Pages

Friday, September 4, 2009

Kesahihan Hadith Fadhilat Terawih

Assalamualaikum....

Pada post yang lalu saya ada menceritakan tentang terdapatnya hadith palsu tentang Fadhilat Terawih ataupun Kelebihan Terawih mengikut malam2 pada bulan Ramadhan...

Pada awalnya saya cuba mencari fadhilat terawih yang betul kerana saya sangkakan yang cuma segelintir yang palsu dan ada yang betul..Tapi agak mengejutkan setelah beberapa hari mencari di internet, rupa2nya memang tidak pernah wujud hadith sahih tentang fadhilat terawih....

Dari kecil lagi asyik dengar pasal fadhilat terawih ni...rupa2nya semuanya tu palsu semata-mata....tapi sebenarnya hadith langsung xde...memang terkejut sangat...

Apa yang saya boleh simpulkan setelah agak banyak artikel yang dibaca, hadith tersebut tiada dalam hadith sahih dan tiada juga dalam hadith maudu'.....Itu maksudnya hadith tu baru lagi wujud sebab ulama2 zaman dulu kala 2 mesti xpernah dengar pasal hadith ni...

Kadang2 ada orang buat terawih ikut malam2 yang die suka bergantung kepada kelebihan pada malam tersebut...memang la xsalah kan sebab buat ibadat sunat kalau nak paksa2 ni xde gunanya....tapi jangan la pula sebab memang xde fadhilat terawih 2, kite xnak buat langsung terawih....

Pasti ada kelebihan yang tersendiri yang tak mampu kita tafsirkan mengikut akal fikiran kita....Setiap ibadat yang kita lakukan dijanjikan ganjaran oleh ALLAH S.W.T...Tambahan pulak di bulan Ramadhan yang mulia ni...betul x??

So, harap2 sesape yang tau pasal kepalsuan hadith ni, sebarkan la....Supaya kita xsalah faham..
-PUTRISYAABAN-

Monday, August 31, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum...

Maybe dah lewat sikit la nak wish...Tapi buat semua kawan2 dan semua muslimin muslimat, selamat berpuasa.....Semoga bulan yang penuh kemuliaan dapan kita sama2 meriahkan dan manfaatkan sepenuhnya...Bersama2 kita mencari keredhaan darinya...1 bulan yang merupakan penghulu kepada segala bulan yang ada...Banyak rahmat yang dijanjikan olehNYA...
Semoga sedikit sebanyak dapat la kita menambahkan amalan buat bekalan kita di dunia yang akan datang....

Bila search kat google, key in "fadhilat terawih", terjumpa beberapa result dan bila baca agak terkejut....Kepalsuan Hadith Fadhilat Terawih.
X sangka pulak...perkara macam ni pon ada jugak....
So bila nak buat post ni memang ambik masa yang lama...
Xtau mana satu sumber yang betul...Nanti kalau sebarkan yang salah, x pasal2 da dapat dosa...

So, dah penat2 cari jumpa la jugak kt web jakim....kire boleh percaya la ni..Tapi xdapat buka la plak....cuma boleh baca fadhilat hari yang ke-1,4,6,7 dan 8.
Semoga anda semua berhati-hati dengan kepalsuan hadith fadhilat terawih tersebut, takut pulak terpesong...

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca artikel dari portal JAKIM.

http://www.noktahhitam.com/portal-jakim-fadilat-solat-terawih-palsu.html
http://www.kujie2.com/isu-semasa/portal-jakim-fadilat-solat-terawih-palsu.html

Sempena bulan penuh keberkatan ni....kepada semua yang mengenali..kawan2 dan family...
Harap dimaafkan segala kesalahan yang telah dilakukan.
-PUTRISYAABAN-

Thursday, June 4, 2009

Intersesi + Konvokesyen



Dah lama x post kt blog ni....
Last sem memang busy sangat2 sampai selalu xcukup tido...
Yelah, 3subjek xde final paper, so sepanjang sem banyak la assesment yang nak dibuat...
Setiap minggu mesti ada juga assignment, tambah lagi dengan keje2 yang len...Memang penat giler...

So untuk persediaan semester depan, de ramai la jugak kengkawan yang buat intersesi masa cuti ni...
Bagi aku, cuti tu xde la penting sangat...
Walaupon aku ni anak last, tapi xmanja (betul tau..Sape yang rapat ngan aku mesti tau...)
Lagipon kalau aku balik rumah pon bukan nye ada orang kat rumah...last2 tinggal aku sorang2 je kat rumah tu...time anak buah aku ada leh la juga layan karenah die yang banyak cakap 2...(macam maksu die jugak kot.. ^_^

Seminggu cuti lepas final hari 2 dah balik kampung seminggu cukup la tu kan...
Aku ambik intersesi ni pon coz ringankan bebanan aku sem depan...(padahal aku ni yang malas..hehe)
So aku merajinkanlah diri paksa untuk ambik jugak intersesi walaupon kena bayar RM200(mahal 2...untuk 1paper pulak 2...)

Setakat ni aku rasa ok lagi..alhamdulillah..boleh la catch up...
Tapi bila dah tibe time boring 2...aku dah rasa macam nak giler dah...
Dah la duk kat bilik sorang2...nak tengok citer pon dah xde mood la...

Tapi last week memang aku xsempat nak boring sangat la...Yelah, orang len yang konvo, alu pulak yang terlebih busy...
Ye r, kengkawan dari kampus lama dulu datang konvo, dah dorang tau ak de kat sini, mesti r dorang suruh aku datang...Tapi seyes penat giler...
Aku ngan kawan aku sorang lagi siap kena jadik wakil parent kawan aku 2...

Tapi bagus gak...Dapat selami perasaan parent sendiri bila tengok kitorang konvo dulu (emo la plak..)
Seyes r..de parent yang nangis tengok anak2 dorang dah berjaya..Aku ngan kawan aku pon rasa sebak gak wei..nasib baik air mataku 2 xgugur ke bumi..hahaha

Bila tengok orang len konvo, rasa macam cepat2 nak habiskan degree ni n konvo....Best nye....Tapi lambat lagi r..huhuhu..Panjang lagi perjalanan aku ni...

Kalau dah namanye konvo, mesti r masing2 nak bergambar walaupon xsakan sangat...So, aku pon join la sekali di tengah2 kesibukan orang len konvo... ^_^


-PUTRISYAABAN-

Monday, March 9, 2009

Modul 1 LPPKP *FSKM*

Pada 7 - 8 Mac 2009, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Shah Alam atau dulu dikenali sebagai FTMSK telah mengadakan Modul 1, Modul 2 dan Modul 3 LPPKP dimana ianya telah diwajibkan kepada pelajar semester ke 3, 4 dan 5 Ijazah Sarjana Muda semua program di fakulti tersebut.

Buat pertama kalinye menyertai Modul LPPKP di peringkat ijazah ni rasa tertarik la juga, lagipun LDK yang diadakan tidaklah terlalu membosankan. Tambah pula dengan fasilitator yang tidak membosankan dan agak sporting la... Terdapat 3 slot untuk LDK pada hari pertama yang pengisiannya berbentuk permainan minda. Manakala di hari ke-2 pula kami mengikuti 2 slot ceramah. Ceramah pertama bertajuk "Jati Diri dan Ketuanan bangsa Melayu" yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hanapiah Harun. Nama dia ni agak popular juga saya rasa. Pernah muncul di tv.

Pada awalnya kami semua mengeluh apabila mengetahui tajuk yang akan disampaikan oleh beliau. Tapi ceramah itu tidaklah terlalu membosankan. Banyak juga input-input yang bermanfaat disampaikan.

Manakala ceramah yang kedua bertajuk disampaikan oleh seorang ustazah dari CITU. Tapi dah terlupa pula nama dan tajuk ceramah tersebut. Ceramah berkenaan "Takwa" dan sememangnya amat menarik malah mendapat tidak balas positif dari semua siswa siswi. Siswa dan siswi yang bukan muslim juga nampak begitu memberi perhatian.

Tapi yang paling menarik semasa modul ini sudah tentulah slot LDK. Macam perkara yang melucukan hati yang berlaku. Fasilitator Kumpulan 4, En. Arwin rasanya agak pandai menarik perhatian para siswa siswi . Slot LDK dimulakan dengan "Ice Breaking". Macam biasa la... kalau pergi kem mana2 pon semua dimulakan dengan ice breaking. Kami diminta menulis nama dan 1 barang yang boleh melambangkan diri kitorang dia atas sehelai kertas kecil. Kemudian fikirlah sendiri cara untuk memakainya sebagai tag nama.

Slot terakhir agak mengamatkan suasana apabila kami diberikan 1 game yang agak sukar. Betul2 menguji minda kami semua. kami dibahagikan kepada dua kumpulan besar dimana setiap kumpulan mempunyai 4orang pemimpin dan rakyat jelata. Game yang diberi nama CHINESSE CHESS. Pada awalnya kedua kumpulan tidak mampu menyelesaikannya. Tapi masing2 tidak mahu mengalah. Tapi disebabkan masa yang suntuk, kami terpaksa memberi peluang untuk En.Arwin mengemukakan penyelasaiannya.

Yang menggelikan hati En.Arwin pun hanya dapat mengemukan beberapa step, lepas itu stuck macam kitorang juga. Tapi entah macam mana aku dapat idea untuk sambung step En.Arwin tu.. Jadi penyelesaian tu dah jadi penyelesaian aku la.... =)

Aku nak kongsi game ni dengan semua orang. So aku bagi soalan game ni kat sini. Lain kali aku poskan jawapan pula.

Soalannya ialah, anda perlu memindahkan semua buah yang berwarna hijau tu ke sebelah bawah dan buah biru tu pula ke sebelah atas. Tukar tempat la senang cerita. Tapi setiap buah tu cuma boleh bergerak satu langkah ke atas atau bawah ataupun langkau 1buah yang lain. Paling penting adalah...Tidak boleh mengundur...Yang merah tu pula tempat kosong untuk menggerakkan buah.Cubalah...Gud luck (^_^)

-PUTRISYAABAN-

Thursday, January 22, 2009

CARA BUKA AURAT

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbezahalnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.


Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanitakasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.


II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup.

Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.

"Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.


III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.

"Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.

Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini".

Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.PenutupDemikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

-PUTRISYAABAN-

Friday, January 2, 2009

ASEAN UNIVERSITY GAMES KUALA LUMPUR 2008

Pada cuti semester yang lepas, aku telah melalui satu kenangan yang tak dapat untuk ak lupakan....Ada y manis....ada juga yang pahit....Tapi walau apapun, segalanye berjalan dengan lancar dan berakhir dengan baik.Alhamdulillah...
Aku telah menjadi sukarelawan bagi upacara pembukaan dan penutupan Sukan Universiti ASEAN Kuala Lumpur 2008 yang berlangsung pada 11 Disember 2008 hingga 21 Disember 2008.. rasanya banyak kenangan yang manis dari yang pahit...
Pendaftaran bagi sukarelawan untuk upacara perasmian pembukaan dan penutupan sukan ini telah berlangsung pada 18 Disember 2008 bertempat di Kolej Mawar, UiTM Shah Alam. So tak ke mana la aku...Still duduk bilik yang sama coz ak memang penghuni MAWAR sampai sekarang..huhu...
Actually latihan untuk majlis ni telah bermula sebelum bulan Ramadhan lagi.... Aku dan kawan ak sorang lagi mula join bermula dari bulan Ramadhan...Minggu kedua latihan dimulakan...
Waktu tu syok giler...Yelah, tak ramai sangat....tak serabut...Tapi bila dah habis final exam tu, kitorng semua berkampung di kolej MAWAR dan MELATI untuk menjalani latihan intensif...
Nak dijadikan cerita ada la 1 masalah yang melanda..paling teruk dalam kumpulan MAWI 1...Kumpulan aku la tu...Pasal terlebih orang...Geng2 aku pulak sukarela tarik diri dari group tu...So tinggal la ak ngan kawan ak yang sorang lagi je....tapi takpe la..Pape pon...ENJOY!!!!
Nilah kawan aku dalam group MAWI 1




Ini baru untuk majlis pembukaan...Untuk majlis penutup pun best jugak... Ada pesembahan dari THAILAND DANCERS...Lepas ni Thai pula jadi tuan rumah AUG '10.Diorang buat aksi akrobatik...syok tengok...Tapi seksi betul pakaian diorang...