Pages

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat sekalian. Sedikit terlewat kerana kesibukan kerja. Diharap tahun baru yang hadir ke dalam hidup kita ini bakal menjadi tahun yang terbaik berbanding tahun-tahun yang telah kita lalui.

Dengan kehadiran hari yang istimewa ini, mari la kita bersama-sama singkap maksud sebenar "HIJRAH". Setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri dan bila dikategorikan sebagai pandangan, seharusnya tiada yang salah tapi tidak pula bermaksud yang ianya benar. Terpulanglah kepada individu untuk mentafsirkannya. Hijrah merupakan satu PERMULAAN baru bagi setiap insan. Buku baru akan dibuka sekali lagi. Biasanya azam baru akan dipasang setiap kali tibanya tahun baru, tapi kadangkala azam tahun yang lalu pun belum tercapai sepenuhnya. Situasi itu tidak seharusnya menjadi batu penghalang dan mematahkan semangat kita untuk terus memasang niat dan azam yang baru. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui. Bila kita berniat sesuatu yang menuju ke arah kebaikan, kita telah pon diberikan ganjaran pahala olehNYA. Maha Pemurah ALLAH pencipta sekalian alam ini.

Akan tetapi azam yang dipasang itu haruslah kita cuba untuk realisasikannya menjadi realiti sedaya upaya kita. Marilah kita sama-sama membuat perubahan ke arah kebaikan. Sesungguhnya ianya hanyalah semata-mata kerana ALLAH S.W.T dan kerana cinta kita kepada diri kita sendiri.

Semoga tahun ini kita akan mendapat lebih keberkatan dan rahmat dariNYA.

-PUTRISYAABAN-

No comments:

Post a Comment