Pages

Friday, March 4, 2011

Pergilah Derita (Prolog)

           "Assalamualaikum".

            Kedengaran suara yang agak garau memberi salam disertai beberapa kali ketukan di pintu.  Dr. Farhani yang begitu tekun mengetuk papan kekunci komputernya sedikit tersentak kerana fokusnya sedikit terganggu.  Namun langsung tidak dialihkan pandangannya dari skrin komputer di hadapannya.  Salam yang diberi dijawab dengan agak perlahan.

           "Waalaikummussalam.  Silakan masuk".

            Dr. Farhani mempelawa tetamu yang tak diundang itu duduk di kerusi yang tersedia di dalam biliknya itu setelah dia yakin yang tetamunya itu telah pun melangkah masuk ke dalam biliknya itu.  Namun pandangannya masih tetap pada skrin komputernya itu.  Bebanan kerja dan waktu yang menghambatnya untuk segera menyiapkan kerjanya itu membuatkan Dr. Farhani agak keberatan melayan tetamu yang tidak diundang itu.

           Muaz Zuhair yang sedang duduk di hadapan Dr. Dini Farhani hanya tersenyum melihat perlakuan wanita elegan itu yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya.  Buat beberapa ketika, dia hanya memerhatikan wanita itu tanpa sepatah perkataan pun yang terkeluar dari mulutnya.  Dr. Farhani yang begitu tekun merasa sedikit terganggu tumpuannya apabila dirasakan yang dirinya sedang diperhatikan.

            "Apa yang boleh saya bantu?", ujar Dr. Farhani sebagai cubaan untuk meleraikan ketegangan yang mula hadir menyerang dirinya.

           "Ya. Saya ingin bertanyakan satu soalan kepada Dr.", ujar dengan senyuman yang lebar menghiasi bibirnya itu.

            Timbul idea nakal untuk mengenakan wanita di hadapannya itu.  Keasyikan Dr. Farhani membuat tugasannya hinggakan langsung tidak memandang padanya.  Sudahlah pandangannya hanya difokuskan kepada skrin komputer di hadapannya, seluruh tumpuannya juga hanya pada kerjanya itu.  Mungkin juga wanita itu sudah tidak dapat mengenalpasti suaranya kerana telah terlalu lama tidak bertemu.

           "Please just call me Cik Farhani.  Apa yang awak nak tahu?  Kalau saya ada jawapannya sekarang, mungkin saya boleh bantu awak.  Tapi jika saya tiada jawapannya sekarang, mungkin saya perlukan sedikit masa untuk menjawab soalan awak tu. Ada apa-apa yang awak tak faham dengan subjek awk ke?".

            "Ok.  Cik Farhani, saya nak tahu sama ada Cik Farhani sudah dimiliki ataupun tak?  Saya rasa Cik Farhani ada jawapannya sekarang ni".

            Tersentap hatinya.  Tumpuan pada kerjanya terganggu.  Ada rasa geram yang hadir di sanubarinya.

           "Berani betul dia ni nak tanya macam tu dengan aku.  Tak sedar diri agaknya", Dr. Farhani mengumam sendirian.

            Dr. Dini Farhani menarik nafas panjang.  Fokusnya telah hilang.  Hanya ada geram yang bertandang di hati kerana soalan yang diterimanya dari tetamu yang disangkanya salah seorang pelajarnya.  Perlahan-lahan kerusinya dipusingkan untuk berhadapan dengan tetamunya itu.

           Berkerut muka Dr. Farhani memandang tetamu yang tidak diundang itu.  Akalnya bekerja keras untuk mencari jawapan.  Pemuda yang ada di depannya itu bukan salah seorang pelajarnya.  Akan tetapi, wajah itu seakan pernah dilihatnya.  Ada rasa debaran yang bertandang di jiwa.  Pemuda yang di hadapannya itu pula hanya tersenyum dan senyuman itu semakin melebar dengan reaksinya itu seakan menyindirnya.

           Muaz Zuhair hanya tersenyum.  Namun debaran di hatinya semakin kuat apabila melihat wajah wanita di hadapannya itu.  Setelah sekian lama tidak bertemu, rasa itu masih sudi bertandang di hatinya.  Terasa begitu rindu untuk menatap wajah itu dengan lebih lama dalam jarak yang dekat begitu.  Suasana yang sunyi membuatkan Muaz merasakan seperti dia dapat mendengar bunyi degupan jantungnya yang kencang itu.

            "Sorry.  Farhani tak ingat saya lagi?  Sudah lupa pada saya?".

           Muaz merasakan ada desakan di jiwanya untuk mengetahui jawapan pada soalan yang diajukan sebelum ini.  Walaupun niat asalnya cuma ingin mengusik wanita itu.

            "Sorry.  Saya rasa macam pernah jumpa awak.  Rupa awak seperti sesorang yang pernah saya kenali.  Tapi awak kelihatan agak berbeza".

           Muaz mengeluh.

            "Farhani tak mahu jawab soalan saya?".

           "Rasanya saya tak perlu jawab soalan awak tu.  Boleh awak perkenalkan diri awak?".

            Sebenarnya, ada satu nama yang hadir di mindanya melihatkan wajah pemuda yang berhadapan dengannya kini.  Tetapi hatinya cuba menyangkal apa yang difikirkan oleh akalnya sendiri.

           "Mustahil Muaz Zuhair yang ada di depan mataku sekarang.  Sudah terlalu lama aku tidak mendapat sebarang khabar berita dari.  Mungkin aku tersilap orang.  Lagipun dia ni kelihatan berbeza.  Kurus, dengan sedikit kumis dan janggut nipis menghiasi wajahnya", Dr. Farhani berbicara di dalam hati.  Cuba untuk menafikan apa yang sedang dihadapinya.

            "Rasanya saya yang bertanya dahulu.  Lebih sesuai sekiranya Farhani yang jawab soalan saya dahulu.  Lebih adil begitu kan?".

           "Tapi saya tak akan menjawab soalan yang bersifat peribadi sebegitu melainkan saya tahu dengan siapa saya berhadapan sekarang.  Lagipun dalam agama juga, lelaki adalah ketua yang perlu memulakan langkah terlebih dahulu.  Bukankah begitu?".

           Muaz terdiam seketika.

           "Tapi saya bukan ketua di sini kerana ketua perlukan pengikut dan awak bukan pengikut saya bukan?".

            "Yes.  Of course I am not your follower".

           Keadaan menjadi sedikit tegang.  Merah padam wajah Dini Farhani menahan geram.

            "Ok.  Apa kata kalau kita pergi ke suatu tempat yang lebih selesa untuk bercakap?", akhirnya Muaz cuba untuk mengurangkan ketegangan.

           "Kenapa pula saya perlu ikut orang yang saya tak kenal?  Sekarang macam-macam kes dah jadi".

            Muaz melepaskan sebuah keluhan.

           "Dini yang saya kenal memang tidak pernah berubah sehingga sekarang rupanya".

           Muaz tersenyum sinis.

           "Kenapa pula saya nak ubah diri saya.  I am who I am.  Saya selesa menjadi diri saya sendiri".

           "Wait a second.  you called me Dini".

           Ketawa Muaz tiba-tiba sahaja meledak.  Ketegangan yang dirasakan hilang sekelip mata.

           "Awak tak silap dengar Dini.  Okey.  Rasanya baik saya buat pengakuan saja.  This is my card", Muaz Zuhair menghulurkan sekeping kad nama berwarna hitam  merah.  Dia merasakan ada getaran di dadanya.

            "Emm, your card".

           Dr. Dini Farhani menyambut huluran Muaz Zuhair.

            "Muaz Zuhair bin Nasrin", perlahan Dini Farhani membaca nama yang tertera pada kad nama yang diterimanya.

           Serentak itu juga, degupan jantungnya seakan menjadi tidak teratur lagi.

            "Ya Cik Dini Farhani.  Nama saya Muaz Zuhair bin Nasrin.  Masih ingat saya lagi?, senyuman Muaz semakin lebar melihatkan reaksi wanita di hadapannya itu.

*************************************************************



-PUTRISYAABAN-