Pages

Monday, March 9, 2009

Modul 1 LPPKP *FSKM*

Pada 7 - 8 Mac 2009, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Shah Alam atau dulu dikenali sebagai FTMSK telah mengadakan Modul 1, Modul 2 dan Modul 3 LPPKP dimana ianya telah diwajibkan kepada pelajar semester ke 3, 4 dan 5 Ijazah Sarjana Muda semua program di fakulti tersebut.

Buat pertama kalinye menyertai Modul LPPKP di peringkat ijazah ni rasa tertarik la juga, lagipun LDK yang diadakan tidaklah terlalu membosankan. Tambah pula dengan fasilitator yang tidak membosankan dan agak sporting la... Terdapat 3 slot untuk LDK pada hari pertama yang pengisiannya berbentuk permainan minda. Manakala di hari ke-2 pula kami mengikuti 2 slot ceramah. Ceramah pertama bertajuk "Jati Diri dan Ketuanan bangsa Melayu" yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hanapiah Harun. Nama dia ni agak popular juga saya rasa. Pernah muncul di tv.

Pada awalnya kami semua mengeluh apabila mengetahui tajuk yang akan disampaikan oleh beliau. Tapi ceramah itu tidaklah terlalu membosankan. Banyak juga input-input yang bermanfaat disampaikan.

Manakala ceramah yang kedua bertajuk disampaikan oleh seorang ustazah dari CITU. Tapi dah terlupa pula nama dan tajuk ceramah tersebut. Ceramah berkenaan "Takwa" dan sememangnya amat menarik malah mendapat tidak balas positif dari semua siswa siswi. Siswa dan siswi yang bukan muslim juga nampak begitu memberi perhatian.

Tapi yang paling menarik semasa modul ini sudah tentulah slot LDK. Macam perkara yang melucukan hati yang berlaku. Fasilitator Kumpulan 4, En. Arwin rasanya agak pandai menarik perhatian para siswa siswi . Slot LDK dimulakan dengan "Ice Breaking". Macam biasa la... kalau pergi kem mana2 pon semua dimulakan dengan ice breaking. Kami diminta menulis nama dan 1 barang yang boleh melambangkan diri kitorang dia atas sehelai kertas kecil. Kemudian fikirlah sendiri cara untuk memakainya sebagai tag nama.

Slot terakhir agak mengamatkan suasana apabila kami diberikan 1 game yang agak sukar. Betul2 menguji minda kami semua. kami dibahagikan kepada dua kumpulan besar dimana setiap kumpulan mempunyai 4orang pemimpin dan rakyat jelata. Game yang diberi nama CHINESSE CHESS. Pada awalnya kedua kumpulan tidak mampu menyelesaikannya. Tapi masing2 tidak mahu mengalah. Tapi disebabkan masa yang suntuk, kami terpaksa memberi peluang untuk En.Arwin mengemukakan penyelasaiannya.

Yang menggelikan hati En.Arwin pun hanya dapat mengemukan beberapa step, lepas itu stuck macam kitorang juga. Tapi entah macam mana aku dapat idea untuk sambung step En.Arwin tu.. Jadi penyelesaian tu dah jadi penyelesaian aku la.... =)

Aku nak kongsi game ni dengan semua orang. So aku bagi soalan game ni kat sini. Lain kali aku poskan jawapan pula.

Soalannya ialah, anda perlu memindahkan semua buah yang berwarna hijau tu ke sebelah bawah dan buah biru tu pula ke sebelah atas. Tukar tempat la senang cerita. Tapi setiap buah tu cuma boleh bergerak satu langkah ke atas atau bawah ataupun langkau 1buah yang lain. Paling penting adalah...Tidak boleh mengundur...Yang merah tu pula tempat kosong untuk menggerakkan buah.Cubalah...Gud luck (^_^)

-PUTRISYAABAN-

2 comments:

  1. Salam,

    Saya Raihan. Menarik permainan yg dimainkan. Macamana nak selesaikan?

    Boleh emailkan ke saya jawapannya?

    raihan.hijjaz@gmail.com

    wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam. Sorry 4 a very2 late reply. http://putrisyaaban.blogspot.com/2012/06/game-minda.html

      Delete