Pages

Thursday, May 24, 2012

Bicara Tentang Hati :---> Lelaki VS Perempuan


Okey, dalam entry kali ni aku akan cuba bersikap adil, tak berat sebelah kepada mana-mana gender. Dah jadi fitrah manusia la, kite akan nampak keburukan orang lain, takkan nampak keburukan sendiri. Mungkin juga la boleh nampak keburukan sendiri tapi lambat sket nak nampak compare dengan keburukan orang len tu. Kadang2 tu memang la sedar keburukan sendiri tu, tapi pejam mata je buat tak tahu kan.

Kalau nak bicara soal hati dan perasaan ni, selalunya dalam akal fikiran sorang perempuan ni, die akan fikir kenapa lelaki ni tak sensitive dengan perasaan kite? Kenapa lelaki ni tak boleh nak spend time untuk die? (Kalau untuk member2 die 2 bley la plak…) Kenapa la lelaki ni taknak ambik berat perasaan die padahal die sangat ambik berat perasaan lelaki 2?(Mungkin perasaan die je pon yang die ambik berat pasal lelaki tu..) Lelaki ni macam tak risau je pe yang jadi kat aku… Die dah tak sayang aku lagi ke?? Then bermula dari situ mula la timbul rasa tak percaya, was2 atau pape jelah yang seangkatan dengannya…

Okey, kalau lelaki plak… Aku ni bukan lelaki, so aku tak tahu banyak pasal lelaki… Tapi aku cuba la yang aku termampu. Kalau lelaki plak selalunya mesti fikir kenape la awek aku ni sensitive sangat? Sikit2 nak merajuk… Sikit2 nak tunjuk perasaan. Cubalah jadi matang sikit. Kenapa  la die ni tak kisah sepanjang masa ngan aku, asyik nak berkepit je. Bukan kata rimas ke pe, tapi takkan la de pakwe member nak dilupakan kot. Kenapa tak bagi masa untuk diri sendiri & untuk member2 sendiri yang maybe kenal lebih lama dari aku ni?? Kenapa la die suka sangat nak mengadu? Hal2 kecik pon nak mengadu.... (Pendek kata semua benda yang die buat die nak bagitau….) Padahal benda tu boleh je buat sendiri… Boleh cari jalan penyelesaian sendiri… Cubalah untuk berdikari…. Kenapa la die suka sangat ambik berat pasal aku? Bukan la kata tak boleh ambik berat, tapi takkan semua benda pon die nak ambik tahu? Kalau tak tahu, mula la nak rasa risau la… Pastu mula nak fikir bukan2…

Okeyh… Sekarang ni, aku nak bagitau untuk semua lelaki2 yang ade dalam dunia ni… Korang boley klik  link http://www.facebook.com/photo.php?fbid=273022216112316&set=a.245385395542665.59590.212808898800315&type=1 ni & baca entry sorg hamba ALLAH ni…..
Sebagai sorang pompuan, for sure la aku 100% setuju dengan pe yang dinyatakan dalam entry tuh. So, untuk kaum2 adam, lepas ni harap2 terjawab semua persoalan persoalan yang de dalam akal fikiran korang tuh. Kredit 5bintang aku bagi kat penulis entry tuh.

Okey, sekarang ni untuk kaum2 hawa plak. Sebenarnya lelaki ni bukan tak sensitive dengan ape yang kaum perempuan ni rasa, tapi selalunya dorang tak ambik port sebab benda tu benda kecik jek. Macam takde efek ape pon kalo sesuatu benda tu jadi sebabnya kalau jadi kat dorang pon benda tu dorang memang tak ambik port. Contoh la, kadang2 pompuan ni sanggup tahan lapar sebab nak makan dengan pasangan die. Tapi bila tiba2 yang laki ni tak jadik nak makan skali ngan die, mula la y pompuan ni terasa hati, majuk walaupon alasan yang diberikan sebab tak datang tu memang patut boleh diterima akal la… Lepas tu taknak makan dah sebab dia dah set dalam kepala time tuh die nak makan dengan pasangan die (majuk tu sebenarnya sebab dah sangat lapar, tapi duk tunggu jugak. Bila dah datang rasional die nanti mesti hilang merajuk tuh…huhuhu…). Okey, kalau macam lelaki plak, die memang tak kisah lapar sekejap sebab dah janji ngan pasangan nak keluar makan dengan bersama. Then tetibe2 si perempuan ni cancel, lelaki tak perlu alasan2 sangat pon. Kalau dah perempuan ni memang tak boleh dating, die makan de sendiri. Perut dah lapar, melantak ajelah...Sama juga pon makan sendiri ke dengan pasangan, makanan tu sampai jugak ke usus.

Pasal spend masa, berkepit 24jam, perempuan memang tak kisah pape, sebab asal dapat tengok muka pasangan, tambah2 pasangan tu senyum kat die, rasa bahagia je yang ade… Rasa2 len semua dah padam. Macam lelaki, pada dorang, masing2 perlukan masa, perlukan privasi untuk diri sendiri.  Dah memang logic juga la kan, semua orang perlukan privacy masing2 kan. Kadang2 bukan la lelaki ni tak bley nak spend masa untuk pasangan die, Cuma macam tu lah, orang kata akal lelaki ni 9, nafsu 1 dan akal perempuan plak 1, nafsunya 9. Lelaki ni selalunya memandang jauh ke depan. Kalau pompuan die tak contact lelaki, maybe la alasan die nak suh lelaki tu rindu kat die. Tapi kalau lelaki ni, die fikir perempuan ni tak boley la dengan die je, kalau die takde, macam da hilang tempat bergantung, takde sape2 lagi da. Nak ngadu, nak kuar, nak makan… Bila dia da takde da xtau nak wat semua benda tu ngan sape.

Lelaki ni sebenarnya bukan tak ambik berat perasaan pasangan die. Tapi sebab lelaki ni dah faham sangat jenis perempuan yang sangat suka beremosi. Sket2 nak tacing. Die bukan tak ambik berat pasal perasaan perempuan tu…. Cuma pada lelaki, perempuan ni kena belajar kawal emosi die. Kalau die ada, maybe la pompuan ni boley lepas perasaan kat die, dah kalau die takde,nak luah ngan sape plak? Lelaki ni perasan perasaan pompuan ni sebab kalau tak perasan, xde la dorang pujuk kan. Tapi kadang2 tu dating r jugak angin dorang malas nak pujuk terutama bila merajuk sebab benda kecik & merajuk dengan benda yang sama. Cuba kalu pompuan duk kat tempat lelaki, asyik nak kena pujuk lelaki tu… mau tak tak letih kan…. Lagipon sebenarnyaagak hipokrit la kalau kite cakap, asyik kite je yang nak kena jaga perasaan orang lain, orang lain tak jaga perasaan die…. Kat situ dah nampak, kite rasa kite je yang jaga perasaan orang lain, tapi perasaan kite terabai, kat situ dah nampak yang kita sendiri dah bina banteng siap2 taknak hati kite terluka, nak jaga hati kite… Sebab tu kite perasan yang kite je duk jaga perasaan orang lain….

Perempuan selalu tak rasa yang lelaki ni tak ambik port, tak risau pon pasal die. Tapi kalau fikir logic, apa lagi yang lelaki ni nak risau sebab dah jadi lumrah pompuan, die buat pape je mesti nak bagitau kat pasangan. Cuba perempuan duk tempat lelaki. Setiap masa dapat report pe yang die buat. Pe lagi nak risau…. Da memang kite tau pe pasangan die buat…  Kalau jadi pape kat pasangan, bukan la lelaki ni tak risau. Dorang memang risau. Mungkin risau dorang tu boleh lebey lagi dari risau parent kat anak2 dorang…. Cuma dorang ni tak tunjuk sangat yang dorang risau sebab dorang taknak manjakan sangat pompuan ni sebab dorang nak pasangan dorang ni berdikari….boleh jaga diri sendiri…. Bukannya dorang tak sayang kat pasangan dorang lagi dah….

Okey la… Apa yang aku tulis ni secara generalnya sahaja… Nak ulas details susah la… Nak faham hati sendiri kadang2 pon susah, pe agi nak baca hati orang lain kan…. Lagipon soal ni subjektif… So in certain2 part, pe yang aku cakap ni boleh jadi betol & boleh jadi salah…
Tapi frankly speaking… Aku pon sama jugak macam pompuan2 lain… Time aku rasional boley fikir semua benda ni… Tapi bila tengah layan emosi sendiri tuh, buat jug ape benda yang aku tahu aku tak patut wat….
So kesimpulannya, pandai2 la jaga hubungan masing2… Tolak ansur (bak kata omputih give & take) itu yang paling penting… Jangan masing2 ikutkan hati je… Nanti memakan diri…huhuhu…

*P/s :---à Peringatan ni bukan saja untuk orang lain…tapi untuk diri aku jugak yang sememangnya agak sensitive….huhuhuhu
-PUTRISYAABAN-

No comments:

Post a Comment