Pages

Tuesday, February 8, 2011

Tuhan Yang Menentukan Segalanya

Akhir-akhir ni fikiran terganggu bila fikirkan perancangan masa hadapan yang tak menjadi. Semua yang dirancang macam susah untuk direalisasikan. Macam-macam yang dah dirancang, tiba-tiba ada pula masalah yang timbul. Tapi mungkin de hikmah di sebalik tiap yang terjadi. Fikiran masih tak dapat berhenti berfikir mengenai kerja dan masa depan.

Susah nak mentafsir apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia dan susah juga nak membuat orang lain memahami apa yang ada dalam hati dan fikiran kita. Itu yang selalunya menyebabkan terjadinya salah faham sesama manusia. Kalaulah kite dapat membaca apa yang ada dalam hati dan fikiran semua orang, mesti salah faham dapat dielakkan. Dunia ni mesti aman. Yelah, jangan kata nak buat jahat, niat aje pun orang lain dah dapat tahu. Tapi Tuhan tu lebih mengetahui kan. Mungkin alam ni akan hilang keseimbangannya . Yelah, macam dunia sekarang ni, kalau semua orang bijak pandai, kalau semua orang belajar sampai universiti, semua orang de kelulusan akademik yang tinggi, sape pula yang nak sapu sampah di tepi jalan? Sape pula yang nak kerja dengan majlis perbandaran? Sape pula yang sanggup kerja dengan Indah Water? Bila semua dah de diploma, ijazah, master & doktor falsafah, mesti semua orang demand nak pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka. Kalau macam tu memang dunia ni akan hilang keseimbangannya.

Kadang-kadang, pe yang kita tak mahu wujud dalam hidup kite, itulah yang kite dapat. Kadang-kadang pula pe yang kite mahu terus memiliki, itu yang diambil dari kita. Tapi sebagai manusia,perlu sedar yang semuanya adalah pinjaman untuk kehidupan dunia sahaja. Kita tidak mempunyai apa-apa hak untuk mempersoalkan kenapa semua itu terjadi. Namun bukan mudah untuk menerima takdir yang telah ditentukan untuk kita. Bila kita kehilangan sesuatu yang amat kita sayang, rasa seperti sudah kehilangan segalanya. Hidup ni rasa macam keseorangan atas dunia ni. Hanya ada kesunyian yang membelenggu kehidupan sehinggakan ada yang rasa seperti hidup tidak berguna lagi. Kadang-kadang de yang sampai sanggup membunuh diri. Tapi hakikatnya tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan.

Mudah untuk kita memberikan teguran kepada orang lain, tetapi sudah fitrah manusia sukar untuk menerima keburukan diri sendiri. Bila menasihati orang lain, semuanya nampak mudah. Memberikan ruang dan jalan untuk dipilih. Tetapi bila terkena pada diri sendiri, semuanya nampak gelap dan kelam sahaja. Sudah menjadi kebiasaan, kita akan cuba menunjukkan sifat baik yang ada pada diri kita, tapi sifat buruk sedaya upaya cuba disembunyikan agar tidak diketahui oleh orang lain. Seorang kauselor pernah berkata bahawa jangan ingat kaunselor yang senantiasa menghulurkan bantuan kepada ramai orang tidak mempunya masalah walaupun sebenarnya masalah itu adalah sama dengan masalah orang lain yang pernah diselesaikannya, tapi ianya seperti tiada penyelesaian pabila diri sendiri yang melaluinya. Sama juga keadaannya dengan doktor yang merawat dan berjaya memulihkan ramai pesakit yang menghidapi pelbagai jenis penyakit, tetapi mereka juga mungkin boleh menghidapi penyakit yang sama dengan pesakit yang pernah dirawatnya. Walaupun mereka telah menjaga segala aspek kesihatan dan kebersihan diri mereka, tapi hanya ALLAH S.W.T yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui kenapa ia berlaku kepada kita.

Apa yang termampu dilakukan oleh kita apabila berhadapan dengan masalah, cuba berfikiran positif dan memotivasikan diri. Seharusnya berkongsi masalah dengan sesiapa sahaja yang sudi mendengar. Walaupun mereka tidak mungkin dapat membantu, tapi sekurang-kurangnya hati akan merasa lebih lega kerana ianya tidak terpendam di dasar hati.

Walaupun segala yang berlaku tak seperti yang dirancangkan, tetapi kita harus terus memandang ke hadapan. Itulah nasihat dari seorang kawan. Bila difikirkan memang itulah yang harus dilakukan oleh semua orang dalam kehidupan ini. Memandang ke belakang hanyalah untuk mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi dan dijadikan pedoman agar tidak berulang lagi segala perkara buruk yang telah menjadi sejarah. Juga perlu memandang ke belakang agar kita tidak lupa akan asal-usul diri kita. Sentiasa ingat akan asal kejadian kita. Asal manusia dari tanah dan kepada tanah juga kita akan kembali. Jangan mudah lupa daratan apabila sudah berada di angkasa.

Surat dari Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar Dan Konvokesyen UiTM sampai melalui pos hari ini. Semua yang telah tamat pengajian diminta agar mengemaskini maklumat peribadi masing-masing di laman web http://konvokesyen.uitm.edu.my/. Yang paling penting perlu mengemaskini alamat, nombor telefon dan e-mail kerana segala maklumat mengenai Istiadat Konvokesyen UiTM ke-74 akan dibuat melalui SMS. Kepada semua kawan-kawan, jangan lupa kemaskini maklumat masing-masing. Hope dapat jumpa korang semua waktu konvokesyen nanti. Rindu pada semua classmate yang sama-sama berjuang dulu. Wish you all, all da best.. :)

-PUTRISYAABAN-

No comments:

Post a Comment