Pages

Monday, July 22, 2013

Suka-suka Je









-PUTRISYAABAN-

Lagi Cite Kawen....

Topik hangat dan jugak soalan hangat yang sentiasa je datang dari pelbagai arah... KAHWIN! Musim raya ni da berderet-deret jemputan ke majlis kawen member2... Yang nak kawen ujung taun pon da tempah date siap-siap sebab takut tak boleh datang... Tapi lambat lagi kot, so tak berani la nak janji... Mana la tahu tetibe ada aral lain kan....

Untuk member-member yang bakal kawen tu, congrats and wishing that you marriage will be BLESS and last long forever... (kalau tak faham buat-buat faham sudah la ye)

Okeh, kalau korang la, tetibe ada sorang hamba ALLAH yang korang kenal yang tak berapa nak kenal, kenal ciput-ciput je la, tetibe ajak kawen... Agak-agak korang de rasa macam nak kena heart attack tak? Kononnya cinta pandang pertama la... (Wujud ke cinta pandang pertama tu??) As for me, marriage is the most complicated in life, so takkan la nak ambil keputusan dalam masa 3,4hari kan... Yedok?? At least kena la cuba kenal hati budi masing-masing dulu kan... Kalau ye pon tak sabor nak kawen, kena la bawa-bawa bersabau jugak kan.... Takde la kate nak kena pikiaq sampai bertahun-tahun, tapi at least, fikir jangan sampai menyesal di kemudian hari la orang kata... Lagipun rasanya setiap orang yang kawen tu semua dengan harapan yang rumahtangga yang dibina tu akan kekal selama-lamanya, yedok?

Rumah + tangga... Sama jugak macam kite nak bina sebuah rumah, takkan nak bina rumah yang duduk baru 3,4 bulan da mula kopak sana, kopak sini, pastu roboh... Mesti la nak bina rumah yang kukuh dan teguh, sebab rumah tu kan tempat berlindung... Sama jugak rasanya dengan rumahtangga, terutamanya bagi perempuan, perkahwinan tu akan buat dorang rasa selamat sebab da ada bodyguard tak bertauliah yang sentiasa ambil tahu pasal diri die, keadaan die... Bagi yang lelaki plak, perempuan melindungi lelaki dari aspek yang tersendiri.. Melindungi maruah lelaki dengan menjaga diri dia sendiri dan juga keluarga yang dibina.. Ok, that's my opinion la... Orang lain maybe ada pendapat dorang yang tersendiri kan..

Tapi orang kata jodoh tu memang dah ditentukan... So bagi yang single tu, kalau orang tanya bila nak kawen, I have some idea for you guys.. Jawab aje, JODOH memang da ada, cuma tak jumpa je lagi... Kalau dah jumpa, nanti kawen la tu... Hehehehehe.... Kadang-kadang masa perkenalan tu tak menjamin kite kenal hati budi seseorang tu, so jalan terakhir still minta petunjuk daripada-NYA. Dalam isu sebesar ni, hanya DIA yang mampu beri jawapan pada kita... Bak kata orang, kalau memang dah jodoh memang takkan ke mana... Akan dapat jugak punye... So, dun worry... Kalau rasa da penat dengar orang bertanya, pekakkan telinga, buat-buat tak dengar aje.... ;-)

Tapi, jangan la sampai tak mahu kawen kan.. Nanti Nabi tak mengaku ummat, lagi parah... Orang kata perkahwinan tu untuk melengkapkan lagi hidup kita... Nak kata tak perlu fikirkan sangat, kena la fikir jugak, tapi tak perlu sakitkan kepala sampai de rasa nak giler sebab fikir isu ni... Just be yourself, live your life as usual... Just go with the flow.... Pe yang penting, happykan diri and bersyukur la dengan apa yang kita ada... terima la apa yang kita ada sekarang ini seadanya... Tapi tak bermaksud kena pasrah dan berserah, kita dituntut untuk membaiki diri kan.... So, usaha la untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga okeh....

Be happy where ever you are and what ever you do... Senyum sokmo... (^__________^)

-PUTRISYAABAN-