Pages

Wednesday, April 25, 2012

Perancangan

Sebagai manusia, kite selalu merancang, apa yang kita mahu lakukan. Tak kisah la sama ada perancangan tu untuk jangka masa yang singkat ataupun untuk jangkamasa yang panjang. Tapi kita sebagai manusia tetap juga tak mampu untuk melawan apa yang telah ditakdirkan pada kita oleh Yang Maha Esa. Apa yang kita boleh lakukan hanyalah mencuba selagi kita terdaya untuk mengubah nasib yang telah kita lalui sekarang untuk menjadi yang lebih baik di masa hadapan. Kita tidak mampu untuk mengubah apa yang akan terjadi kerana perkara tersebut belum pun terjadi dan kita sendiri tidak tahu yang perkara tersebut akan terjadi. Lainlah kalau kita ni hidup di dunia khayalan yang kita mampu jadi apa saja yang kita inginkan. Macam dalam cerita “Heroes”, mereka yang memiliki kuasa luar biasa. Boleh pula pergi ke masa lepas ataupun masa hadapan untuk mengubah apa yang telah dan bakal berlaku. Kalau macam tu pasti takde lagi kucar kacir yang berlaku dalam dunia ni. Segala yang salah dapat dibetulkan kembali. Nak menyelamatkan orang yang dah mati pun boleh (Kalau yang mati sebab kemalangan la...)

Seterusnya selepas berusaha yang terdaya, berdoalah supaya apa yang kita usahakan akan membuahkan hasil sepertimana yang kita harapkan dan langkah yang terakhir hanyalah bertawakkal dan redhalah dengan setiap apa yang terjadi kerana sesungguhnya ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpa kita.

Mungkin kita berazam dan merancang untuk tidak mengulangi apa kesalahan ataupun kejadian yang tidak kita ingini yang telah berlaku di masa lampau daripada berlaku lagi di masa sekarang dan akan datang. Walaupun apapun langkah yang kita ambil, tapi kita tak mungkin nak melawan takdir dari Yang Maha Esa. Macam cermin kereta yang pecah disebabkan terkena batu yang terpelanting bila ada orang memotong rumput berhampiran kereta kita. Mungkin kita dah ambil langkah berjaga-jaga dengan memerhatikan pekerja kontrak yang memotong rumput tu membuat kerja yang sememangnya mereka telah pakar kerana itu profession mereka (berlagak macam mandur memerhatikan orang bawah buat kerjalah lagaknya...) Tapi seberapa teliti macam mana pun memerhatihan mereka dan seberapa teliti pun pekerja tersebut membuat kerja mereka, batu yang halus yang mungkin berselindung di sebalik rumput-rumput yang panjang itu dapat juga menipu pandangan mata kasar manusia dan batu yang sememangnya takde hati perut tu (sebab tu orang kata orang yang degil tu kepala batu dan orang yang takde perikemanusiaan tu dipanggil hati batu...) dengan selambanya terbang kea rah cermin kereta. Dan apalagi... Prangggggg!!! Retak seribu la cermin kereta. Walaupun sebagai pemilik pasti agak bengang juga dengan kejadian yang terjadi. Nak tak nak cermin kereta tu kena la juga diganti (pasrah aje la walaupun dalam hati segala sumpah seranah da kuar dan hati pun retak da sama banyak dengan retak cermin kereta tu, takpun lagi teruk...).

Apa yang penting kita harus bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Hargailah segala yang berada di sekeliling kita. Ahli keluarga, sahabat handai, kenalan-kenalan, barang-barang, alam persekitaran dan sebagainya.

Kalau nak bercakap soal perhubungan antara manusia dengan manusia ni lagi la rumit. Kalau nak kata hubungan manusia dengan ALLAH S.W.T tak mampu la pulak nak dihuraikan sebab ALLAH S.W.T tu Maha Mengetahui yang sememangnya tahu segala isi hati kite. Kalau lah kite ni sebagai manusia pun boleh nak baca dan selami apa yang ada dalam hati dan akal fikiran orang lain, mungkinlah hubungan tu takkan jadi begitu rumit. Tambahan lagi manusia ni walaupun rambut tu sama hitam, tapi hati tu lain-lain (apalagi kalau dah rambut tu memang tak sama hitam...) Susah juga kalau hanya sebelah pihak yang mempertimbangkan hati dan perasaan pihak yang lagi satu sedangkan pihak yang lagi satu tu pentingkan diri sendiri jek (dasar hati batu dan ego yang tinggi melebihi ketinggian gunung everest...)

Macam la kite tengok pasangan yang bercinta ataupun pasangan suami isteri. Waktu hubungan baru nak bermula, masing-masing saling tolak ansur (senang kata hipokrit sebab nak tunjukkan yang diri masing-masing baik dan kononnya sayang tu membatasi segalanya...hati sakit pun SENYUMMM...) Hakikatnya masing-masing memendam rasa tu. Bila dah lama-lama, perasaan yang negative tu berkumpul kat dasar hati. Kalau dah lama-lama membukit la jugak (jangan kata membukit..tinggi lagi dari gunung everest pun mungkin tau...) Telaga yang besar dan dalam tu pun, kalau orang dah tak guna, start buang sampah kat dalam tu, lama-lama memang dah tak nampak air dan sampah tu pun boleh melimpah keluar (kalau hati manusia yang sememangnya kecik sebesar penumbuk tu apatah lagi...) Semua orang pun mengharapkan hidup mereka jadi bertambah baik (rasanya la...tak tahu la pulak kalau de orang nak hidup die jadi bertambah teruk dan melarat..) Tapi kalau soal hubungan manusia dengan manusia ni memang bukan sesuatu yang boleh dirancang. Walaupun hati tu rasa sakit, tapi terimalah dengan hati yang terbuka.mungkin de yang lebih baik menanti di hadapan.

Kesimpulannya, kalau nak buat perancangan tu jangan la melebih-lebih pula. Harapan pulak jangan la terlalu tinggi. Syukur la dengan apa yang dimiliki sekarang dan hargailah apa yang telah dimiliki. Tambahan lagi dalam soal perhubungan dengan manusia. Walaupun bercinta sampai 10 tahun sekalipun, kalau jodoh kite memang orang lain, rancang la bagai nak rak pun, kite memang takkan bersatu dengan kekasih yang kononnya dicintai lebih dari nyawa sendiri tu. Mungkin time kite break-up tu kite akan cuma nampak keburukan. Depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah pendek kata keburukan je yang kite nampak. Try to think positively. Everything happen should be something good behind it. Enjoy our life as long as we are not doing something wrong (kalau dah wat jenayah tu, masuk penjara la jawabnya...hilang sudah nikmat hidup...) Just be ourself. Someone good for someone as good as ourself (kalau dah jahat tu faham-faham la dapat yang macam mana.... tapi jangan la nak perasan bagus pulak...) BE COOL BUDDIES...

*p/s : I appreciate everyone that exist in my life before and now and I will appreciate everyone exist in my futures too. Thank you very much everyone for all good happen to me and for all bad happen to me (for me take it as an example and improve myself). LOVE YOU ALL!! (^____^)
 
-PUTRISYAABAN-