Pages

Sunday, November 6, 2011

Aku Untukmu (Bab 1)

Selasa (18 Jan, 2011)

Sudah hampir 6 tahun aku mengenali dia. Aku sendiri tidak pasti apakah sebenarnya yang tersirat di dalam hatinya. Dia tidak pernah menyatakan sama ada die suka pada aku atau tidak, apalagi untuk menyatakan cinta pada aku. Kadang-kadang aku rasa bodoh kerana terus mengharapkan cintaku berbalas. Kadang-kadang terasa seperti aku mengkhianati diriku sendiri kerana terus menunggu sehingga ke saat ini walaupun langsung tiada kepastian.

Sukakah dia padaku? Cintakah dia padaku? Siapa yang bertakhta dalam hatinya?

Semuanya hanya tinggal persoalan sahaja. Aku sendiri tidak pasti sampai bilakah aku harus bertahan. Bila difikirkan umur, aku da cukup dewasa untuk mendirikan rumahtangga. Bak kata ummi, kawan-kawan aku hampir semuanya sudah berkahwin, malah sudah beranak pinak pon. Bukan ummi tidak pernah berleter padaku, bukan ummi tidak pernah menyuarakan hasratnya kepadaku. Cuma aku satu-satunya puteri ummi dan walid. Mahu juga melihat kehidupan puteri mereka ini terjaga dan mempunyai keluarga sendiri yang lengkap dan sempurna. Kalau Along dengan Angah, tidak pula ummi bising. Kata Ummi, anak lelaki tidak perlu dirisaukan sangat. Menjaga anak perempuan seorang memang sangat susah.

Maafkan Syaz, Ummi. Bukan Syaz tidak mahu menyempurnakan hasrat Ummi dan Walid, tetapi hati Syaz masih belum terbuka untuk lelaki lain selain Arman. Sejak mengenali Arman, tidak pernah ada lelaki lain yang mampu memasuki ke dalam hati Syaz. Dia satu-satunya lelaki yang mampu membuatkan hati Syaz bergetar. Mungkin jodoh Syaz belum sampai. Berilah peluang untuk Syaz mencari kebahagiaan dan cinta Syaz sendiri. Syaz tahu, Ummi dan Walid sudah punya calon pilihan untuk Syaz. Tapi hati Syaz tidak pernah terbuka untuk orang lain selain Arman.

Syaziyah termenung seketika. Ada rasa sebal di hati datang bertamu. Diari putih itu ditutup perlahan-lahan. Tiada kata-kata yang mampu dicoretkan lagi. Tiada ayat yang mampu menggambarkan perasaannya ketika itu. Direnungnya gambar Arman yang menjadi wallpaper telefon bimbitnya. Sebuah keluhan panjang dilepaskan.

**********************************

"Assalamualaikum. Nama saya Arman".

Syaziyah yang sedang tekun menulis tersentak. Perlahan-lahan diangkat mukanya memandang pemuda yang berdiri di hadapannya. Merah padam mukanya. Terasa kelu lidahnya untuk menyahut salam yang diberikan Arman.

"Waalaikummussalam. Saya Syaz....Syaziyah", jawab Syaziyah setelah agak lama mendiamkan diri.

Syaziyah memarahi dirinya sendiri di dalam hati. Terketar-ketar dia menjawab sapaan Arman tadi walaupun sudah mengambil masa untuk mengumpulkan keberaniannya memulakan bicara.

"Boleh panggil Syaz kan? Panggil saya Man".

"Ya. Panggil Syaz je".

Tidak mampu untuk memandang ke arah Arman, liar sahaja mata Syaziyah melilau ke sekeliling.

"Man selalu nampak Syaz dalam kelas, tapi tak sempat nak berkenalan".

"Biasa la tu. Masih awal lagi. Baru sebulan lebih kita start kuliah kan".

"Ya, betul juga tu. Syaz buat apa tu?".

"Takde buat apa. Takde apa nak buat, so tulis rangka untuk buat cerita je".

"Syaz suka menulis ke?".

"Suka jugak. Tapi just untuk isi masa lapang saja. Takde intention untuk menulis secara serius".

"Bagus juga. Takde la masa tebuang sia-sia saja. Sekarang ni ramai orang yang mencipta kerjaya bermula dari hobi. Kalau Syaz menulis secara serius pun apa salahnya".

Syaziyah hanya tersenyum mendengarkan kata-kata perangsang yang dituturkan oleh Arman. Sedikit sebanyak hatinya berbunga riang dengan kata-kata itu.

"Kenapa Syaz senyum je? Salah ke apa Man cakap tadi?".

"Takdelah salah pun. Cuma Syaz tak pernah pun terfikir nak menulis secara serius. Sekadar menulis di blog saja.Pada Syaz, nak menulis secara serius, perlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi".


"Kenapa? Syaz tak cukup yakin dengan kebolehan Syaz sendiri ke?".


"Boleh dikatakan macam tu juga. Tapi...emmm...".


"Tapi kenapa?".


"Sebenarnya Syaz bukan la tak yakin dengan hasil tulisan Syaz, cuma Syaz rasa, Syaz ada kekangan masa. Kalau sekarang ni, still study, of course nak kena tumpukan pada study. Then masuk alam kerja, Syaz tak rasa Syaz mampu nk menulis secara konsisten".


"Oh, macam tu.. Maksud Syaz, Syaz cuma mahu menulis time Syaz kebosanan, time tak tahu nak buat apa?".


"Bukan la macam tu. Kadang-kadang, walaupun idea untuk menulis tu ada, tapi Syaz tak da feel untuk menulis, means Syaz menulis dalam keadaan yang terpaksa, pasti feel yang nak Syaz sampaikan tu tak sampai kepada pembaca kan?".


Arman tersenyum. Berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Syaziyah. Senyuman manis yang pnuh makna yang hanya dirinya sendiri mengetahui apa yang tersirat di sebalik senyumannya itu.


*********************************


Mata Syaziyah liar memerhati ke setiap ceruk kelas, namun wajah yang dicarinya tidak ditemui. Ada suatu rasa di hatinya yang membuatkan dirinya benar-benar merasa tidak tenteram. Masih tidak percaya pada pandangan matanya sendiri, Syaziyah terus memerhati k setiap ceruk klas, tercari-cari wajah Arman.


"Mana Arman ni? Tak pernah pula dia lewat ke kuliah", keluh Syaziyah sendiri.


Kuliah yang disampaikan oleh pensyarah di hadapan kelas langsung tidak diberikan perhatian.


"Syaz, kau ni kenapa? Resah semacam je aku tengok",tegur Zalikha, rakan sekuliah yang duduk di meja bersebelahan Syaziyah.

"Er... Takde papelah".

Tiba-tiba ada bunyi ketukan di pintu.

Syaziyah segera dapat menangkap wajah Arman di muka pintu kelas.

Arman masuk sebaik sahaja pensyarah yang sedang mengajar memberikan isyarat tangan supaya dia masuk ke dalam kelas tersebut.

Arman melangkah masuk dan terus menuju ke arah pensyarah mereka, Prof. Nazri.

Syaziyah hanya dapat memerhati dari jarak jauh. Tidak dapat menangkap apapun butir bicara antara Arman dengan Prof. Nazri. Hatinya terus merasa resah.

Setelah selesai, Arman terus melangkah menuju ke tempat duduknya.

Di saat Arman berjalan melintasinya, pemerhatian Syaziyah tertangkap pada satu sampul surat yang dipegang oleh Arman. Sampul surat yang tertera perkataan "Urusan Seri Paduka Baginda". Syaziyah terus tinggal dengan tanda tanya yang tiada jawapan.


-PUTRISYAABAN-

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha 1432H

Assalamualaikum w.b.t.

Nak ucapkan kepada semua muslimin muslimat Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H. Esok 9Zulhijjah, so esok last day peluang untuk kite rebut pahala dengan berpuasa sunat sempena hari wukuf di arafah esok.. Nak kongsi sket kelebihan puasa sunat untuk esok.. Petikan ni diambil dari 1website len... Al maklumlah, tak mampu nak huraikan sendiri... Kalau nak tengok lebih banyak lagi kelebihan puasa sunat untuk sepanjang tahun,boleh baca kat web ni ye... http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatpuasawajibdansunnat.htm

Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujarnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Tirmizi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Diriwayat oleh Muslim)

-PUTRISYAABAN-