Pages

Wednesday, February 29, 2012

Aku Untukmu (Bab 2)

"Syaz, aku duduk di sini boleh?".

Syaziyah yang sedan tekun menulis nota tersentak dengan sapaan itu. Dia mendongakkan kepala ingin memastikan siapa empunya suara yang bertanya padanya.

"Oh, kau Zikri. Duduk la. Library ni bukan aku punya pun", balas Syaziyah perlahan.

"Kau study sorang je ke? Mana kawan-kawan yang lain?".

"Sorang je. Dorang semua tak nak study kat library. Dorang lebih suka study kat bilik hostel je. Kenapa? Kau cari sape?".

"Takde la. Kalau study ramai-ramai, kita boleh buat study group. Mana la tau kita boleh bertukar pandangan dan sekaligus buat kita lebih faham".

"Entah la. Aku lagi prefer study sorang-sorang kat library ni. Kalau ada pape yang aku tak faham, nanti aku pergi je tanya terus dengan lecturer, apa susah", jawab Syaziyah selamba.

"Eh, kau ni datang nak study ke nak ajak aku sembang? Ni yang aku tak suka study ramai-ramai. Nanti sembang je lebih", sambung Syaziyah lagi.

Zikri hanya terdiam mendengarkan apa yang dituturkan oleh gadis yang berada di hadapannya itu. Seketika dia bangun dan beredar menuju ke rak-rak buku yang berada di dalam perpustakaan itu dan muncul kembali beberapa ketika kemudian dengan beberapa buah buku yang agak tebal di tangannya.

Suasana di dalam perpustakaan yang sunyi membuatkan mereka tidak menyedari waktu beredar dengan begitu pantas. Perut mula meminta untuk diisi. Syaziyah melihat jam di pergelangan tangannya.

"Patutlah aku lapar, dah pukul 3 rupanya", getus hati kecil Syaziyah.

Syaziyah melihat Zikri di hadapannya yang masih tekun mengahadap nota-nota dan buku di hadapannya.

"Zikri, kau tak lapar ke? Jom makan. Aku dah lapar ni".

Zikri memandang Syaziyah dengan sekuntum senyuman yang manis terhias di bibirnya.

"Jom", jawab Zikri sambil bingkas bangun.

Setelah mengemaskan meja yang berselerak dengan nota dan buku-buku mereka dan disusun dengan kemas di satu sudut meja, Syaziyah dan Zikri terus menuju ke cafe kampus yang hanya terletak di blok bersebelahan dengan perpustakaan.

Mereka memilih meja yang terletak di bahagian tepi cafe.

"Kau nak order apa? Aku belanja kau hari ni",Zikri bersuara sebaik sahaja mereka duduk.

"Betul ke ni?".

"Betul la. Aku tak main-main pon".

"Alang-alang kau da offer, kau orderkan aku mee kari dengan air sirap laici".

Syaziyah memberikan senyuman kepada Zikri. Zikri bangun dan menuju ke kaunter untuk memesan makanan. Setelah beberapa ketika Zikri kembali ke meja yang diduduki oleh Syaziyah bersama satu dulang yang berisi makanan yang dipesan oleh Syaziyah. Mereka mula menikmati makanan tengahari mereka yang agak terlewat hari itu.

"Syaz, kau takde boyfriend lagi kan", tanya Zikri tiba-tiba.

Hampir tersedak Syaziyah mendengar pertanyaan Zikri itu.

"Kenapa kau tanya?".

"Saja aku nak tahu. Kalau kau dah ada boyfriend, melepaslah aku".

Syaziyah terkedu mendengar ucapan Zikri itu. Syaziyah berhenti dari terus menyuap makanan ke mulutnya. Dia memandang tepat ke anak mata Zikri. Cuba mencari kepastian apa yang dituturkan oleh lelaki di hadapannya itu. Syaziyah hanya terus mendiamkan diri. Ini bukan kali pertama Zikri membicaraan tentang hasratnya itu.


-PUTRISYAABAN-