Pages

Sunday, February 6, 2011

Merenung Masa Hadapan

Akhir-akhir ni lebih banyak berfikir dan merancang pasal masa depan. Fikirkan pasal payback my study loan. Fikirkan pasal kerja, family & macam-macam lagi la. Fikirkan pasal study loan memang sakit kepala. Yelah, kalau setakat satu jenis loan takpe la jugak, ini sampai dua jenis. Waktu diploma ambil loan yayasan negeri, waktu degree pulak ambil ptptn... Waktu meminjam seronok je tiap kali dapat duit. Sekarang da pening nak bayar balik. Comfirmation tukar kepada sistem Ujrah bagi loan PTPTN pon belum dapat lagi... Hope semuanya lancar la. Nak bayar dua-dua loan & habiskan dalam masa 10 tahun rasanya berat juga. Tapi lagi lama kos pentadbiran die pon lagi tinggi la.

Lepas fikir pulak pasal car loan. Of course la bila da dapat kerja nak kena cari transport sendiri, senang nak bergerak ke mana nak pergi kan. So rajinkan la diri ushar di internet ni pasal harga kereta. Kereta faveret kalu jenama nasional tu.. Of course la Proton Inspira 2.0 Auto, Black Metallic color.. Memang cun habis la. Tapi dalam mimpi la.. Installment kereta tu RM1000++ every month. Down payment pon agak tinggi juga.

Lepas tu fikir pasal kerja la pulak. Someone de juga offer nak carikan kerja. Tapi di Sabah la. My mom tak kisah sangat, janji dapat kerja yang sepadan dengan kelayakan. Baru la berbaloi rasanya nak pergi kerja jauh-jauh. Bila fikir-fikirkan, on saja la. Yelah, sekarang bukan senang nak dapat kerja. Tapi sekarang ni belum dapat comfirmation lagi. Yelah, resume pon belum hantar lagi. De masalah la pulak. Yelah, kepala ni asyik duk fikir, betul ke nak pergi kerja kat Sabah ni... Kalau start kerja dalam bulan Mac or April, my convocation pula  maybe dalam bulan May or June. Nak kena pulang Semenanjung pula. Kos macam besar je. Nak ulang-alik camtu. Bila nak convo nanti of course la my parent nak pergi, so kena uruskan hal penginapan & transportation dorang. Agak menyakitkan kepala bila nak difikirkan. Tapi buat masa sekarang, layan je la. Hope everything will be fine.


-PUTRISYAABAN-

2 comments:

  1. Hidup ni tak seindah yang dijangka.....bila dah kene pegang tanggungjawab barulah kita fikir dunia luar kampus memang mencabar. Jadi siap sedialah. Biarlah merangkak dahulu sebelum berjalan, asal jangan rebah di tengah jalan.

    ReplyDelete
  2. Uit...P-chan...Miz u...memang langsung tak dijangka...Kalau diikutkan rasa macam dah hampir rebah...Too much happen lately la...Kalau nak fikir pasal kerjaya ni memang sangat memeningkan kepala... Sekarang ratio peluang kerjaya dengan pencari pekerjaan tu rasanya sangat tinggi la... Hope kite sama-sama la dapat capai target kita...

    ReplyDelete