Pages

Friday, December 31, 2010

Cerpen 1 : Masih Ada Yang Sayang

Baru-baru ni my mom selongkar semua majalah sekolah lama kitorang. So temankan la my mom tengok sekali. Then selongkar pulak satu box besar tempat simpan segala barang-barang lama. Terjumpa la my cerpen ni. Cerpen ni first cerpen yang ditulis. Kalau tak silap waktu form 1 or form 2.Dalam tahun 2000 or 2001 camtu la. Cerpen ni ditulis untuk masuk pertandingan Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan Kebangsaan. My best friend pon masuk jugak. Tapi dapat hadian misteri aje la. Bila baca balik, rasa macam kelakar pon ada jugak. Gaya penulisan tak matang lagi la katakan...Hehehe... Sekarang ni rasa macam nak menulis balik, tapi masa terluang tu tak banyak. Maybe kalau idea datang, boleh mencelah juga la. At least, sikit, lama-lama dapat siap juga kan..

*********************************
MASIH ADA YANG SAYANG

            "Ira, Amir, jangan ganggu papa drive. Cuba duduk diam-diam sikit", Datin Norizah menegur kelakuan dua anaknya yang nakal. Sejak awal perjalanan, hatinya kecilnya merasa cukup gelisah tetapi tidak pula dia pasti akan sebabnya. Perjalanan ke Kangar, tempat kelahiran Datuk Hamzah yang mengambil masa hampir lima jam itu cukup meresahkan buatnya.

            "Zah, rehatlah dulu. Masih jauh lagi ni. Zah pun pasti letih kan", tiba-tiba Datuk Hamzah bersuara apabila melihat isteri kesayangannya itu kegelisahan. Datin Norizah cuba untuk memaksa matanya agar terpejam, namun kerisauan yang bertandang di hati menghalang lenanya.

            Kepenatan yang menguasai diri akhirnya membuatkannya kalah dan dia terlena jua akhirnya. Amir yang merupakan anak bongsu kepada Datuk Hamzah dan Datin Norizah juga telah lama hanyut dibuai mimpi, namun Zakira pula masih asyik membaca novel yang baru dibelinya semalam. Perjalanan yang sunyi dan membosankan itu akhirnya turut membuatkan Zakira terlena. Datuk Hamzah terus memandu dengan berhati-hati. Dia menyedari bahaya yang bakal menimpa sekiranya dia terlalai walau satu saat sekalipun, nyawa mereka sekeluarga akan melayang. Ketika itu mereka berada di lebuhraya yang terdapat gaung yang dalam di kira dan kanan sepanjang perjalanan mereka. Lebuhraya agak lengang tetapi suasana malam yang gelap ditambah pula dengan hujan lebat yang mengiringi sedikit mengganggu tumpuan Datuk Hamzah pada pemanduannya.

            "Papa!"

            Jeritan Zakira yang nyaring membuatkan Datuk Hamzah tersentak. Serentak itu juga kereta berjenama Mercerdes Benz Coupe yang dipandunya tidak mampu dikawal lagi dan terus merempuh tembok jalan.

            "Ira".
            Satu usapan yang lembut yang menyapa di bahunya membuatkan ingatannya pada tragedi ngeri itu berlalu pergi.

            "Ira, hari dah senja ni. Mari Kak Nita hantarkan Ira ke bilik".

            Wajah penyelia asrama itu ditatap dengan rasa sayu. Ada rasa sebak yang bertandang dan menyesakkan dadanya. Tanpa dapat ditahan lagi air matanya terus mengalir membasahi pipi.

            "Ira tak mahu tinggal di sini! Ira tak mahu tinggal di rumah anak-anak yatim! Ira nak tinggal di rumah. Dengan mama, dengan papa dan Amir".

            Tersentuh hati kecil penyelia muda itu. Dipeluknya Zakira dengan seerat-eratnya dengan harapan dapat meredakan gelora di hati anak kecil itu. Setelah tangisan Zakira reda, tangannya terus mencapai tongkat yang berada di sisi bangku tempat mereka duduk. Rasa benci hadir menyerbu ke benak rasa Zakira. Dia amat benci melihat tongkat itu. Kemalangan yang meragut nyawa ahli keluarganya yang tersayang turut mengakibatkan tulang kakinya patah. Namun tiada apa yang mampu dilakukannya tanpa tongkat itu. Perlahan-lahan dia mnyambut huluran tongkat dari Kak Nita. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke blok asrama yang menjadi tempat berteduh Zakira.

            Selesai sahaja menunaikan solat Isyak, Zakira terus merebahkan badannya ke atas katil. Pandangannya menerawang pada syiling. Masih terbayang di ruangan matanya akan tragedi yang menimpanya itu. Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba fikirannya teringatkan seseorang yang telah lama tidak ditemuinya.

            "Di mana Abang Nizam sekarang? Bagaimana keadaannya? Bila Abang Nizam mahu pulang? Tahukah Abang Nizam akan keadaan yang terjadi ini?".

            Berbagai soalan datang menerpa di fikirannya. Baru sekarang dia teringat pada abangnya yang sulung. Telah sekian lama abangnya itu menyambung pengajian ke Australia dalam bidang kejuruteraan dan tidak pernah pulang ke Malaysia. Pabila kembali difikirkannya, dia menyedari yang dirinya lebih beruntung berbanding penghuni-penghuni yang lain di rumah itu.


           Hari kian berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan terus berganti, namun Zakira tetap tidak dapat membiasakan dirinya dengan persekitaran di situ. Dia merasa sedikit beruntung kerana Fatin, teman baiknya di rumah itu sentiasa ada di sisi ketika dia memerlukan teman. Baginya hanya Fatin yang memahami apa yang dirasainya. Keadaan kakinya juga kian sembuh.


          Pada suatu hari, Zakira telah dipanggil Kak Nita ke pejabat pengurusan. Kak Nita memberikan teguran dan menasihatinya agar bergaul dengan semua penghuni-penghuni di rumah itu kerana mereka di situ diibaratkan seperti satu keluarga. Selain itu juga, dia diwajibkan untuk menyertai mana-mana pasukan sukan yang terdapat di rumah itu. Oleh kerana Fatin merupakan ahli pasukan bola jaring, Zakira mengambil keputusan untuk turut menyertai pasukan bola jaring walaupun hatta bola jaring itu belum pernah disentuh olehnya walau sekalipun sebelum ini.


           Hari pertama menjalani latihan bola jaring, Zakira melakukan banyak kesalahan dan dia diberikan teguran oleh Kak Nita agar lebih bersemangat kesukanan. Pada latihan yang berikutnya, Zakira cuba melakukan yang terbaik namun dia seringkali terjatuh disebabkan kakinya yang masih belum begitu kuat. Namun demikian, kesibukannya menjalani latihan bola jaring pada setiap petang menghalangnya dari terus termenung dan mengingati sejarah lampau. Tidurnya pula lebih lena dan tidak lagi dihantui oleh mimpi-mimpi ngeri.


           Setelah sekian lama menjalani latihan bersama pasukan bola jaring, Zakira akhirnya berjaya menyertai satu perlawanan persahabatan dengan rumah anak-anak yatim yang lain.


           Hari yang dinanti-nanti tiba jua. Perlawanan dimulakan tepat jam 4.25 petang. Perlawanan berlangsung dengan rancak. Ketika waktu rehat selepas separuh masa yang pertama, Zakira dan ahli pasukannya yang lain mendengar strategi yang diaturkan oleh jurulatih pasukan mereka. Zakira diberikan teguran oleh jurulatihnya kerana cuai sehingga menyebabkan pihak lawan berjaya mengatasi mereka dengan jaringan gol sebanyak 10 - 5. Posisinya sebagai pemain pertahanan yang dianggap tonggak kepada kekuatan pasukan amat penting dalam menentukan keputusan perlawanan.


            Perlawanan diteruskan kembali. Zakira memberikan sepenuh tumpuan kepada perlawanan yang sedang berlangsung, namun ketika perlawanan hampir tamat, sekali lagi Zakira telah melakukan kesalahan sehingga pasukan mereka mengalami kekalahan teruk dengan mata jaringan sebanyak 7 - 15. Kerana kesalahannya itu, Zakira terus dipersalahkan oleh ahli pasukannya yang lain.


            "Apa yang kau fikirkan ketika game tadi Ira? Kau sepatutnya tumpukan perhatian kau pada game. Fokus. Nasib baiklah game hari ni cuma perlawanan persahabatan saja. Kalau perlawanan yang betul...".


            Zakira tidak mampu untuk terus menadah telinga mendengar kata-kata amarah dari rakan-rakan sepasukannya itu. Hatinya terasa begitu pedih kerana dia telah mencuba sedaya upaya untuk membantu pasukannya mencapai kemenangan. Semenjak dari hari itu, terasa seperti dirinya semakin jauh dari rakan-rakannya itu. Dia merasakan seolah-olah dirinya dipulaukan oleh rakan-rakan yang lain.


            Sedaya upaya Zakira cuba untuk menyembunyikan rasa hatinya itu dari pengetahuaan sesiapapun. Zakira menjalani latihan bola jaring seperti biasa. Namun Rakan karibnya, Fatin dapat merasakan perubahan sikap Zakira yang lebih banyak mendiamkan diri. Telah banyak kali Fatin berusaha memujuk Zakira untuk menceritakan masalah yang dihadapinya namun semuanya hampa.


            Dalam suatu latihan, kaki Zakira telah terseliuh ketika berlakunya perebutan bola dengan rakan pasukannya, Illa. Fatin yang merupakan penjaga gol segera menerpa ke arahnya apabila terdengar sahaja jeritan Zakira. Rakan-rakan yang lain turut mengerumuninya. Zakira segera diusung ke biliknya. Kak Nita menyapu ubat serta mengurut bahagian kakinya yang terseliuh. Mengalir air matanya menahan kesakitan ditambah rasa sebak yang menghimpit perasaan. Sangkaannya meleset sama sekali bahawa rakan-rakan pasukannya itu telah membenci dirinya. Hubunganya yang tidaklah begitu erat dengan rakan-rakan penghuni di rumah itu ditambah pula dengan kecuaiannya ketika perlawanan tempoh hari membuatkannya merasa jauh dari rakan-rakan yang lain. Akan tetapi baru disedarinya bahawa rakan-rakannya tidak pernah menyalahkan dirinya atas kecuaiannya itu. Mungkin sudah fitrah manusia yang suka mencari kesalahan orang lain membuatkan mereka menjadikan Zakira sebagai penyebab kepada kekalahan pasukan mereka. Namun ianya tidak berpanjangan kerana kalah dan menang adalah adat dalam pertandingan.


            Zakira meminta maaf dengan semua rakan-rakannya kerana beranggapan buruk kepada mereka. Semenjak itu, barulah Zakira benar-benar merasakan bahawa dia dan penghuni-penghuni yang lain di rumah itu bagaikan satu keluarga. Kehidupannya mula berubah ceria dan hari-hari yang berlalu dilaluinya dengan gembira. Mereka sama-sama berkongsi nasib yang sama. Segala-galanya mereka kongsi bersama. Segala kenangan yang pahit dalam hidupnya mulai luput sedikit demi sedikit dari ingatannya. Zakira juga terus aktif bermain bola jaring yang kini telah menjadi sukan kegemarannya.


           Suatu petang, ketika Zakira sedang berlatih bola jaring bersama rakan-rakanya, Kak Nita memanggilnya untuk segera hadir ke pejabat pengurusan. Sepanjang perjalanan menuju ke pejabat pengurusan, akalnya tidak henti memikirkan apakah kesalahan yang telah dilakukannya. Kegelisahan di hati cuba dikurangkan dengan menghayati pemandangan alam sepanjang perjalanan yang ditempuhinya itu. Tiba di hadapan pintu pejabat, Zakira berdiri kaku. Terasa ragu-ragu untuk terus melangkah masuk. Namun digagahkan juga dirinya untuk berhadapan dengan kenyataan.


            Sebaik sahaja pintu dibuka, pandangannya terpaku pada seorang pemuda. Pandangan terus terpaku pada sesusuk tubuh yang amat dikenali dan dirinduinya itu. Terasa ingin menjerit memanggil nama pemuda itu. Namun tiada suara yang terkeluar dari mulutnya. Hanya air matanya yang mengalir keluar perlahan-lahan membasahi pipinya. Pemuda itu yang terkejut melihat reaksinya segera berdiri dan menuju ke arahnya. Badannya dipeluk erat.


            "Abang Nizam....", hanya itu perkataan yang terkeluar dari mulut Zakira.


            Lama mereka kaku berpelukan. Ada rasa sebak, gembira dan sedih. Semuanya bercampur baur dalam hati Zakira ketika itu. Abang Nizamnya turut sama mengalirkan air mata ketika itu.


             Kak Nita yang hanya menjadi pemerhati kelakuan mereka dua beradik buat beberapa ketika akhirnya mempelawa mereka untuk duduk di sofa. Zakira mendengar cerita dari Abang Nizamnya bagaimana sukarnya hidup di perantauan. Abang Nizam tidak pernah melupakan dirinya walaupun sedetik waktu yang berlalu. Kehidupan Abang Nizam amat sukar setelah kematian kedua orang tua mereka. Abang Nizam terpaksa mencari kerja sambilan untuk menampung kos perbelanjaan hidupnya. Azamnya cuma satu. Dia akan kembali dengan kejayaan dan memberikan kehidupan yang baik buat satu-satunya ahli keluarga yang dimilikinya kini, Zakira.


            Kini baru Zakira mengetahui dan mengerti akan apa yang telah terjadi. Baru disedarinya pengorbanan yang telah dilakukan Abang Nizam adalah kerananya. Dipeluk abangnya itu seerat-eratnya. Zakira diberitakan bahawa abangnya itu mahu dia tinggal bersamanya. Tambahan pula Abang Nizam telah mendapat pekerjaan yang bagus setaraf dengan kelayakannya. Sememangnya Zakira ingin tinggal bersama abangnya itu, namun terasa pilu untuk meninggalkan rumah tempat dia menumpang kasih dan berkongsi rasa dengan teman-teman yang senasib dengannya. Namun dia terpaksa akur juga atas nasihat dari Kak Nita.


            Saat perpisahan tiba jua. Fatin merupakan orang yang paling sedih untuk berpisah dengannya.


            "Zakira, jangan lupakam kami di sini. Kami di sini semuanya sayangkan Zakira", Kak Nita bersuara mewakili semua penghuni rumah itu.


            Zakira berpelukan dan bersalaman dengan semua rakan-rakan penghuni rumah itu. Air matanya tidak mampu ditahan dari terus tumpah membasahi wajahnya. Terasa amat perit sebuah perpisahan. Zakira melangkah perlahan-lahan menuju ke kereta Proton Waja milik Abang Nizam. Di saat kereta Proton Waja itu embawanya pergi, rakan-rakannya memberikan lambaian kepadanya mengiringi perpisahan mereka. Zakira berazam akan datang melawat rakan-rakannya di rumah itu pabila ada kelapangan. Kini sinar kebahagiaan kembali menyinar di dalam kehidupannya. Impiannya untuk tinggal kembali bersama ahli keluarganya di rumah tinggalan kedua orang tuanya termakbul jua. Hari-hari yang mendatang bakal mengundang kebahagiaan ke dalam hidupnya. Mentari kembali memancarkan sinar cerianya dalam kehidupan Zakira.

***************************************
Hehehe, asyik tergelak sendiri je bila baca balik cerpen ni. Papepon, ianya tetap satu kenangan... :)


-PUTRISYAABAN-

Thursday, December 30, 2010

Soal Hati

Tak sangka camni jadinya bila da habis study. Tak pernah terbayang & terlintas pon di fikiran yang semua ni akan terjadi... Sebelum ni dengar cerite orang aje, sekarang da jadi kat diri sendiri pulak.Kalau nak bercakap soal hati & perasaan ni semuanya tak dapat diatur. Kadang-kadang diri sendiri pon tak mampu untuk tafsirkan apa yang ada dalam hati sendiri apalagi nak tafsir apa yang ada dalam hati orang lain.

Hampir 5tahun 6bulan juga hati dah ditawan oleh dia. Bermacam-macam cara juga dicuba untuk buang perasaan tu coz rasanya jalan terbaik dan selamat dalam menjaga hati sendiri dan semua orang especially family & orang-orang yang terdekat dalam hidup, jangan bermain dengan api. Tapi semuanya tak la begitu mudah. Soal hati memang sangat rumit untuk dirungkaikan. Kadang-kadang terfikir pasal someone tu je boleh buat hati betul-betul rasa pedih, tak perlu dia sendiri yang menyakitkan hati. Tapi semua ni tak ada kesudahannya. Yang mampu dilakukan cuma pasrah & berserah je pada ALLAH s.w.t coz Dia telah menentukan jodoh yang terbaik buat setiap hambanya.

Someone pernah berkata, hubungan yang telah lama terjalin tu, tak semestinya akan terus berpanjangan, tapi yang baru pula, mungkin akan berpanjangan dan berkekalan. Bila difikirkan, semua tu ada betulnya. Tapi soal jodoh bukan perkara main. Perlu fikirkan betul-betul.

Perkara ni betul-betul jadi rumit bila my mom n my family start cerite soal kawen. Semuanya kes my brother punya kawan datang rumah. Seyes tak tau pon apa tujuan asal die datang. Lama jugak la lepak di rumah, so kite berkurung aje la di dalam bilik. Esoknya tu, da whole family duk cerite-cerita pasal die tu. Tak tau la betul ke tidak. Tapi my mom cakap sebenarnya da kali ke-2 die datang ke rumah, macam mana nak cakap dengan ayat yang betul ye.... Bahasa mudahnya, my mom cakap dia datang ushar la. Da truthnya tak tau la...tapi boleh plak my sis & my mom pesan jangan nak terlalu memilih sangat, nak yang hensem-hensem... Masalahnya bukan itu yang jadi ukuran, yang pastinye...I'm not ready yet. My mom ley lak cakap, nanti kalau betul-betul suka terus je masuk meminang. My mom pesan, jangan kawen lambat-lambat. Bukan my mom je yang pesan, de la jugak yang len pesan. Kadang-kadang rasa macam kena paksa kawen pulak, sesak je rasa.... Keje tetap pon belum dapat, kalau boleh tak mau la cite pasal ni. Study loan yang menggunung tu tak terbayar lagi.

Susah jugak nak berterus terang dengan parent & family ni rupanya. Nak jaga hati sendiri at da same time nak jaga hati family & orang-orang yang berkenaan. Juz don't want to hurt anybody. Sekarang ni dapat berserah & tawakkal aje la..Dah tak mampu nak buat keputusan bila didesak macam ni. Hope everything will be ok.

-PUTRISYAABAN-

Monday, December 20, 2010

Selamat Bergraduasi Buat Semua Teman-teman

Agak terlewat untuk menyatakan ucapan ni buat semua kawan-kawan. Secara rasminya kebanyakan dari kawan-kawan semuanya dah pun wist trough Facebook. Biasa la, boleh dikatakan everyone de account Facebook, tak sure la pulak kalau ade yang tertinggal takde account FB...

Last week, 10 December, 2010 result dah pun diumumkan secara rasmi. Hari tu, semua status FB kawan-kawan pasal grad. Yelah, penat lelah 2 1/2 tahun kami semua menyandang gelaran sebagai student CS229 a.k.a Bachelor in Science (Honour) Mathematics. Akhirnya 10 December, 2010 itulah detik yang teamat indah bila kami semua diumumkan secara sah telah menamatkan pengajian kami dalam course tersebut. Walaupun result agak merudum, tapi Alhamdulillah, dapat juga grad tanpa halangan yang besar. At least, bersyukur coz tak perlu lalui apa-apa peperiksaan lagi... Terasa lapang di hati untuk start menjari kerja rasmi. Sikit punya penat setiap hari balik kerja terus saja buka my laptop, survey segala kerja yang ada. Sekarang peluang kerja agak kurang kerana ekonomi Malaysia pun baru nak membangun balik. Kadang-kadang terasa bosan dan give up je sebab setiap kali nak apply kerja kena isi form yang mahukan maklumat yang sama. Penat mengadap form yang berjela-jela panjangnya tu..

Buat kawan-kawan yang menyambung pengajian mereka ke peringkat Master. Selamat maju jaya. Semoga perjalanan study korang semua berjalan dengan lancar dan korang semua berjaya menamatkan Master korang dengan jayanya. Teringin juga untuk menyambung pengajian ke peringkat Master, maybe tunggu intake July 2011. InsyaALLAH, kalau ada rezeki. My mom pun da bagi greenlight, my dad pula macam tak kisah sangat. Tapi hopefully, kalau ada rezeki sambung Master nanti, tak sampai menyusahkan my family lagi. My family da banyak sangat berjasa. Bukan saja my mom and dad, both my brothers, my only sister and also my brother in law. Very appreciate their support all this time.

Azam sempena MAAL HIJRAH 1432H, hope dapat bantu ringankan beban my family.

-PUTRISYAABAN-

Thursday, December 9, 2010

Coretan Tinta

Da lama sangat tak berkarya. Bila habis je sekolah menengah, lebih banyak tumpukan pada akademik hingga terlupa pada hobi yang satu ni... Kalau zaman sekolah dulu, pantang ada masa, mesti duk berangan, cari idea untuk menulis... Ada bagusnya jugak bila berkarya ni. Biasanya kalau kepala tengah berserabut, hati tak tenang or emosi terganggu, luahkan semuanya pada penulisan. Kadang-kadang ape yang ditulis tak sama pon dengan isi hati time tu. Tapi pe semuanya dapat dilepaskan pada penulisan.. Iyelah, kalau nak mengadu pada someone, belum tentu lagi orang tu nak dengar cerita kite. Bila orang tu tak faham pe yang kite rasa, mula la nak rasa sakit hati... Mungkin juga waktu tak sesuai.. Kalau kawan kite tu pon tengah de problem nak fikir, takkan la kite nak menyusahkan kawan kite tu plak kan... Maybe kawan kite tu sanggup je dengar sebab nak jaga hati kita..

Macam lirik lagu Ct Nurhaliza tu..Purnama Merindu..
"Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk"
Maksudnya kalau nak bercerita & mengadu masalah tu, biarlah orang tu sudi & ikhlas kan.. Kalau tak silap, my first try dalam berkarya ni start dengan pantun, sajak & syair.. Time tu sekolah rendah lagi.... Biasalah, budak-budak lagi... Mana nak menulis panjang-panjang... Semuanya bermula bila my cikgu suruh setiap student tulis pantun dalam kelas.. Then my pantun terpilih, kena baca depan perhimpunan.. Dari situ timbul la minat & beri satu inspirasi... Lepas tu my sajak di"publish" dalam buletin bulanan library sekolah... Suka sangat la time tu... Budak-budak lagi kan.. Lepas tu da mula la berani sikit... Masuk la pertandingan  Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan masa tahun 2003. Peringkat kebangsaan. Cikgu bukan main lagi bagi sokongan sebab benda macam ni tak pernah de student yang nak buat. Tapi takde la masuk sorang-sorang. Macam biasa la, always with my best friend since kitorang de minat yang sama.

Nak dijadikan cerite, masa isi form tu, die minta nama pena la plak... So dari situ la ter"wujud"nya nama yang digunakan sampai sekarang. PUTRISYAABAN. Yang kelakarnya pernah de kawan-kawan yang ingat itu my real name sebab dalam semua buku pon tulis nama tu.... Ade jugak kawan-kawan yang tak ingat my real name, tapi ingat nama pena tu. Tak kisah la since memang suke sangat dengan nama tu... Sebenarnya putri + syaaban tu sebab syaaban tu bulan ke-8 dalam kalendar tahun Hijrah.. Dalam kalendar georgian plak, my bufday bulan 8.. Putri tu plak, bese la..dari kecik suke sangat tengok, dengar & baca fairy tale kan... Bila combine tu best lak bunyinya...

Masa sayembara tu, takde la menang hadiah utama pon.. Tapi menang hadiah misteri tu pon da seronok sangat da walaupon sebenarnya tak suke sangat pon hadiah tu...hehehe... Then masa sekolah menengah plak, hampir every edition my school magazine 2 de je karya penulisan yang di'publish".. Bila da jadik editor school magazine tu segan plak nak hantar karya sendiri.. Bimbang lak orang cakap yang bukan-bukan...

Masa study diploma plak, de la tulis dua novel.. Tapi kenyataannya cuma rangka novel tu je yang siap... Paling banyak pon yang 2nd novel tu siap lebih kurang 25episode.. Da de jugak kawan-kawan yang da baca... Tapi kesibukan study tu tak mengizinkan untuk terus berkarya.... Ntah ke mana hilangnya novel tu...Rasanya rangka novel tu ade lagi.. Lepas ni kena selongkar semua barang-barang lama... Mana la tau boleh sambung balik... Blog ni pon wujud atas minat pada penulisan jugak... Tapi lama jugak tergendala sebab kesuntukan masa.... Kalau de lagi yang lama-lama tu, maybe ley publish kat sini la kot... Sekarang ni pon bukan de keje sangat pon time weekend... Nak kuar jejalan pon malas....huhu... Hopefully ley sambung balik my hobby yang satu nih...

-PUTRISYAABAN-

Tuesday, December 7, 2010

Cabaran Baru

Setelah berakhirnya segala bebanan study, terasa seperti mahu santai, duduk di rumah, goyang kaki.... Tapi tak mampu nak buat macam tu bila terfikirkan bebanan hutang pinjaman PTPTN dan Yayasan Terengganu yang perlu dibayar. Kalau nilainya sedikit boleh la buat sambil lewa je... Tapi jumlah pinjaman mencecah lebih kurang RM40k... Mana la nak cekau duit nak bayar semua hutang-hutang tu... Silap-silap haribulan 20tahun akan datang pon belum habis bayar lagi... Mak aiiii... Masa study senang-senang je habiskan duit. Bila habis belajar je pening kepala fikir nak bayar hutang...

Dulu masa study bukan main lagi stress study... Macam nak terlingkup da dunia rasanya.... Tapi lepas da habis belajar ni...Lagi teruk rasa nak lingkup dunia ni... Aduhai...susahnya nak cari kerja sekarang ni.... Sekarang ni result semester akhir belum diumumkan lagi, tapi terpaksa la cari kerja sementara... Tak mampu nak duk goyang kaki kat rumah... Duit tak masuk, terperap aje la kat rumah jawabnya...

Nak dijadikan cerite, satu malam my neighbour datang la rumah, bagi salam.. time tu duk tengah best layan novel "Biarlah YM Berbicara". My mom tanya la, apesal datang malam-malam? My neighbour jawab, nak datang melamar... Mak aiiii, bukan main terkejut lagi, sampai nak terjatuh novel kat tangan. Tapi cover je.. dalam hati ni tuhan je yang tahu... Baru je habis belajar kot, takkan nak kawen terus... Langsung tak ready... Lepas tu my neighbour cakap, nak minta tolong kerja sementara kat kedai runcit husband dia yang lagi satu, Seri Penunjuk Trading.. Kalau tak salah, itulah kedai runcit yang terbesar kat Kijal setakat ni.... So, da rezeki nak datang, terima aje la... Lagipon satu hala ngan my dad punya arah nak pi keje, so boleh la tumpang my dad...

So secara rasminya, 28 November, 2010 yang lalu bermula la kehidupan baru... Pergi kerja and balik kerja... First day keje of course la rasa penat yang teramat sangat... Dah lama tak buat keje berat... After 2 days keje, kulit da mula pecah-pecah sebab buat keje-keje packing barang... Masa tu Tuhan aje la yang tahu betapa teringinnya rasa nak berhenti keje time tu jugak.... Dalam hati, belajar susah payah bukan nak buat keje camni... Tapi bila difikirkan balik, sabar ajelah jalan yang terbaik... Duk rumah duit tak masuk jugak... Except kalau dapat keje lain, maybe boleh la jugak berhenti... Tapi rasa segan la jugak sebab tokeynya tu my neighbour and anak die pon my brother punya kawan baik... Hampir setiap hari jugak my brother datang kat kedai tu.... Masa first day tu, along (anak tokey) tanya la, my brother tak marah ke keje kat situ... Marah pon takde guna, bukan die yang bagi duit belanja....

Da hampir 2 weeks keje ni macam-macam pengalaman da dilalui... Orang-orang kampung ramai tak kenal sebab biasanya balik kampung pon, terperap je dalam rumah... Even rumah sedara mara pon tak pegi... Bila orang datang kedai je mana yang memang tak kenal tu asyik duk tanya... Anak sape? Duk mana? Lepas SPM ke?? Penat la jugak nak menjawab soalan yang sama tu... Tapi senyum aje la... Bila cakap yang sekarang ni tengah tunggu result akhir degree,  masing-masing wat muka pelik...cam tak caye je.... but I don't mind... Yang takleh tahan, de sorang pakcik, tengok je terus tanya... Nak kawen tak?? Tapi kena duk Johor la.... Mak aiiii.... Macam kena peluru tornado jek rasa... Naseb baek tanya depan Along, at least die paham la sebab die pon ade adik pompuan jugak...muda 1tahun jek... Along tolong la back up... Katanya tak boleh la, baru habis study, baru nak mula hidup.... huhuhu..

Yang sorang makcik ni pulak pandai je wat cara halus... Ajak sembang-sembang lu... Da bajet-bajet syok sembang tu tetibe je keluar soklan, da de calon ke belum?? Mak aii... My mom & dad pon tak pernah tanya soalan camtu...aduhai...nasib la yang tanya tu semua makcik-makcik ngan pakcik-pakcik.... kalau tak, mesti da tarik muka punya la.... That's why la, rasanya lebih comfortable duk kat belakang, duk timbang barang, biarlah sakit tangan daripada terkena serangan peluru berpandu....

5 Disember, 2010 baru ni pulak ade program penempatan kerja kat Dewan Seri Amar Diraja, Kemaman... Ade la jugak peluang keje, so hantar aje la resume mana yang termampu tu... My brother pon tolong carikan jugak.... Lepas tu, de la kawan my brother offer keje jadik kerani kat kedai die... jual insurans.. Kedai tu sekali la ngan kedai komputer my brother, tapi masalahnya tak ada transport la pulak nak pegi keje.. My brother pon duk rumah bujang... Hai, pening kepala fikir pasal keje.... Sekarang ni bersabar aje la tunggu keputusan exam kuar.... Hopefully everything will be fine... Harapan cuma nak lulus saja la... Lagipun exam baru-baru ni soalan agak high power....

Tak sangka susah jugak nak hidup lepas study nih... Hope lepas ni segala-galanya akan jadi lebih mudah... Rindu pula pada kawan-kawan time study dulu.... Masih de keinginan nak study, tapi rasanya da tak larat lagi dah.... Hope kawan-kawan semua pon dapat lalui hidup yang mencabar ni yerrr.... GOOD LUCK buat kawan-kawan semua gak.... Best Wishes... Rindu korang semua....
-PUTRISYAABAN-

Final Year Project (FYP - Thesis - Tehnical Report)

CS229

Semester akhir memang merupakan saat-saat yang sangat mencabar dan menguji kesabaran serta keupayaan diri. Tekanan sentiasa membelenggu diri. Namun jerih perih rasanya terbalas apabila segala-galanya selesai dilaksanakan dan hasilnya dapat dilihat.

15 November, 2010 yang telah lalu, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Shah Alam telah mengadakan exhibition untuk semua pelajar-pelajar semester akhir membuka booth dan mempamerkan hasil kajian dan latihan industri masing-masing. Bagi yang tidak menjalani latihan industri, kami telah membentangkan thesis masing-masing mengikut bidang yang telah dipilih. Kajian yang diusahakan selama hampir lebih kurang setahun sampai kepada kemuncaknya. Sesungguhnya debaran menanti kehadiran panel dan examiner masing-masing mampu membuatkan hati tidak keruan.

Macam-macam gelagat kawan-kawan dapat dilihat. Bila selesai sahaja present di depan examiner dan panel secara individu, ada yang berwajah masam, ada juga yang tersenyum tidak henti-henti. Tapi yang bermasam muka juga sudah pasti akhirnya akan tersenyum juga kerana ia bermakna berakhirlah perjuangan kami sebagai seorang pelajar degree. Yang tinggal hanyalah doa dan tawakkal untuk berhadapan dengan result yang dijangka akan dimaklumkan pada 10 Disember,2010 yang akan datang tak lama lagi.
 Sawal present di depan Panel & Examinernya


Bila terkenangkan yang kami akan berpisah selepas ini, terdetik rasa sebak di hati dan rasa seperti mudah saja untuk mengalirkan air mata. Kenangan selama 2 tahun setengah bersama kawan-kawan seperjuangan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik tidak akan dilupakan dan akan sentiasa dalam kenangan. Semoga persahabatan kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga kalian semua berjaya menempuh cabaran di dunia baru yang lebih mencabar. Pada yang masih lagi menyandang status sebagai seorang pelajar, semoga kalian dapat menamatkan pengajian kalian dengan cemerlang.

Sudah lebih 2 minggu kita semua berpisah. Sememangnya hati telah merindui untuk bertemu kalian semua. Bergelak ketawa bersama-sama. Rindu pada gurauan dan kenakalan korang. Hope lepas ni kita dapat berkumpul lagi.

22 November, 2010 yang lalu telah diadakan bengkel penulisan jurnal matematik dengan tujuan untuk mem"publish" thesis kami sebagai jurnal di internet bagi manfaat dan kegunaan bersama. Hopefully sumbangan kitorang yang tak seberapa dapat membantu insan lain.

23 November, 2010 yang lalu pula telah dilangsungkan majlis penganugerah projek tahun akhir bagi pelajar-pelajar matematik. Dalam bergembira bagi yang telah memenangi hadiah, suasana sedih menyelubungi kerana itulah saatnya kami bakal berpisah membawa haluan masing-masing.

 My Poster

My Booth

Best friend forever. Miss all of you.



-PUTRISYAABAN-

Salam Maal Hijrah 1432H

Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat sekalian. Sedikit terlewat kerana kesibukan kerja. Diharap tahun baru yang hadir ke dalam hidup kita ini bakal menjadi tahun yang terbaik berbanding tahun-tahun yang telah kita lalui.

Dengan kehadiran hari yang istimewa ini, mari la kita bersama-sama singkap maksud sebenar "HIJRAH". Setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri dan bila dikategorikan sebagai pandangan, seharusnya tiada yang salah tapi tidak pula bermaksud yang ianya benar. Terpulanglah kepada individu untuk mentafsirkannya. Hijrah merupakan satu PERMULAAN baru bagi setiap insan. Buku baru akan dibuka sekali lagi. Biasanya azam baru akan dipasang setiap kali tibanya tahun baru, tapi kadangkala azam tahun yang lalu pun belum tercapai sepenuhnya. Situasi itu tidak seharusnya menjadi batu penghalang dan mematahkan semangat kita untuk terus memasang niat dan azam yang baru. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui. Bila kita berniat sesuatu yang menuju ke arah kebaikan, kita telah pon diberikan ganjaran pahala olehNYA. Maha Pemurah ALLAH pencipta sekalian alam ini.

Akan tetapi azam yang dipasang itu haruslah kita cuba untuk realisasikannya menjadi realiti sedaya upaya kita. Marilah kita sama-sama membuat perubahan ke arah kebaikan. Sesungguhnya ianya hanyalah semata-mata kerana ALLAH S.W.T dan kerana cinta kita kepada diri kita sendiri.

Semoga tahun ini kita akan mendapat lebih keberkatan dan rahmat dariNYA.

-PUTRISYAABAN-