Pages

Tuesday, May 22, 2012

Aku Untukmu (Bab 4)

R-Man   : Buzz
                De org tak?
Pu-3      : Buzz
                Still b'nyawa lg ni... :D
R-Man   : Bgus la..
                Ingtkn da pgsan
               Watpe xtdo lg ni?
               Dah lewat mlm ni
               Prmpuan xelok tido lwat2 tau
Syaziyah tersenyum sendiri.
"Amboi, senyum sorang nampak".
Syaziyah hanya tersengih mendengar teguran teman sebiliknya itu.
Adira menggeleng kepala melihat gelagat Syaziyah. Pelik juga kalau nak difikirkan oleh akal fikirnya perihal teman sebiliknya itu. Setahu Adira teman lelaki Syaziyah adalah Zikri. Tapi apa yang dia tahu Syaziyah selalu ber"chatting" menggunakan Yahoo Mesengger yang menggunakan nama samaran R-Man.
Adira hanya memerhati telatah Syaziyah yang tekun menghadap komputer riba di atas meja belajarnya. Itulah rutin harian Syaziyah yang dilihatnya. Kalau takde kuliah, terperap di dalam bilik. Takde kerja lain, online sepanjang masa. Kadang-kadang pergi kuliah pun komputer ribanya masih juga dalam mode standby.
Sesekali muka Syaziyah kelihatan serius. Jari jemarinya ligat menekan papan kekunci komputer ribanya. Kadang-kadang die tersenyum-senyum dan tergelak sendiri.
"Parah member aku ni", getus kata hati Adira.
"Kenapa ko duk tenung aku macam tu? Macam nak telan aku jek. Dah lewat malam macam ni, ko buat aku seram tahu tak?".
"Amboi, ko ingat aku ni lembaga ke pe?", Adira memuncungkan mulutnya.
Syaziyah geli hati melihat muncung Adira yang boleh diikat reben itu. Pecah gelak tawanya memenuhi ruang bilik mereka.
"Woiii!!! Ko giler ke gelak macam tak ingat dunia. Ko tahu tak dah pukul 2.00 pagi ni".
"Takde la, yang ko duk renung aku sampai macam tu sekali nape? De pape yang ko tak puas hati ngan aku ke pe?".
Adira tersenyum.
"Dapat green light. Ni peluang aku", getus hati kecil Adira.
Adira bingkas bangun. Posisi badannya ditukar daripada berbaring terus duduk bersila di atas katilnya.
"Takde la, aku heran ngan ko ni. Aku rasa ko kapel ngan Zikri, tapi aku tengok ko hari-hari duk YM ngan budak nama R-Man tu".
Syaziyah hanya tersenyum.
"Memang aku kapel ngan Zikri. Tapi hati aku bukan pada die. R-Man ni cinta pertama aku. Nama die Arman Haikal".
"Habis tu, nape ko kapel ngan Zikri? Camne ko bley kapel ngan die plak?".
Syaziyah tersengih melihat Adira yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendengar kisah cintanya. Siap dengan ekspresi muka lagi.
"Over excited plak member aku sorang ni", Syaziyah gelak di dalam hati.
"Okey, ko tak yah nak kusutkan kepala ko tu. Aku pendekkan aje cerita. Aku terima Zikri sebab aku nak bagi peluang untuk dia after dia da banyak kali approach aku within about 1 year. At that time, aku lost contact ngan si Arman ni".
"So Arman ni tau ke perasaan ko? Die tahu ke yang ko kapel ngan Zikri".
"Yes. He know. Aku pasti tu. Eventhough aku tak pernah luahkan perasaan aku yang sebenarnya aku rasa dia sangat faham apa yang ada dalam hati aku. Kitorang dulu semua 1 kelas. Tapi Arman quit study sebab dia dapat offer yang lebih baik. Kitorang sempat study 1 kelas sebulan je".
"Oooo", terangguk-angguk kepala Adira tanda dia memahami apa yang diceritakan oleh Syaziyah.
"Tapikan Syaz, antara Arman dan Zikri, mana yang ko sayang? Setahu aku ko dah kapel ngan Zikri tu da 3 tahun lebih kan".
Syaziyah menarik nafas panjang sebelum memulakan percakapannya kembali.
"Aku tak pernah cintakan Zikri. Aku sayangkan Zikri. Tapi tak lebih dari sayang seorang kawan. Jujur aku katakan, dalam hati aku cuma ada cinta untuk Arman selama ni".
"Habis tu kenapa ko tak break up je ngan Zikri. Ko kapel je ngan Arman, habis cerite. Aku tengok ko pon kalau YM ngan Arman, bukan main lagi. Macam orang angau ko tahu tak?"
"Amboi ko Dira, mengata aku bukan main lagi kan. Aku cuma tak sanggup nak lukakan hati orang yang aku sayang. Walaupun aku tak cintakan Zikri, tapi aku masih anggap dia sebagai teman baik aku".
"Habis tu, ko nak lepaskan je Arman? Ko mungkin la boleh tipu Arman dan Zikri, tapi ko tak boleh tipu hati dan perasaan ko sendiri Syaz".
Syaziyah termenung mendengarkan kata-kata Adira.
R-Man   : Buzz
                Tido da ek?
                Gud nite
                Sweet dream... =)
Adira menggeleng kepala melihat Syaziyah termenung jauh. Perlahan dia bangun menuju ke arah Syaziyah. Bahu Syaziyah ditepuk perlahan dari belakang.
"Aku minta maaf okey. Aku tak bermaksud nak buat ko kusut pun. But you must do something bout this. Jangan buat diri ko sendiri terperangkap dan tersepit di tengah-tengah".
"Aku tak pape. Aku tahu, betul pe yang ko cakap. Cuma aku sendiri tak tahu apa yang terbaik untuk semua orang".
"Takpe la. Tak payah kusutkan kepala ko sekarang. Esok kite de program kat fakulti. Time will make you mature and you will know what to do at that time. Chill okey".
"Hmmm, okey. I'll do my best. Jom la tido. Mata aku pun da layu".
"Okey. Aku off lampu".
Dalam kegelapan malam itu, Syaziyah terkebil-kebil memandang syiling biliknya. Matanya tidak mahu terlelap. Segala-galanya bercampur baur di dalam hatinya. Entah bila masanya dia terlelap dia sendiri tak pasti.
-PUTRISYAABAN-

No comments:

Post a Comment