Pages

Saturday, March 31, 2012

Relationship Matter ^_^


Hidup ni sukar nak dijangka. Kadang-kadang kita merancang bagai nak rak, alih-alih, lain jadinya. Hasil tak seperti yang diharapkan.  Apatah lagi soal hati dan perasaan. Kita tidak mampu untuk mentafsir apa yang ada di dalam hati dan fikiran orang lain. Jangankan kata orang lain, kadang-kala diri sendiri pon tak mampu nak ditafsir.

Tapi soal hati sesuatu yang tidak dapat dipaksa. Datang dan perginya juga tanpa diminta. Tapi hati terpaksa jua dipujuk dari terus tenggelam dalam kesakitan bila sesuatu yang tak diingini berlaku. Kalau dibiarkan bimbang makin parah jadinya. Silap haribulan hilang kewarasan akal, nyawa melayang.

Orang kata, jarak dan masa itu bukanlah alasan dalam sesuatu perhubungan. Apa yang penting adalah give and take (tolak ansur kata orang melayu), kejujuran dan kepercayaan kepada pasangan. Kena juga memahami  pasangan. Kalau nak harapkan setiap kali pasangan kena beritahu apa yang dirasa, jenuh la jugak. Orang kata body language mainkan peranan penting.
 
Ada pasangan yang tak boleh nak berjauhan. Bila berjauhan selalu berlaku salah faham, lepas tu bergaduh. Kepercayaan jadi menipis. Ade jugak la yang jenis percaya tahap sampai 200%, duk jauh pun tak kisah. Dari segi masa pun tak mampu nak tentukan keutuhan sesuatu hubungan. Orang yang dah berkahwin lebih 20tahun pon boleh bercerai-berai, apalagi yang belum kahwin, takde sebarang ikatan yang sah. Tapi kalau jodoh tu dah ditentukan olehNYA,  jumpa baru sekali, dalam masa sebulan boleh je terus kahwin.

Kalau nak difikirkan soal hubungan antara lelaki dengan perempuan memang ada macam-macam. So terpulang la kepada diri masing-masing untuk mencari pasangan yang terbaik dalam hidup. Adam mencari Hawa, tulang rusuknya yang hilang. Tapi jangan la pula bila da dapat tak dijaga.
Bila umur dah semakin dewasa, semakin ramai yang bertanya. Bila nak kahwin? Dah ada calon ke belum? Walaupun kadang-kadang perit la juga hati dengar pertanyaan-pertanyaan tu macam kena tembak dengan snipper, berlubang-lubang da hati. Tapi pasrah je la. Jalan yang terbaik diamkan diri je. Dah jodoh belum sampai, apa nak dikata.

Tapi kalau nak diikutkan, diri ni tersangat la bertuah. Walaupun apa yang dirancang yang diharapkan tak menjadi kenyataan, tapi ada insan-insan yang sanggup menemani walaupun terpaksa mengorbankan waktu tidur selepas penat bekerja sepanjang hari. Melepak sepanjang malam semata-mata nak menenangkan hati kengkawan yang tak keruan. I’m really appreciate you all guys. I will remember all of those memories we had together. Menangis, menjerit, ternampak “tettttt”, ketawa... Everything we had together. All of those memories will remains in my memory. Semua rasa dan rahsia yang kita kongsi bersama. It’s between us. Walaupun yang sorang tu dah pergi jauh nun di Tanah Tinggi untuk bekerja. Wish you luck dude.

Untuk lagi dua yang masih lagi setia melepak bersama, setiap kali keserabutan melanda di fikiran. Hope after this kite semua berjaya capai apa yang kita impikan. Walaupun kita tak pernah lagi succeed dalam “soal hati”, harap lepas ni kita bakal success okay buddies.

As for me, thanks to someone that always have time for me. I cannot promise anything as for you, but we will do our best. Luv you all guys!! <3 <3

-PUTRISYAABAN-

Friday, March 30, 2012

Aku Untukmu (Bab 3)

"Syaz, kenapa kau susah sangat nak terima aku?", antara dengar dengan tidak suara Zikri sampai ke gegendang telinga Syaziyah.

Syaziyah hanya diam seribu bahasa. Berpura-pura tidak mendengar apa yang telah diluahkan Zikri kepadanya. Matanya terus difokuskan kepada buku Kalkulus yang tebalnya hampir 3inci di hadapannya itu.

Zikri mengeluh berat.

Suasana terus sunyi. Hanya desiran angin yang bertiup lembut yang menyapa cuping telinga. Petang itu suasana agak sunyi di kampus mereka. Zikri dan Syaziyah mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akhir yang bakal menjelang tiba. Minggu ulangkaji yang diperuntukkan khas buat siswa-siswi mempersiapkan diri mereka sebelum berperang di dewan peperiksaan digunakan kebanyakan daripada siswa-siswi di kampus itu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Kampus yang agak lengang itu membuatkan suasana menjadi bertambah sunyi.

Tiba-tiba Zikri bangun dari bangku yang didudukinya dan terus berlalu pergi tanpa sebarang kata. Syaziyah hanya menghantar pemergian Zikri dengan pandangan kosong. Tiada walau sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya. Hanya sebuah keluhan yang dilepaskan.

"Zikri, maafkan aku", hati kecil Syaziyah bersuara.

Fikirannya tidak dapat untuk terus ditumpukan kepada buku dan nota-nota yang berada di hadapannya. Dia hanya melihat Zikri berlalu pergi hingga tidak dapat melihat bayangan Zikri lagi. Ada rasa bersalah kerana melukakan hati Zikri. Tapi Syaziyah tidak mampu untuk menipu hatinya sendiri. Padanya Zikri hanyalah seorang rakan karib yang sentiasa menjadi temannya untuk mengulangkaji subjek-subjek yang dipelajarinya kerana Zikri juga merupakan teman sekelas.

Ingatannya melayang kepada Arman. Ada rasa rindu yang bertandang di hati. Sudah lama dia tidak mendengar khabar dari Arman. Sejak Arman berhenti dari terus belajar di kampus itu, tiada khabar berita yang didengarnya dari Arman. Akalnya mengutuk dirinya sendiri kerana tidak pernah meminta nombor telefon bimbit Arman sebelum Arman berhenti dulu. Dia sendiri tidak begitu pasti mengapa Arman terus melekat di ingatannya walaupun telah terputus hubungan sejak lebih setahun yang lalu. Tapi sejak pertama kali bertemu dengan Arman, ada satu rasa aneh yang mengalir dalam hatinya. Rasa yang tidak pernah hadir sebelum ini.

Padanya, Arman seorang lelaki yang sangat sopan dan halus budi pekertinya. Penuh dengan adab dan pertuturannya yang lembut serta tutur katanya yang tersusun amat menarik perhatiannya. Tambahan pula Arman seorang lelaki yang bijak dan sedia membantu kawan-kawan yang meminta pertolongan dalam pelajaran.

Semasa Arman masih ada, dia selalu mencuri pandang kepada Arman yang berada di belakang kelas. Kebiasaannya Arman akan duduk di belakang dan dia pula akan duduk di barisan paling hadapan. Setiap kali dia melihat Arman yang tekun mendengar apa yang diterangkan oleh pensyarah, hatinya terasa puas. Kerap kali juga apabila dia memandang Arman, mata mereka bertemu pandang. Lekas sahaja dia akan berpaling ke hadapan apabila keadaan tersebut terjadi.

Syaziyah mengeluh lagi. Akalnya terasa kusut. Penuh dengan permainan perasaan.

Syaziyah tahu, Zikri jujur menyatakan hasrat hatinya. Sudah banyak kali Zikri menyatakan mahu menjadi teman istimewanya. Rasanya sudah lebih 5 kali. Syaziyah juga tahu, ramai kawan-kawan di kampus tersebut yang menyebarkan gosip mengatakan bahawa dia dan Zikri adalah pasangan kekasih yang romantik. "Loving couple" kata mereka. Semuanya kerana mereka banyak menghabiskan masa bersama. Pergi kelas bersama, pulang pun bersama. Lepak dan mengulangkaji pelajaran pun bersama. Tapi Syaziyah pasti, tiada rasa cinta yang hadir dalam dirinya untuk Zikri walaupun sedikit. Yang ada hanyalah perasaan sayang sebagai seorang sahabat. Baginya, perasaan itu lebih murni dan dia mahu mengekalkan perasaan itu antara mereka.

***************************************************

Syaziyah membesarkan matanya memandang ke arah skrin komputer yang berada di hadapannya. Terasa tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

                             Friend request : Arman Haikal

Matanya terus memandang skrin komputer tanpa berkelip.

"Betul ke ni friendter Arman?", getus hati kecilnya.

Tangannya terus melarikan tetikus komputer. Klik sana, klik sini. Syaziyah cuba untuk memastikan yang dia tidak tersilap orang. Tapi agak hampa kerana tiada gambar yang dapat dilihat di dalam profil friendster yang bernama Arman Haikal itu.

"Nak approve ke tak ni?".

Syaziyah melepaskan keluhan. Matanya dipejam rapat. Nafas ditarik sedalamnya. Cuba untuk mencari jawapan.

"Approve jelah".

Cursor komputer diletakkan di atas butang comfirm.

Syaziyah memejamkan mata sekali lagi. Jarinya menekan tetikus komputer. Matanya dibuka.

"Sah, aku da approve friend request dia", getus hati kecil Syaziyah.

Tanpa sedar ada senyuman yang terukir di bibirnya.


-PUTRISYAABAN-