Pages

Friday, May 25, 2012

Musim Cuti...

Okeyh, bermula weekend ni bermula la cuti untuk student2 UiTM selama seminggu sempena Hari Gawai (time aku dulu takde lak bagi cuti gawai sampai seminggu... *envy). Walaupon aku tak study lagi dah, tapi aku consent benda neh coz de ramai lagi member2 aku kat UiTM tuh.... Since aku selalu gak melepak ngan member2 UiTM neh so kena la ambik tahu.... Then bermula minggu depan pulak sekolah pulak yang nak start bercuti...

Musim2 cuti ni, apalagi, bukan main banyak agi jemputan kawen & tak kurang ramai gak la yang nak tunang.... Okeyh, kalau aku nak kire satu persatu jenuh la jugak kan.... So aku mention la member2 yang aku agak rapat. Yang paling dekat esok la... salah sorang member Geng Koroks (hahahahaa....sape ntah wi nama geng camneh...but nevermind, we are buddies forever) nak tunang hari ni dan kebetulan bersamaan bufday die... So aku nak wish selamat hari lahir & selamat menjadi tunangan orang.... Esok gak sorang agi member sebaya tapi aku tak pernah sekelas pon ngan die kawen esok... Aku rasa macam ramai jugak yang kawen hari ni terutama yang duksebelah Kelantan & Terengganu sebab esok weekend kat sana kan....

Okeyh, then luse plak, hari ahad, rumet aku plak sambut menantu (nasib la...saya duduk sebilik ngan wife orang...huhuhu). Minggu depan plak, aku dengan bangganya dah mengapply cuti untuk balik kampung yang dah agak lama aku tak jejak (lebey kurang 2bulan je pon... poyo je lebey...heee). 1May aku baru nak gerak balik kampung, tapi 1May 2 gak de wedding member kat kampung... Macam tak kena kalau tak attend... Lama kitorang sekelas time skolah dulu2... Harap2 sempat la attend. Then 2May de 2wedding member2 time dip dulu... Groom & Bride da bagi invitation card by hand... Aku dah rasa segan kalau tak pegi nih.... Kalau takde aral saya datang okeyh... Dan my officemate tunang juga on 2May.. 3May pon de wedding member, sblh groom plak..

So bila my mom tahu yang anak die nak balik, dengan happynya bertanya bila nak balik & bila nak kena attend wedding member tuh... Maybe dengan harapan boley la spend time dengan my mom kan... So cakap la... Balik 1 until 3 June, wedding member 1,2 & 3 June... Terus my mom sambung, 4June aku plak sambung wedding......

Tengok orang kawen memang la teringin nak kawen kan, but sorry to say... Maybe I am not ready to enter a new level in my life yet... Dats y la kot.... Hahahaha... (well... maybe dats only 1 of da reason la kan... selain memang takde jodoh lagi kan...).

So to all my member2 yang nak bertunang, yang baru bertunang, yang nak kawen & baru kawen... Wish u ollz Selamat Bertunang & Selamat Pengantin Baru... Mana yang saya tak dapat attend minta maaf minta ampun... Semoga u guys be happy with yourlife partner okeyh... Then lepas tu saya nak tengok anak sedara yang kiut miut okeyh... Luv u ollz guys...

-PUTRISYAABAN-

Thursday, May 24, 2012

Bicara Tentang Hati :---> Lelaki VS Perempuan


Okey, dalam entry kali ni aku akan cuba bersikap adil, tak berat sebelah kepada mana-mana gender. Dah jadi fitrah manusia la, kite akan nampak keburukan orang lain, takkan nampak keburukan sendiri. Mungkin juga la boleh nampak keburukan sendiri tapi lambat sket nak nampak compare dengan keburukan orang len tu. Kadang2 tu memang la sedar keburukan sendiri tu, tapi pejam mata je buat tak tahu kan.

Kalau nak bicara soal hati dan perasaan ni, selalunya dalam akal fikiran sorang perempuan ni, die akan fikir kenapa lelaki ni tak sensitive dengan perasaan kite? Kenapa lelaki ni tak boleh nak spend time untuk die? (Kalau untuk member2 die 2 bley la plak…) Kenapa la lelaki ni taknak ambik berat perasaan die padahal die sangat ambik berat perasaan lelaki 2?(Mungkin perasaan die je pon yang die ambik berat pasal lelaki tu..) Lelaki ni macam tak risau je pe yang jadi kat aku… Die dah tak sayang aku lagi ke?? Then bermula dari situ mula la timbul rasa tak percaya, was2 atau pape jelah yang seangkatan dengannya…

Okey, kalau lelaki plak… Aku ni bukan lelaki, so aku tak tahu banyak pasal lelaki… Tapi aku cuba la yang aku termampu. Kalau lelaki plak selalunya mesti fikir kenape la awek aku ni sensitive sangat? Sikit2 nak merajuk… Sikit2 nak tunjuk perasaan. Cubalah jadi matang sikit. Kenapa  la die ni tak kisah sepanjang masa ngan aku, asyik nak berkepit je. Bukan kata rimas ke pe, tapi takkan la de pakwe member nak dilupakan kot. Kenapa tak bagi masa untuk diri sendiri & untuk member2 sendiri yang maybe kenal lebih lama dari aku ni?? Kenapa la die suka sangat nak mengadu? Hal2 kecik pon nak mengadu.... (Pendek kata semua benda yang die buat die nak bagitau….) Padahal benda tu boleh je buat sendiri… Boleh cari jalan penyelesaian sendiri… Cubalah untuk berdikari…. Kenapa la die suka sangat ambik berat pasal aku? Bukan la kata tak boleh ambik berat, tapi takkan semua benda pon die nak ambik tahu? Kalau tak tahu, mula la nak rasa risau la… Pastu mula nak fikir bukan2…

Okeyh… Sekarang ni, aku nak bagitau untuk semua lelaki2 yang ade dalam dunia ni… Korang boley klik  link http://www.facebook.com/photo.php?fbid=273022216112316&set=a.245385395542665.59590.212808898800315&type=1 ni & baca entry sorg hamba ALLAH ni…..
Sebagai sorang pompuan, for sure la aku 100% setuju dengan pe yang dinyatakan dalam entry tuh. So, untuk kaum2 adam, lepas ni harap2 terjawab semua persoalan persoalan yang de dalam akal fikiran korang tuh. Kredit 5bintang aku bagi kat penulis entry tuh.

Okey, sekarang ni untuk kaum2 hawa plak. Sebenarnya lelaki ni bukan tak sensitive dengan ape yang kaum perempuan ni rasa, tapi selalunya dorang tak ambik port sebab benda tu benda kecik jek. Macam takde efek ape pon kalo sesuatu benda tu jadi sebabnya kalau jadi kat dorang pon benda tu dorang memang tak ambik port. Contoh la, kadang2 pompuan ni sanggup tahan lapar sebab nak makan dengan pasangan die. Tapi bila tiba2 yang laki ni tak jadik nak makan skali ngan die, mula la y pompuan ni terasa hati, majuk walaupon alasan yang diberikan sebab tak datang tu memang patut boleh diterima akal la… Lepas tu taknak makan dah sebab dia dah set dalam kepala time tuh die nak makan dengan pasangan die (majuk tu sebenarnya sebab dah sangat lapar, tapi duk tunggu jugak. Bila dah datang rasional die nanti mesti hilang merajuk tuh…huhuhu…). Okey, kalau macam lelaki plak, die memang tak kisah lapar sekejap sebab dah janji ngan pasangan nak keluar makan dengan bersama. Then tetibe2 si perempuan ni cancel, lelaki tak perlu alasan2 sangat pon. Kalau dah perempuan ni memang tak boleh dating, die makan de sendiri. Perut dah lapar, melantak ajelah...Sama juga pon makan sendiri ke dengan pasangan, makanan tu sampai jugak ke usus.

Pasal spend masa, berkepit 24jam, perempuan memang tak kisah pape, sebab asal dapat tengok muka pasangan, tambah2 pasangan tu senyum kat die, rasa bahagia je yang ade… Rasa2 len semua dah padam. Macam lelaki, pada dorang, masing2 perlukan masa, perlukan privasi untuk diri sendiri.  Dah memang logic juga la kan, semua orang perlukan privacy masing2 kan. Kadang2 bukan la lelaki ni tak bley nak spend masa untuk pasangan die, Cuma macam tu lah, orang kata akal lelaki ni 9, nafsu 1 dan akal perempuan plak 1, nafsunya 9. Lelaki ni selalunya memandang jauh ke depan. Kalau pompuan die tak contact lelaki, maybe la alasan die nak suh lelaki tu rindu kat die. Tapi kalau lelaki ni, die fikir perempuan ni tak boley la dengan die je, kalau die takde, macam da hilang tempat bergantung, takde sape2 lagi da. Nak ngadu, nak kuar, nak makan… Bila dia da takde da xtau nak wat semua benda tu ngan sape.

Lelaki ni sebenarnya bukan tak ambik berat perasaan pasangan die. Tapi sebab lelaki ni dah faham sangat jenis perempuan yang sangat suka beremosi. Sket2 nak tacing. Die bukan tak ambik berat pasal perasaan perempuan tu…. Cuma pada lelaki, perempuan ni kena belajar kawal emosi die. Kalau die ada, maybe la pompuan ni boley lepas perasaan kat die, dah kalau die takde,nak luah ngan sape plak? Lelaki ni perasan perasaan pompuan ni sebab kalau tak perasan, xde la dorang pujuk kan. Tapi kadang2 tu dating r jugak angin dorang malas nak pujuk terutama bila merajuk sebab benda kecik & merajuk dengan benda yang sama. Cuba kalu pompuan duk kat tempat lelaki, asyik nak kena pujuk lelaki tu… mau tak tak letih kan…. Lagipon sebenarnyaagak hipokrit la kalau kite cakap, asyik kite je yang nak kena jaga perasaan orang lain, orang lain tak jaga perasaan die…. Kat situ dah nampak, kite rasa kite je yang jaga perasaan orang lain, tapi perasaan kite terabai, kat situ dah nampak yang kita sendiri dah bina banteng siap2 taknak hati kite terluka, nak jaga hati kite… Sebab tu kite perasan yang kite je duk jaga perasaan orang lain….

Perempuan selalu tak rasa yang lelaki ni tak ambik port, tak risau pon pasal die. Tapi kalau fikir logic, apa lagi yang lelaki ni nak risau sebab dah jadi lumrah pompuan, die buat pape je mesti nak bagitau kat pasangan. Cuba perempuan duk tempat lelaki. Setiap masa dapat report pe yang die buat. Pe lagi nak risau…. Da memang kite tau pe pasangan die buat…  Kalau jadi pape kat pasangan, bukan la lelaki ni tak risau. Dorang memang risau. Mungkin risau dorang tu boleh lebey lagi dari risau parent kat anak2 dorang…. Cuma dorang ni tak tunjuk sangat yang dorang risau sebab dorang taknak manjakan sangat pompuan ni sebab dorang nak pasangan dorang ni berdikari….boleh jaga diri sendiri…. Bukannya dorang tak sayang kat pasangan dorang lagi dah….

Okey la… Apa yang aku tulis ni secara generalnya sahaja… Nak ulas details susah la… Nak faham hati sendiri kadang2 pon susah, pe agi nak baca hati orang lain kan…. Lagipon soal ni subjektif… So in certain2 part, pe yang aku cakap ni boleh jadi betol & boleh jadi salah…
Tapi frankly speaking… Aku pon sama jugak macam pompuan2 lain… Time aku rasional boley fikir semua benda ni… Tapi bila tengah layan emosi sendiri tuh, buat jug ape benda yang aku tahu aku tak patut wat….
So kesimpulannya, pandai2 la jaga hubungan masing2… Tolak ansur (bak kata omputih give & take) itu yang paling penting… Jangan masing2 ikutkan hati je… Nanti memakan diri…huhuhu…

*P/s :---à Peringatan ni bukan saja untuk orang lain…tapi untuk diri aku jugak yang sememangnya agak sensitive….huhuhuhu
-PUTRISYAABAN-

Kerja Separuh Jalan


Menulis tu hobi aku dari dulu lagi, dari zaman-zaman sekolah lagi. Kalau bab tulis cerpen, sajak, pantun, memang dah tak terkira banyaknya. Zaman sekolah dulu kat rumah mana nak de computer, laptop tu apatah lagi. Kalau internet tu lagi la takde jawabnya. So dulu kalau nak tulis pape pakai tulis dalam satu buku. Tapi aku sendiri pun tak pasti mana pergi buku-buku tu. Ntah de lagi ntah tak. De la jugak yang dapat diselamatkan. Contohnya macam cerpen yang aku da pernah publish kat blog aku neh.

Pernah juga la terlintas di akal fikiran ni, kononnya nak jadi penulis. Penulis novel macam novelis-novelis yang terkenal tu. Kalau tengok sekarang ni pun ramai novelis-novelis muda muncul kat Malaysia ni. Bila dah macam tu lagi la membuak-buak keinginan nak jadi penulis. Tapi nak dijadikan cerita, cita-cita tu macam terlalu besar. Macam tak tercapai dek akal. Bukan nak kata takde idea. Tapi nak bagi komitmen kat penulisan tu yang payah. Kadang-kadang dating malasnya.

Al-kisahnya aku ni dah banyak kali try nak tulis novel. Contohnya yang kat dalam blog ni, yang aku bagi tajuk Aku Untukmu. Kalau nak tahu yang ni percubaan yang ketiga. Yang sebenarnya ketiga-tiga novel yang cuba dihasilkan tu dah ada full jalan cerita.

OK! Novel yang first, aku pon da lupa apa tajuk yang aku bagi. Since itu percubaan aku dari zaman sekolah lagi, aku tulis dalam satu buku A4. Dalam masa aku study diploma dulu pernah la 2,3orang try baca cerite aku yang separuh jalan tu. Aku memang terima komen yang positif. Dengan berbekalkan semangat yang berkobar-kobar time tu, aku pon taip la cerita tu. Tengah-tengah duk taip cerita tu, memang banyak la ayat yang aku tukar, yang aku tambah, aku godek sini sket, godek sana sket. Rasanya hampir 70% jugak aku tukar. Sebabnya aku rasa ayat yang lama tu terlalu berbunga-bunga. Nanti pening pulak kepala orang nak baca. Yang first novel ni memang da masuk sampai bab ke berapa aku pond a tak ingat, tapi bout 10++ jugak la. Itu yang dah aku taip. Yang dah siap tulis dalam buku bout 20++ jugak la. Memang da habis hamper habis satu buku karangan aku tuh.  Nak dijadikan cerita pendrive aku hilang. Terus aku hilang mood nak taip balik cerita tu. Yelah, macam aku cakap tadi, renovate ayat hamper 70% daripada yang asal.
Aku pun bukan la jenis yang beria-ia sangat nak menaip sampai tak tido malam kan. Al-maklum la… Time tu aku study diploma. De juga assignment yang nak kena siap n yang sebenarnya de berlambak keje nak kena buat. Cuma aku yang pemalas ni suka curi tulang. Kurang stress sket otak aku ni duk fikir bab-bab study neh.

After pendrive aku hilang, aku start percubaan yang ke2. Walaupon novel pertama ti xsiap agi, sebab aku dah patah hati ngan novel tu, aku wat yang ke2 plak. Yang kedua ni pon aku wat hardcopy dan juga soft copy. Maksudnya aku tulis dalam buku dan aku taip jugak. Yelah, buku tu selalu dalam fail aku, aku bawa pegi mana-mana je. Sambil-sambil tunggu kelas start, duk kat bangku bawah pokok tu, sempat gak aku curahkan idea aku. Masa aku start cerita ke2 ni, aku dah final sem kalau dah tak salah. Bila dah final sem tu, faham-faham jela… Dengan keje projek fizik aku 2, hari-hari keje aku bakar logam. Menghadap oven kat dalam lab tu. Terbakar la jugak rasa muka ni. Hari-hari macam tu sampai aku memang xley focus lagi pada novel aku tuh. Bila habis sem akhir, buzy ngan wedding angah aku. Pastu sempat keje jap. Time keje tu lagi la. Balik da penat.

Pastu aku sambung degree. Bila da sambung degree lagi la sibuk. Kadang-kadang bila ada masa aku sambung juga. Tapi dalam banyak-banyak masa aku yang terluang tu, walaupun aku duk menghadap laptop aku, yang aku buat ialah, chatting & on9 je kejenye. Yelah, beforetu kan payah nak dapat internet. Time tu aku giler chat kat YM. Laptop pon on je almost 24hour.

Nak dijadikan cite lagi, pendrive aku hilang lagi sekali. Salah aku jugak la kan tinggal merata. Tertinggal kat lab comp kalau tak salah. Patah semangat lagi sekali. Tapi time tu aku da ade blog. Aku pon tak pernah ingat aku pernah publish cerita tu kat blog aku ni. Tapi aku memang pernah taip, mungkin aku peram dalam draf je kot. Ntah, aku sendiri malas nak cek.

Dan kali ini adalah percubaan yang ke3. Kali ni memang da maju, aku terus taip kat blog aku. Tapi yang malasnya setiap kali aku nak sambung cerita, aku da lupa nama watak & spec2 tentang watak-watak dalam cerita tu. Dan disebabkan kebosanan dan feel yang takde untuk membuat kerja-kerja ofis, aku curi2 la copy semua cerita-cerita yang aku dah publish kat blog neh ke dalam Microsoft office. Simpan dalam pendrive aku. DONE! Dan 2 or 3 hri lepas bila aku cek balik, de salah satu chapter tu dah tersalah nama watak. So aku adjust la balik…. Aku pon copy cantik-cantik masuk dalam word, siap format ak adjust balik, kasi cantik-cantik sket (Kononnya la…). Bila dah siap, aku tengok setiap chapter macam terlalu pendek pulak. Takkan aku nak wat novel sampai chapter 100++ macam cerita Sinetron Indonesia kat tv tuh…. Dan dari situ datang la rasa tak puas hati.

Balik keje tadi feel aku nak menulis datang. So aku dah tambah sket2 kat dalam cerita aku tu. Sekarang ni aku duk bingung, takkan aku nak adjust balik semua entry aku yang aku dah publish untuk novel tu????? Lagi satu, tak ke bosan & penat kalau nak baca cerita panjang2 kat blog, kalau fizikal punyenovel tu len cerita la, korang boleh baca sambil baring, sambil duduk @ pape posisi yang korang suke la kan….
Kesimpulannya sekarang ni….. Aku takde pape kesimpulah… Hahahahaha….

*P/s :----------------------à Kepada member yang disayangi, P-chan yang sentiasa mengomen dan memberikan pandangan tentang tulisan2 aku neh dan yang sememangnya setia membaca tulisan aku….. HELP ME!!!!! Aku dalam dilema…huhuhuhu

-PUTRISYAABAN-

Tuesday, May 22, 2012

Aku Untukmu (Bab 4)

R-Man   : Buzz
                De org tak?
Pu-3      : Buzz
                Still b'nyawa lg ni... :D
R-Man   : Bgus la..
                Ingtkn da pgsan
               Watpe xtdo lg ni?
               Dah lewat mlm ni
               Prmpuan xelok tido lwat2 tau
Syaziyah tersenyum sendiri.
"Amboi, senyum sorang nampak".
Syaziyah hanya tersengih mendengar teguran teman sebiliknya itu.
Adira menggeleng kepala melihat gelagat Syaziyah. Pelik juga kalau nak difikirkan oleh akal fikirnya perihal teman sebiliknya itu. Setahu Adira teman lelaki Syaziyah adalah Zikri. Tapi apa yang dia tahu Syaziyah selalu ber"chatting" menggunakan Yahoo Mesengger yang menggunakan nama samaran R-Man.
Adira hanya memerhati telatah Syaziyah yang tekun menghadap komputer riba di atas meja belajarnya. Itulah rutin harian Syaziyah yang dilihatnya. Kalau takde kuliah, terperap di dalam bilik. Takde kerja lain, online sepanjang masa. Kadang-kadang pergi kuliah pun komputer ribanya masih juga dalam mode standby.
Sesekali muka Syaziyah kelihatan serius. Jari jemarinya ligat menekan papan kekunci komputer ribanya. Kadang-kadang die tersenyum-senyum dan tergelak sendiri.
"Parah member aku ni", getus kata hati Adira.
"Kenapa ko duk tenung aku macam tu? Macam nak telan aku jek. Dah lewat malam macam ni, ko buat aku seram tahu tak?".
"Amboi, ko ingat aku ni lembaga ke pe?", Adira memuncungkan mulutnya.
Syaziyah geli hati melihat muncung Adira yang boleh diikat reben itu. Pecah gelak tawanya memenuhi ruang bilik mereka.
"Woiii!!! Ko giler ke gelak macam tak ingat dunia. Ko tahu tak dah pukul 2.00 pagi ni".
"Takde la, yang ko duk renung aku sampai macam tu sekali nape? De pape yang ko tak puas hati ngan aku ke pe?".
Adira tersenyum.
"Dapat green light. Ni peluang aku", getus hati kecil Adira.
Adira bingkas bangun. Posisi badannya ditukar daripada berbaring terus duduk bersila di atas katilnya.
"Takde la, aku heran ngan ko ni. Aku rasa ko kapel ngan Zikri, tapi aku tengok ko hari-hari duk YM ngan budak nama R-Man tu".
Syaziyah hanya tersenyum.
"Memang aku kapel ngan Zikri. Tapi hati aku bukan pada die. R-Man ni cinta pertama aku. Nama die Arman Haikal".
"Habis tu, nape ko kapel ngan Zikri? Camne ko bley kapel ngan die plak?".
Syaziyah tersengih melihat Adira yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendengar kisah cintanya. Siap dengan ekspresi muka lagi.
"Over excited plak member aku sorang ni", Syaziyah gelak di dalam hati.
"Okey, ko tak yah nak kusutkan kepala ko tu. Aku pendekkan aje cerita. Aku terima Zikri sebab aku nak bagi peluang untuk dia after dia da banyak kali approach aku within about 1 year. At that time, aku lost contact ngan si Arman ni".
"So Arman ni tau ke perasaan ko? Die tahu ke yang ko kapel ngan Zikri".
"Yes. He know. Aku pasti tu. Eventhough aku tak pernah luahkan perasaan aku yang sebenarnya aku rasa dia sangat faham apa yang ada dalam hati aku. Kitorang dulu semua 1 kelas. Tapi Arman quit study sebab dia dapat offer yang lebih baik. Kitorang sempat study 1 kelas sebulan je".
"Oooo", terangguk-angguk kepala Adira tanda dia memahami apa yang diceritakan oleh Syaziyah.
"Tapikan Syaz, antara Arman dan Zikri, mana yang ko sayang? Setahu aku ko dah kapel ngan Zikri tu da 3 tahun lebih kan".
Syaziyah menarik nafas panjang sebelum memulakan percakapannya kembali.
"Aku tak pernah cintakan Zikri. Aku sayangkan Zikri. Tapi tak lebih dari sayang seorang kawan. Jujur aku katakan, dalam hati aku cuma ada cinta untuk Arman selama ni".
"Habis tu kenapa ko tak break up je ngan Zikri. Ko kapel je ngan Arman, habis cerite. Aku tengok ko pon kalau YM ngan Arman, bukan main lagi. Macam orang angau ko tahu tak?"
"Amboi ko Dira, mengata aku bukan main lagi kan. Aku cuma tak sanggup nak lukakan hati orang yang aku sayang. Walaupun aku tak cintakan Zikri, tapi aku masih anggap dia sebagai teman baik aku".
"Habis tu, ko nak lepaskan je Arman? Ko mungkin la boleh tipu Arman dan Zikri, tapi ko tak boleh tipu hati dan perasaan ko sendiri Syaz".
Syaziyah termenung mendengarkan kata-kata Adira.
R-Man   : Buzz
                Tido da ek?
                Gud nite
                Sweet dream... =)
Adira menggeleng kepala melihat Syaziyah termenung jauh. Perlahan dia bangun menuju ke arah Syaziyah. Bahu Syaziyah ditepuk perlahan dari belakang.
"Aku minta maaf okey. Aku tak bermaksud nak buat ko kusut pun. But you must do something bout this. Jangan buat diri ko sendiri terperangkap dan tersepit di tengah-tengah".
"Aku tak pape. Aku tahu, betul pe yang ko cakap. Cuma aku sendiri tak tahu apa yang terbaik untuk semua orang".
"Takpe la. Tak payah kusutkan kepala ko sekarang. Esok kite de program kat fakulti. Time will make you mature and you will know what to do at that time. Chill okey".
"Hmmm, okey. I'll do my best. Jom la tido. Mata aku pun da layu".
"Okey. Aku off lampu".
Dalam kegelapan malam itu, Syaziyah terkebil-kebil memandang syiling biliknya. Matanya tidak mahu terlelap. Segala-galanya bercampur baur di dalam hatinya. Entah bila masanya dia terlelap dia sendiri tak pasti.
-PUTRISYAABAN-