Pages

Tuesday, December 7, 2010

Final Year Project (FYP - Thesis - Tehnical Report)

CS229

Semester akhir memang merupakan saat-saat yang sangat mencabar dan menguji kesabaran serta keupayaan diri. Tekanan sentiasa membelenggu diri. Namun jerih perih rasanya terbalas apabila segala-galanya selesai dilaksanakan dan hasilnya dapat dilihat.

15 November, 2010 yang telah lalu, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Shah Alam telah mengadakan exhibition untuk semua pelajar-pelajar semester akhir membuka booth dan mempamerkan hasil kajian dan latihan industri masing-masing. Bagi yang tidak menjalani latihan industri, kami telah membentangkan thesis masing-masing mengikut bidang yang telah dipilih. Kajian yang diusahakan selama hampir lebih kurang setahun sampai kepada kemuncaknya. Sesungguhnya debaran menanti kehadiran panel dan examiner masing-masing mampu membuatkan hati tidak keruan.

Macam-macam gelagat kawan-kawan dapat dilihat. Bila selesai sahaja present di depan examiner dan panel secara individu, ada yang berwajah masam, ada juga yang tersenyum tidak henti-henti. Tapi yang bermasam muka juga sudah pasti akhirnya akan tersenyum juga kerana ia bermakna berakhirlah perjuangan kami sebagai seorang pelajar degree. Yang tinggal hanyalah doa dan tawakkal untuk berhadapan dengan result yang dijangka akan dimaklumkan pada 10 Disember,2010 yang akan datang tak lama lagi.
 Sawal present di depan Panel & Examinernya


Bila terkenangkan yang kami akan berpisah selepas ini, terdetik rasa sebak di hati dan rasa seperti mudah saja untuk mengalirkan air mata. Kenangan selama 2 tahun setengah bersama kawan-kawan seperjuangan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik tidak akan dilupakan dan akan sentiasa dalam kenangan. Semoga persahabatan kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga kalian semua berjaya menempuh cabaran di dunia baru yang lebih mencabar. Pada yang masih lagi menyandang status sebagai seorang pelajar, semoga kalian dapat menamatkan pengajian kalian dengan cemerlang.

Sudah lebih 2 minggu kita semua berpisah. Sememangnya hati telah merindui untuk bertemu kalian semua. Bergelak ketawa bersama-sama. Rindu pada gurauan dan kenakalan korang. Hope lepas ni kita dapat berkumpul lagi.

22 November, 2010 yang lalu telah diadakan bengkel penulisan jurnal matematik dengan tujuan untuk mem"publish" thesis kami sebagai jurnal di internet bagi manfaat dan kegunaan bersama. Hopefully sumbangan kitorang yang tak seberapa dapat membantu insan lain.

23 November, 2010 yang lalu pula telah dilangsungkan majlis penganugerah projek tahun akhir bagi pelajar-pelajar matematik. Dalam bergembira bagi yang telah memenangi hadiah, suasana sedih menyelubungi kerana itulah saatnya kami bakal berpisah membawa haluan masing-masing.

 My Poster

My Booth

Best friend forever. Miss all of you.



-PUTRISYAABAN-

No comments:

Post a Comment