Pages

Friday, April 22, 2011

Pergilah Derita (Bab 2)


             “Hani, jom pergi makan kat cafe.  Saya belanja awak hari ni”.

            Ajakan Prof. Amir tidak dijawab oleh Dr. Farhani.  Prof. Amir mengeluh kecil.  Gadis bertudung litup itu sukar sekali untuk didekati olehnya.  Dia amat berharap agar Dr. Farhani akan menerima pelawaannya kali ini.  Dia terus menanti dengan penuh sabar.  Matanya tidak lepas dari memandang gadis di depannya itu yang begitu tekun menekan papan kekunci komputernya.

            “Boleh juga.  Kalau Prof. nak, tunggu kejap lagi.  Saya nak siapkan kerja saya ni.  Tinggal sikit je lagi”.

            Hati Prof. Amir berbunga riang mendengarkan jawapan dari Dr. Farhani.  Bukan mudah Dr. Farhani menerima pelawaannya.  Sebagai ketua pensyarah bagi fakulti mereka, Prof. Amir kagum dengan ketelitian kerja yang dilakukan oleh Dr. Farhani.  Idea yang dikemukakan cukup bernas malah secara peribadi, dia merasakan yang Dr. Farhani adalah seorang gadis yang cukup sempurna dari segala segi.  Namun die tidak faham, kenapa gadis yang berada di hadapannya itu masih tidak berteman.

            Prof. Amir terus merenung Dr. Farhani yang tekun menghadap monitor computer sambil jari jemarinya pantas menari-nari di atas papan kekunci.  Hatinya telah lama tertawan, akan tetapi Dr. Farhani tidak pernah memberikan sebarang respon ataupun peluang buat dirinya.

            “Terlalu sukar untuk aku dapatkanmu Hani”, getus Prof. Amir di dalam hati.

            Setiap kali berhadapan dengan Dr. Farhani, lidahnya menjadi kelu untuk berbicara mengenai isi hatinya.  Gadis itu dirasakan terlalu baik dan tidak layak buat dirinya.

            “Jom kita pergi sekarang.  Pukul 2.00 petang nanti saya ada kuliah”.

            Serentak itu juga Dr. Farhani pantas menekan butang kuasa di komputernya bagi mematikan fungsi computer itu.

            “Prof, boleh saya Tanya sesuatu?”, Dr. Farhani memulakan bicara ketika mereka sama-sama mengahadap juadah tengahari mereka.

            “Panggil saya Amir.  Panggilan Prof. tu rasanya hanya sesuai untuk student.  Hani bukannya student, malah lecturer seperti saya juga.  Boleh, apa salahnya.  Tanya la sebanyak mana yang Hani suka.  Itupun kalau saya ada jawapan, kalau tak ada, tak dapat la saya nak jawab”.

            “Prof....  Maaf, Amir.  Amir kenal dengan Muaz? Muaz Zuhair bin Nasrin”.

            “Muaz?  Lebih dari kenal”, jawab Prof. amir sambil tersenyum lebar.

            “Apa maksud Amir”.

            “Kami kawan baik.  Bukan itu saja,tapi kami juga ada pertalian darah.  Muaz tu cousin saya.  Hani kenal Muaz?”.

            “Muaz kawan lama saya.  Classmate waktu sekolah dulu”.

            “Hani keluar makan dengan saya ni sebab nak tanya soalan itu ke?  Kenapa Hani tak Tanya sendiri dengan Muaz?  Hani ada something special dengan Muaz?’.

            Laju sahaja pertanyaan-pertanyaan itu meluncur keluar dari mulut Prof. Amir.  Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui kisah sebenar antara Dr. Farhani dan sepupunya Muaz.  Hatinya dapat merasakan, ada sesuatu di antara mereka berdua.

            “Tak.  Bukan macam tu.  Perut saya ni memang dah lapar.  Dari semalam lagi saya tak makan apa-apa.  Kebetulan ada pula orang offer nak belanja makan, apa salahnya kan.  Bagus juga ada teman untuk makan dari makan seorang.  Sebenarnya semalam Muaz ada datang jumpa saya.  Saya pun tak tahu yang dia dah pulang ke Malaysia.  Lama tak berjumpa dengan dia, jadi banyak perkara yang nak diceritakan.  Tapi dah lewat petang, kami jumpa sekejap saja.  Anyway, nothing special between us.  Just friend”.

            “Kalau ada apa-apa sekalipun, saya tak dapat nak halang”, lancar sahaja ungkapan berbaur cemburu itu meluncur keluar dari mulut Prof. Amir.

            “Sorry, saya dah terlewat nak pergi kuliah.  Thank you sudi belanja saya lunch.  Next time my turn.  Saya pergi dulu.  Assalamualaikum”.

            “Waalaikummussalam”.

            Prof. Amir mengeluh.  Dia termangu sendirian.  Jawatannya sebagai ketua pensyarah di fakulti itu menyebabkan jadualnya agak lengang kerana die perlu meluangkan masa bagi para pelajar yang mempunyai masalah berkaitan akademik berjumpa dengannya.  Namun demikian, berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar dan juga pensyarah begitu mencabar kredibiliti dirinya.  Dia perlu sentiasa memotivasikan dirinya sendiri agar tidak membuat tindakan mengikut emosi serta dapat membuat keputusan yang terbaik.  Prof. Amir hanya memerhatikan Dr. Farhani melangkah pergi meninggalkannya sendirian di cafe.

*********************************

            “Mir, sape yang drive kereta MyVi  biru tadi?”.

            “Kenapa Muaz, kau berkenan ke?  Takkan 6 tahun kau kat Kanada tu, takde sorang pon awek yang kau tersangkut.  Awek orang putih ke.  Yang sini juga kau berkenan”.

            Amir merasa sedikit gelisah.  Gadis yang dimaksudkan Muaz tadi adalah Farhani yang telah lama mencuri hatinya.

            “Bukanlah.  Aku rasa macam kenal je dia tu”.

            Muaz meneruskan pemanduannya.  Sudah sebulan dia mula bekerja di Pulau Pinang dan tinggal bersama sepupunya Amir di sebuah kawasan perumahan.  Ada debaran yang bertandang di hatinya tatkala ekor matanya dapat menangkap kelibat satu wajah yang terlalu dirinduinya selama ini.  Fikirannya terus dikerah untuk berfikir.  Cuba mencari jawapan sendiri.  Amir yang berada di sebelahnya tidak dihiraukan lagi.  Amir juga terus mendiamkan diri.

            “Dini!  Ya Dini”.

            Muaz tersenyum puas apabila dia berjaya mengingati kembali nama si gadis yang dilihatnya di perkarangan universiti tadi.

            “Nama dia Dr. Farhani”, Amir memecahkan kebuntuan antara mereka.

            Kedua mereka kembali membisu dan keadaan kembali sunyi.

            “Prof, boleh saya berjupa dengan Pro. Sekejap?”.

            Prof. Amir tersentak dari lamunannya.  Dia kembali ke alam nyata.  Dua wajah pelajar yang berdiri di hadapannya direnungnya sebelum dia menjawab pertanyaan pelajar itu tadi, cuba untuk mentafsirkan kembali mesej yang disampaikan oleh pelajar itu.

            “Ya.  Ikut saya ke office”.

            Prof. Amir segera bangkit dari bangku cafe dan terus berjalan menuju ke biliknya sambil diekori oleh dua orang pelajarnya tadi.

*********************************

            Pertemuannya dengan Dini tempoh hari membuatkan hatinya resah.  Dini masih tidak menghubunginya sejak pertemuan itu.

            “Shit!”, Muaz memarahi dirinya sendiri.  Dia betul-betul terlupa untuk meminta nombor telefon Dini tempoh hari.

            “Kenapa Dini tak kawen lagi, waiting for a prince come and propose to you?”, Muaz cuba bergurau bagi melindungi keresahan hatinya.

            “Not a prince, but a king.  Well, I should ask you the same question.  Takkan 6tahun Muaz di Kanada tak jumpa calon kot.  I don’t believe it.  You must have someone special there”.

            “Well, I lebih suka pada perempuan melayu tulen.  Bukan orang putih or orang melayu yang berlagak macam orang putih”, tegas kedengaran kenyataan Muaz itu di pendengaran Dini.

            “Dini takde tunggu sesiapa.  Cuma mungkin jodoh Dini belum sampai”.

            “Jodoh takkan datang pada kita secara tiba-tiba.  Kita harus juga mencari.  Kalau kite tak buka ruang untuk jodoh kita tu, tak dapat juga kan.  Dini cakap Nurin dah kahwin.  Muaz tak dapat sebarang berita pun.  Dini kenal ke dengan husband Nurin tu?”.

            “Sebenarnya Dini tak attend pun wedding Nurin.  Kebetulan Dini final exam, Dini tak ada cuti nak pulang kampung.  Mana nak ulangkaji lagi.  But I meet Nurin before her  wedding day.  From her story, I think she happy with her family now”.

            “Muaz pon harap macam itulah”.

            Alunan lagu My Memory yang menjadi tema filem Korea popular, Autumn in My Heart tiba-tiba memecah keheningan malam sekaligus mematikan lamunan Muaz.  Dengan malas Muaz mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja bersebelahan katilnya.  Sebelum menjawab panggilan telefon, Muaz melihat nombor pemanggil yang terpapar di skrin telefonnya.  Nombor yang tidak dikenali.  Dengan malas Muaz menekan butang hijau di telefon bimbitnya.

            “Assalamualaikum.  Muaz.....Dini”.

            Terukir senyuman di bibir Muaz.

            “Waalaikummussalam.  Dini buat apa tak tidur lagi.  Dah lewat malam ni”, seraya Muaz memandang jam di pergelangan tangannya.  Jarum jam menunjukkan waktu menghampiri 2.00 pagi.

            “Well, Muaz pun belum tidur juga kan?  I got a phone call from Nurin”.

            “Yep, Muaz belum tidur lagi.  Masih ada kerja yang perlu dibereskan.  So, what’s the story?”, Muaz tersenyum sendirian.  Satu pembohongan telah dilakukan.  Bohong sunat kata hatinya.

            “Nurin dah balik Semenanjung.  She want to see me.  Dini rasa Nurin belum tahu yang Muaz dah pulang ke sini kan?  I think maybe you should join me.  We will suprise her”.

            “Yep, Muaz rasa dia belum tahu.  Muaz tak ada contact number Nurin.  So  Muaz tak tahu macam mana nak contact and inform her about I’m back already.  So Nurin kat mana sekarang?”.

            “Kat Pahang la.  At our hometown.  Well, Muaz boleh ikut Dini pulang kampung hujung minggu ni tak?”.

            “Orait.  Muaz pun belum ada apa-apa plan weekend ni.  Kita balik satu kereta saja la.  Muaz drive.  At least, kita boleh tolong reduce kesesakan lalulintas dan pencemaran udara”.

            “Good idea.  Lagipun rasanya housemate Dini nak pinjam kereta Dini weekend ni.  Kebetulan pula kereta dia rosak”.

            “Emmm, ni nombor Dini ke?”.

            “Habis tu takkan nombor Muaz pula”.

            Muaz mengetuk kepalanya sendiri kerana soalan bodohnya itu.  Selepas member salam dan memutuskan talian, Muaz tersenyum seorang diri.  Ada satu perasaan yang hangat mengalir di dalam jiwanya.

-PUTRISYAABAN-

Saturday, April 16, 2011

Pergilah Derita (Bab 1)

            Dr. Dini Farhani menghempaskan briefcasenya di atas katil.  Dia menghenyakkan sekujur tubuhnya di atas katil yang empuk miliknya.  Fikiran menerawang.  Ingatannya kembali kepada pertemuannya dengan Muaz Zuhair pada petang tadi Kini hatinya kian bercelaru.  Kenangan lama kembali menerjah ke ruang ingatannya.

            Dini, maafkan aku seandainya aku telah melukakan hatimu.  Sejuta kemaafan kupohon darimu.  Ak sedar, kata-kataku tempoh hari, luahan perasaanku bahawa aku menyintaimu hanyalah sekadar satu gurauan semata-mata.  Aku sebenarnya telah lama menyimpan perasaan kepada Nurin, sahabat baikmu.  Cuma aku takut untuk menyatakan hasratku kepadanya bimbangcintaku akan ditolak olehnya.  Maklum sahaja, ramai jejaka yang menaruh hati pada Nurin.  Tidak dapat aku nafikan, kecantikan yang dimiliki oleh Nurin membuatkan aku terpegun setiap kali memandang wajahnya apatah lagi dengan keayuan dan kehalusan budi pekerti serta tutur bicaranya.  Aku bimbang untuk mendekatinya dengan tiba-tiba.  Bimbang sekiranya dia tidak sudi untuk memandangku walaupun hanya sekadar seorang sahabat.  Lantaran itulah aku mendekatinya melaluimu.  Aku pasti aku telah melukai hatimu.  Aku memohon keampuanan darimu.  Aku sendiri juga tidak pasti sama ada wujud atau tidak perasaan cinta dan sayangmu itu kepadaku.  Engkau juga belum pernah memberikan sebarang jawapan kepada pertanyaanku tempoh hari.  Soalanku itu kau biarkan sepi.  Aku takut apa yang aku lakukan ini meninggalkan luka yang mendalam dalam hatimu dan aku tidak mahu menjadi insan yang terus melukaimu saban waktu.  Aku harap kau memahami apa yang aku rasakan.  Aku tetap sayang padamu tapi cuma sekadar seorang sahabat karib yang boleh kau berkongsi segala suka dan dukamu itu.  Kau juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Nurin.  Kau juga cantik.  Aku pasti kau juga mempunyai peminatmu yang tersendiri.  Aku juga kesal atas apa yang aku lakukan, tapi hati aku telah terlebih dahulu ditawan oleh Nurin.  Aku belum pasti adakah aku dapat memiliki cinta Nurin atau tidak, tapi aku tidak ingin terus menerus melukai hatimu dan menipu perasaanmu malah perasaanku juga.  Aku berharap agar kita bertiga akan terus akrab dan tidak hanyut dibuai oleh perasaan sehingga menyebabkan pelajaran kita terabai. Tugas kita sebagai seorang pelajar masih belum selesai.  Perjalanan kita masih jauh.  Aku tahu kau seorang yang amat bercita-cita tinggi.  Aku berharap agar kita akan sama-sama berjaya mencapai apa yang kita cita-citakan.

Sahabatmu,   
Muaz         
   
            Perlahan-lahan air mata Dini mengalir membasahi pipinya.  Setitis air jernih itu menitis membasahi kertas yang berada di tangannya.  Warkah pemberian dari Muaz petang tadi ditatapnya tanpa berkelip.  Benar-benar dia tidak menyangka yang dia hanyalah bertepuk sebelah tangan. Sedikit sebanyak nafsu amarahnya mula menyimpan perasaan benci pada sahabat karibnya sendiri, Nurin.  Nurin telah merampas satu-satunya jejaka yang pernah bertapak di ruang hatinya itu.  Terbayang di ruangan matanya gelak tawa Nurin yang begitu ayu dan mempesonakan ramai jejaka.  Akan tetapi akal warasnya membantah rasa hatinya itu.  Nurin tidak tahu apa yang telah berlaku. Bahkan bukan Nurin yang menyimpan perasaan kepada Muaz.  Nurin amat prihatin dan mengambil berat akan dirinya.  Tidak mungkin Nurin merampas Muaz darinya.  Bahkan Dini juga tahu, Nurin telah lama menyimpan perasaan pada Ikram dalam diam.

            Dini tidak sanggup untuk mengkhianati persahabatan yang telah lama terbina antaranya dengan Nurin.  Hanya Nurin sahabat setia suka dan dukanya selama ini.  Baginya, biarlah cintanya dikorbankan tetapi dia tidak rela persahabatan mereka terkubur begitu sahaja.  Puas Dini menangis dan berendam air mata sepanjang malam.  Sepanjang malam hanya berdiam diri di dalam bilik tidurnya.  Akal warasnya yang masih mampu berfikir dengan rasional berjaya memberikan kata putus kepadanya.  Muaz dan Nurin tetap akan menjadi shabat karibnya selagi dirinya masih bernafas.  Dini Farhani ingin membekukan hatinya daripada terus dihanyutkan perasaan.  Soal hati dan perasaan, biarlah masing-masing menguruskannya.  Dia ingin terus berusaha mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang pensyarah.  Muaz juga tidak pernah mengetahui akan perasaan hatinya itu.  Itu akan lebih memudahkan dirinya untuk berhadapan dengan Muaz dan juga Nurin seperti biasa.

            Persahabatan di antara Dini, Nurin dan Muaz berjalan seperti biasa.  Mereka belajar, mengulangkaji serta makan bersama-sama.  Dini sendiri tidak pernah mengambil tahu dan dia juga tidak peduli sama ada Muaz telah meluahkan perasaan hatinya kepada Nurin atau tidak.  Apa yang lebih penting baginya, persahabatan mereka tetap utuh dan teguh seperti sebelumnya dan ianya akan terus berkekalan begitu selamanya.  Masa terus bergerak dan akhirnya mereka sama-sama telah menamatkan zaman persekolahan mereka.  Jarak telah memisahkan mereka bertiga.  Keputusan SPM yang cemerlang telah melayakkan mereka mendapat tempat bagi menyambung pengajian masing-masing di universiti pilihan mereka di dalam bidang yang mereka minati.  Apa yang diketahuinya, Nurin menyambung pengajiannya jauh di negeri di bawah bayu, negeri Sabah.  Muaz pula berjaya mendapatkan tajaan dan menyambung pengajiannya di Kanada.  Dini sendiri pula memilih untuk menyambung pengajian di salah sebuah universiti tempatan yang terkenal dengan pencapaiannya di dalam bidang sains iaitu Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

***************************************

            Jarak dan kesibukan turut menjarakkan hubungan mereka bertiga sehinggalah pertemuannya kembali dengan Muaz di pejabatnya lewat petang tadi.  Sebuah keluhan panjang dilepaskan.  Terasa sempit saluran pernafasannya untuk menyedut udara ke paru-parunya.

            Terlalu banyak kenangan manis, pahit, suka dan duka yang telah mereka bertiga lalui bersama-sama.  Sememangnya tidak mudah untuk dia melupakan semua kenangan antara mereka yang telah terpahat padu di memorinya.  Dek kesibukan mereka dengan pengajian masing-masing dan kesibukan itu terus mengekori mereka setelah mereka melangkah ke alam pekerjaan.  Dini jadi lupa.  Dia lupa seketika pada dua orang sahabat karibnya itu.  Saat ini, entah mengapa Dini merasakan dia mempunya terlalui banyak masa untuk kembali mengimbau semua kenangan yang telah mereka lalui bersama.

            "Dini, kenapa Dini masih belum berkahwin?  Nurin macam mana pula?  Lama tak dengar berita dari dia".

            "Masih belum ada jodoh lagi agaknya, apa nak buat.  Nurin dah kahwin dengan classmate die waktu di UMS dulu.  Sekarang dia menetap di Sabah.  Macam mana la Muaz nak tahu berita dan perkembangan orang di sini kalau orang tu sampai di Kanada je terus lenyap macam dah ditelan bumi".

            "Dini, Muaz tak tahu macam mana nak cakap dengan Dini.  Muaz nampak Dini waktu datang jumpa dengan Prof. Amir tempoh hari. So, Muaz memang dah plan nak datang jumpa Dini hari ni.  Tak sangka pula yang Dini sampai dah tak dapat cam Muaz lagi".

            "Macam mana Dini nak kenal, Muaz tu, tinggal di Kanada tu bukan main lama lagi sampai muka pun dah nampak macam English man.  Tambah pula dengan misai nipis tu.  Memang la nampak lain sangat".

            "Amacam, makin hensem tak?".

            Berderai tawa mereka berdua.  Mereka sama-sama menghirup air yang telah dipesan tadi. Penghawa dingin yang terpasang di dalam restoran itu langsung tidak menghilangkan kepanasan yang dirasai mereka dek bahang kepanasan matahari yang terik memancarkan sinaran.

            "Dini, acctually tujuan sebenar Muaz datang jumpa Dini petang ni sebab Muaz nak bagi something.  Muaz dah explain everything kat dalam ni.  Hopefully Dini akan faham apa yang Muaz cuba sampaikan.  Jangan lupa hubungi Muaz nanti, boleh kita keluar bersama lagi".

           Muaz menghulurkan satu sampul surat biru kepada Dini Farhani sebelum mereka sama-sama beredar dan mengakhiri pertemuan mereka pada petang itu.



            "Surat".

            Dini bergegas mendapatkan briefcasenya.  Kelam kabut Dini mencari sampul surat biru pemberian Muaz petang tadi.  Pernafasannya dirasakan tidak teratur.  Sebaik sahaja sampul surat itu berada di tangannya, Dini terkaku buat seketika.  Matanya tidak lepas dari memandang sampul surat biru itu.  Setelah menarik nafas panjang, perlahan-lahan Dini membuka sampul tersebut.  Aroma wangian yang lembut menusuk ke rongga pernafasannya.

            "Lavender", bisik hati kecilnya.

            Dini melepaskan sebuah keluhan sebelum mula membaca isi kandungan surat yang ditujukan kepadanya itu.            

     Assalamualaikum...
     Maaf kiranya kehadiran warkah ini yang mungkin akan mengundang kekusutan fikiran Dini. Tapi Muaz rasa sudah tiba masanya Muaz menyatakan kebenaran yang telah Muaz sembunyikan selama ini.  Muaz sudah tidak sanggup dan tidak mampu lagi untuk terus menyimpan rahsia ini berseorangan.  Setelah Dini mengetahui kebenaran ini, terpulang kepada Dini untuk membuat penilaian sendiri terhadap Muaz.  Sama ada Dini akan menolak atau menerima Muaz dalam hidup Dini, Muaz akan terima dengan pasrah.

     Dini,
     Pasti Dini masih ingat lagi pada warkah sebegini yang pernah Muaz sampaikan pada Dini kira-kira 9 tahun yang lalu.  Muaz minta maaf sekiranya warkah itu telah meninggalkan luka yang dalam di hati Dini.  Muaz juga tidak pasti apakah warkah kali ini bakal menambahkan luka yang pernah Muaz tinggalkan dahulu atau akan menyembuhkan luka lama di hati Dini.

     Untuk pengetahuan Dini, apa yang terkandung dalam warkah yang lepas hanyalah satu kepalsuan.  Hanya kepalsuan yang Muaz sendiri ciptakan.  Namun, itu adalah jalan yang terbaik dapat Muaz fikirkan pada ketika itu demi kebaikan kita bersama.  Muaz tahu, Dini adalah seorang gadis yang berprinsip, cekal dan berfikiran matang.  Muaz juga tahu yang Dini akan dapat menilai kebaikan dan keburukan setiap yang berlaku.

     Dini,
     Sekali lagi Muaz ingin memohon kemaafan di atas apa yang telah Muaz lakukan.  sedikit sebanyak, Muaz tahu rahsia hati Dini.  Muaz pernah terbaca diari peribadi Dini tanpa keizinan Dini.  Maaf.  Muaz tahu, Dini juga ada menyimpan perasaan pada Muaz, tapi Dini takut untuk terima cinta Muaz kerana takut dipermainkan.  Dini takut untuk melibatkan diri dalam dunia percintaan apabila ramai kawan-kawan Dini pernah dikecewakan oleh lelaki.  Dini takut terluka.  Dalam waktu yang sama, Dini juga tidak dapat menghalang hati Dini dari jatuh cinta.  Apa yang paling penting, Muaz tahu, Dini seorang yang bercita-cita tinggi dan bersemangat besar.

     Sejak dari hari Muaz terbaca diari Dini, hampir dua minggu Muaz berfikir sebelum membuat keputusan memberikan warkah yang telah Dini terima 9 tahun yang lalu.  Muaz lebih rela cinta Muaz terkubur dahulu.  Muaz pasrah.  Muaz mahu kita sama-sama berusaha mencapai cita-cita .  Muaz pasrah pada ketentuan-Nya.  Pada Muaz, jodoh itu telah ditentukan, andai sememangnya kite memang telah ditakdirkan untuk bersama, kita pasti bersatu jua.  Hari ini, kita telah pun sama-sama mengecapi kejayaan yang kita impikan dari dulu.  Hanya seuntai kata yang mampu mentafsirkan apa yang tersirat di hati Muaz selama ini yang tidak mampu Muaz lafazkan pada Dini selama ini.  I LOVE YOU.

     Sebagaimana Muaz pasrah menerima ketentuan-Nya 9 tahun lalu, begitu juga pada ketika ini.

            Muaz.


             Buat kali yang kedua Dini menitiskan air mata kerana sekeping warkah biru yang diutuskan oleh seorang insan yang telah lama mencuri hati dan perasaan cintanya, Muaz.  Air matanya semakin deras merembes keluar dari kelopak matanya.  Perasaannya tidak dapat dibendung lagi.  Segalanya berkecamuk dan bercapur baur.  Gembira, sedih, terharu, geram, marah, kecewa dan seribu macam rasa yang tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata.  Sebu rasa hatinya.

***************************************

              "Muaz, boleh tolong Dini selesaikan masalah Matematik Tambahan ni? Dini tak faham la".

             Pantas tangan Muaz menarik buku di hadapan Dini.  Rancak jari jemarinya menarikan pensil mencoretkan jawapan di atas helaian buku latihan Dini.  Sambil itu mulutnya tidak henti menerangkan satu persatu langkah penyelesaian yang ditulisnya itu.  Satu demi satu soalan diselesaikan mereka bersama-sama tanpa menyedari masa begitu pantas berlalu.  Hampir dua jam mereka menghabiskan masa di perpustakaan sekolah pada petang itu.  Nurin tidak dapat menyertai mereka untuk sama-sama mengulangkaji pada petang itu.

             "Dini, Muaz ada satu rahsia nak beritahu kepada Dini".

              "Rahsia?  Rahsia apa pula ni Muaz?  Kalau Muaz nak cakap, cakap aje la.  Dini tadah telinga je".

             "Dini".

              Suasana menjadi sunyi buat seketika.  Hanya mereka yang berasa di perhentian bas di hadapan sekolah mereka pada ketika itu.  Muaz menarik nafas panjang.

             "Dini, Muaz sebenarnya sukakan Dini atau lebih tepat lagi, Muaz cintakan Dini", ujar Muaz perlahan, hampir-hampir tidak dapat didengari oleh Dini.

              Dini yang merasakan debaran di dadanya memuncak pada ketika itu cuba untuk bersahaja.  Dini pura-pura tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Muaz.  Sedangkan dalam hatinya pada ketika itu terasa seperti bunga yang sedang mekar berkembang.  Suasana sunyi terus membelenggu mereka berdua buat beberapa ketika. Dini kehilangan kata-kata.  Dia hanya menanti Muaz meneruskan tutur bicaranya namun Muaz juga terus membisu.

             "Muaz, Dini pergi dulu.  Papa Dini dah sampai.  Jumpa lagi esok.  Assalamualaikum", Dini bersuara tiba-tiba memecahkan kebuntuan antara mereka.

              Muaz yang tersentak hanya mampu mengangukkan keplanya.  Dini segera berlalu pergi ke arah kereta papanya.  Muaz hanya dapat memandang Dini hilang di perut kereta dan kereta itu terus berlalu pergi semakin menjauh dari pandangannya dan akhirnya terus menghilang.  Muaz mengeluh hampa.

             Satu demi satu kenangan di alam persekolahan mereka terimbau di ruang ingatan Dini.  Bagaikan masih terdengar di pendengarannya ketika ini kata-kata Muaz pada ketika itu.

              Dini tiba-tiba teringat yang die belum lagi menunaikan solat maghrib sedangkan sudah hampir benar masuk waktu isyak.  Bingkas dia bangun mencapai tuala dan berlalu menuju ke bilik mandi.  Selesaikan membersihkan diri, terus dia menunaikan kewajipan yang difardhukan kepada semua muslim.  Terasa lapang hatinya tatkala kewajipannya sudah tertunai.  Perutnya pula mula menyanyikan lagu keroncong minta untuk diisi, tapi selera makannya telah hilang.  Dini kembali membaringkan badannya di atas katil.  Fikirannya kembali berputar-putar mengingati kenangan-kenangan lama.  Terasa begitu malas untuk dia menyelesaikan tugasan-tugasan kerjanya yang tidak pernah selesai.  Fikirannya terus menerawang jauh merentasi masa.  Malam kian larut dan Dini terus hanyut dengan memori silamnya sehingga terbawa ke alam mimpi.

***************************************

-PUTRISYAABAN-