini sinar kebahagiaan kembali menyinar di dalam kehidupannya. Impiannya untuk tinggal kembali bersama ahli keluarganya di rumah tinggalan kedua orang tuanya termakbul jua. Hari-hari yang mendatang bakal mengundang kebahagiaan ke dalam hidupnya. Mentari kembali memancarkan sinar cerianya dalam kehidupan Zakira.

***************************************
Hehehe, asyik tergelak sendiri je bila baca balik cerpen ni. Papepon, ianya tetap satu kenangan... :)
-PUTRISYAABAN-
Thursday, December 30, 2010
Soal Hati
Tak sangka camni jadinya bila da habis study. Tak pernah terbayang & terlintas pon di fikiran yang semua ni akan terjadi... Sebelum ni dengar cerite orang aje, sekarang da jadi kat diri sendiri pulak.Kalau nak bercakap soal hati & perasaan ni semuanya tak dapat diatur. Kadang-kadang diri sendiri pon tak mampu untuk tafsirkan apa yang ada dalam hati sendiri apalagi nak tafsir apa yang ada dalam hati orang lain.
Hampir 5tahun 6bulan juga hati dah ditawan oleh dia. Bermacam-macam cara juga dicuba untuk buang perasaan tu coz rasanya jalan terbaik dan selamat dalam menjaga hati sendiri dan semua orang especially family & orang-orang yang terdekat dalam hidup, jangan bermain dengan api. Tapi semuanya tak la begitu mudah. Soal hati memang sangat rumit untuk dirungkaikan. Kadang-kadang terfikir pasal someone tu je boleh buat hati betul-betul rasa pedih, tak perlu dia sendiri yang menyakitkan hati. Tapi semua ni tak ada kesudahannya. Yang mampu dilakukan cuma pasrah & berserah je pada ALLAH s.w.t coz Dia telah menentukan jodoh yang terbaik buat setiap hambanya.
Someone pernah berkata, hubungan yang telah lama terjalin tu, tak semestinya akan terus berpanjangan, tapi yang baru pula, mungkin akan berpanjangan dan berkekalan. Bila difikirkan, semua tu ada betulnya. Tapi soal jodoh bukan perkara main. Perlu fikirkan betul-betul.
Perkara ni betul-betul jadi rumit bila my mom n my family start cerite soal kawen. Semuanya kes my brother punya kawan datang rumah. Seyes tak tau pon apa tujuan asal die datang. Lama jugak la lepak di rumah, so kite berkurung aje la di dalam bilik. Esoknya tu, da whole family duk cerite-cerita pasal die tu. Tak tau la betul ke tidak. Tapi my mom cakap sebenarnya da kali ke-2 die datang ke rumah, macam mana nak cakap dengan ayat yang betul ye.... Bahasa mudahnya, my mom cakap dia datang ushar la. Da truthnya tak tau la...tapi boleh plak my sis & my mom pesan jangan nak terlalu memilih sangat, nak yang hensem-hensem... Masalahnya bukan itu yang jadi ukuran, yang pastinye...I'm not ready yet. My mom ley lak cakap, nanti kalau betul-betul suka terus je masuk meminang. My mom pesan, jangan kawen lambat-lambat. Bukan my mom je yang pesan, de la jugak yang len pesan. Kadang-kadang rasa macam kena paksa kawen pulak, sesak je rasa.... Keje tetap pon belum dapat, kalau boleh tak mau la cite pasal ni. Study loan yang menggunung tu tak terbayar lagi.
Susah jugak nak berterus terang dengan parent & family ni rupanya. Nak jaga hati sendiri at da same time nak jaga hati family & orang-orang yang berkenaan. Juz don't want to hurt anybody. Sekarang ni dapat berserah & tawakkal aje la..Dah tak mampu nak buat keputusan bila didesak macam ni. Hope everything will be ok.

Monday, December 20, 2010
Selamat Bergraduasi Buat Semua Teman-teman
Agak terlewat untuk menyatakan ucapan ni buat semua kawan-kawan. Secara rasminya kebanyakan dari kawan-kawan semuanya dah pun wist trough Facebook. Biasa la, boleh dikatakan everyone de account Facebook, tak sure la pulak kalau ade yang tertinggal takde account FB...
Last week, 10 December, 2010 result dah pun diumumkan secara rasmi. Hari tu, semua status FB kawan-kawan pasal grad. Yelah, penat lelah 2 1/2 tahun kami semua menyandang gelaran sebagai student CS229 a.k.a Bachelor in Science (Honour) Mathematics. Akhirnya 10 December, 2010 itulah detik yang teamat indah bila kami semua diumumkan secara sah telah menamatkan pengajian kami dalam course tersebut. Walaupun result agak merudum, tapi Alhamdulillah, dapat juga grad tanpa halangan yang besar. At least, bersyukur coz tak perlu lalui apa-apa peperiksaan lagi... Terasa lapang di hati untuk start menjari kerja rasmi. Sikit punya penat setiap hari balik kerja terus saja buka my laptop, survey segala kerja yang ada. Sekarang peluang kerja agak kurang kerana ekonomi Malaysia pun baru nak membangun balik. Kadang-kadang terasa bosan dan give up je sebab setiap kali nak apply kerja kena isi form yang mahukan maklumat yang sama. Penat mengadap form yang berjela-jela panjangnya tu..
Buat kawan-kawan yang menyambung pengajian mereka ke peringkat Master. Selamat maju jaya. Semoga perjalanan study korang semua berjalan dengan lancar dan korang semua berjaya menamatkan Master korang dengan jayanya. Teringin juga untuk menyambung pengajian ke peringkat Master, maybe tunggu intake July 2011. InsyaALLAH, kalau ada rezeki. My mom pun da bagi greenlight, my dad pula macam tak kisah sangat. Tapi hopefully, kalau ada rezeki sambung Master nanti, tak sampai menyusahkan my family lagi. My family da banyak sangat berjasa. Bukan saja my mom and dad, both my brothers, my only sister and also my brother in law. Very appreciate their support all this time.
Azam sempena MAAL HIJRAH 1432H, hope dapat bantu ringankan beban my family.

Thursday, December 9, 2010
Coretan Tinta
Da lama sangat tak berkarya. Bila habis je sekolah menengah, lebih banyak tumpukan pada akademik hingga terlupa pada hobi yang satu ni... Kalau zaman sekolah dulu, pantang ada masa, mesti duk berangan, cari idea untuk menulis... Ada bagusnya jugak bila berkarya ni. Biasanya kalau kepala tengah berserabut, hati tak tenang or emosi terganggu, luahkan semuanya pada penulisan. Kadang-kadang ape yang ditulis tak sama pon dengan isi hati time tu. Tapi pe semuanya dapat dilepaskan pada penulisan.. Iyelah, kalau nak mengadu pada someone, belum tentu lagi orang tu nak dengar cerita kite. Bila orang tu tak faham pe yang kite rasa, mula la nak rasa sakit hati... Mungkin juga waktu tak sesuai.. Kalau kawan kite tu pon tengah de problem nak fikir, takkan la kite nak menyusahkan kawan kite tu plak kan... Maybe kawan kite tu sanggup je dengar sebab nak jaga hati kita..
Macam lirik lagu Ct Nurhaliza tu..Purnama Merindu..
Nak dijadikan cerite, masa isi form tu, die minta nama pena la plak... So dari situ la ter"wujud"nya nama yang digunakan sampai sekarang. PUTRISYAABAN. Yang kelakarnya pernah de kawan-kawan yang ingat itu my real name sebab dalam semua buku pon tulis nama tu.... Ade jugak kawan-kawan yang tak ingat my real name, tapi ingat nama pena tu. Tak kisah la since memang suke sangat dengan nama tu... Sebenarnya putri + syaaban tu sebab syaaban tu bulan ke-8 dalam kalendar tahun Hijrah.. Dalam kalendar georgian plak, my bufday bulan 8.. Putri tu plak, bese la..dari kecik suke sangat tengok, dengar & baca fairy tale kan... Bila combine tu best lak bunyinya...
Masa sayembara tu, takde la menang hadiah utama pon.. Tapi menang hadiah misteri tu pon da seronok sangat da walaupon sebenarnya tak suke sangat pon hadiah tu...hehehe... Then masa sekolah menengah plak, hampir every edition my school magazine 2 de je karya penulisan yang di'publish".. Bila da jadik editor school magazine tu segan plak nak hantar karya sendiri.. Bimbang lak orang cakap yang bukan-bukan...
Masa study diploma plak, de la tulis dua novel.. Tapi kenyataannya cuma rangka novel tu je yang siap... Paling banyak pon yang 2nd novel tu siap lebih kurang 25episode.. Da de jugak kawan-kawan yang da baca... Tapi kesibukan study tu tak mengizinkan untuk terus berkarya.... Ntah ke mana hilangnya novel tu...Rasanya rangka novel tu ade lagi.. Lepas ni kena selongkar semua barang-barang lama... Mana la tau boleh sambung balik... Blog ni pon wujud atas minat pada penulisan jugak... Tapi lama jugak tergendala sebab kesuntukan masa.... Kalau de lagi yang lama-lama tu, maybe ley publish kat sini la kot... Sekarang ni pon bukan de keje sangat pon time weekend... Nak kuar jejalan pon malas....huhu... Hopefully ley sambung balik my hobby yang satu nih...
-PUTRISYAABAN-
Macam lirik lagu Ct Nurhaliza tu..Purnama Merindu..
"Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk"
Maksudnya kalau nak bercerita & mengadu masalah tu, biarlah orang tu sudi & ikhlas kan.. Kalau tak silap, my first try dalam berkarya ni start dengan pantun, sajak & syair.. Time tu sekolah rendah lagi.... Biasalah, budak-budak lagi... Mana nak menulis panjang-panjang... Semuanya bermula bila my cikgu suruh setiap student tulis pantun dalam kelas.. Then my pantun terpilih, kena baca depan perhimpunan.. Dari situ timbul la minat & beri satu inspirasi... Lepas tu my sajak di"publish" dalam buletin bulanan library sekolah... Suka sangat la time tu... Budak-budak lagi kan.. Lepas tu da mula la berani sikit... Masuk la pertandingan Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan masa tahun 2003. Peringkat kebangsaan. Cikgu bukan main lagi bagi sokongan sebab benda macam ni tak pernah de student yang nak buat. Tapi takde la masuk sorang-sorang. Macam biasa la, always with my best friend since kitorang de minat yang sama.Nak dijadikan cerite, masa isi form tu, die minta nama pena la plak... So dari situ la ter"wujud"nya nama yang digunakan sampai sekarang. PUTRISYAABAN. Yang kelakarnya pernah de kawan-kawan yang ingat itu my real name sebab dalam semua buku pon tulis nama tu.... Ade jugak kawan-kawan yang tak ingat my real name, tapi ingat nama pena tu. Tak kisah la since memang suke sangat dengan nama tu... Sebenarnya putri + syaaban tu sebab syaaban tu bulan ke-8 dalam kalendar tahun Hijrah.. Dalam kalendar georgian plak, my bufday bulan 8.. Putri tu plak, bese la..dari kecik suke sangat tengok, dengar & baca fairy tale kan... Bila combine tu best lak bunyinya...
Masa sayembara tu, takde la menang hadiah utama pon.. Tapi menang hadiah misteri tu pon da seronok sangat da walaupon sebenarnya tak suke sangat pon hadiah tu...hehehe... Then masa sekolah menengah plak, hampir every edition my school magazine 2 de je karya penulisan yang di'publish".. Bila da jadik editor school magazine tu segan plak nak hantar karya sendiri.. Bimbang lak orang cakap yang bukan-bukan...
Masa study diploma plak, de la tulis dua novel.. Tapi kenyataannya cuma rangka novel tu je yang siap... Paling banyak pon yang 2nd novel tu siap lebih kurang 25episode.. Da de jugak kawan-kawan yang da baca... Tapi kesibukan study tu tak mengizinkan untuk terus berkarya.... Ntah ke mana hilangnya novel tu...Rasanya rangka novel tu ade lagi.. Lepas ni kena selongkar semua barang-barang lama... Mana la tau boleh sambung balik... Blog ni pon wujud atas minat pada penulisan jugak... Tapi lama jugak tergendala sebab kesuntukan masa.... Kalau de lagi yang lama-lama tu, maybe ley publish kat sini la kot... Sekarang ni pon bukan de keje sangat pon time weekend... Nak kuar jejalan pon malas....huhu... Hopefully ley sambung balik my hobby yang satu nih...
-PUTRISYAABAN-
Subscribe to:
Posts (Atom)