Pages

Wednesday, October 15, 2008

Saat Ditalkinkan

Assalamualaikummm...


sekadar utk tatapan semua..sebagai..peringatan kepada kita semuaHari berganti hari.


Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudahtidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang, mengucap........Asyhaduallailahaillallah........." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya sertayang pernah merotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai."Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perluusaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu.


Datanglah..... Tapi mataku....... semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini."Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja, dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu..... aku tidak mahu berpisahdenganmu.


Tolonglah ibu, selamatkanlah daku. "Yassin......" Bacaan yassin terngiyang-ngiyang ditelingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambangsakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.

Tapi yang pastinyasekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu, tolonglah aku. Aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga, haus, panas........" tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang, "Nenek...........". "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelaspenuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini". "Ibu......" Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. "Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi....." Ayah.......kau datang ayah....... "Matilah dalam agama yahudi anakku, matilah dalamagama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang, mengucap.


Asyhaduallailahaillallah......" Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya"Mari ikut kami". Cahaya putih datang, datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang."Apa ini,apa ini?. Akulah sakaratul maut.......!!!!!!" Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadkudi selimuti sejuk, dan kemudian datanglah malaikatmaut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaanAllah......." Aku tersentak.


Roh ku berselerak didalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihirajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandangdan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bausampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakahorang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya,hanyirnya, hancingnya......" "Assalamualaikum......" "Siapa yang memberi salam itu?" "Aku" "Kau siapa wahai pemuda???" Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidakpernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dansebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat danentah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekatkeluar. Tanpa dipedulikannya...... jijik, loya, akurasa........ teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?" "Tidak, jawabku tegas.


Mana mungkin aku kenal kausehodoh dan sejijik ini" "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari" "Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semuapenghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini""Akulah amalanmu yang keji.........." Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya!aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar danku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kitalakukan di dunia, akan dijelmakan dalam barzakhsebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapankita di alam barzakh nanti. Oh! Tuhan, aku banyak dosa.


Aku memang lalai, cuai danlupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas keranaAllah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupuntidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudahterlambat untuk bertaubat. Apa yang aku haruslakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dankakngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini?????"Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapurbarus. Tolong jangan tekan perutku dengankuat,sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Akumalu.....malu.....malu......!!!!!!" Aku diusung kesuatu ruang.


Aku lihat kain putih dibentangkan. Laludiletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satudemi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kaliansemua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........" Kemudian aku di letakkan di suatusudut. Beberapa orang termasuk tok imammenyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada disaf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan?Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringatkata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelumkamu disembahyangkan" Dan kini baru aku sedar akusudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan didalam kotak kayu. Kotak apa ini?" Aku di usung olehenam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusungsetapak demi setapak". "Al-Fatihah!"


Kedengaran suaratok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah danlain-lain mengekori di belakang. Tapi kemana diabawanya aku?" Nun jauh di sana, kelihatan tanahperkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!" Setibanya ditanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaizdengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan," aku terdengar suara tok imammemberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Akuseram!!!". Kini aku berada di dalam liang kedalam enamkaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku."Tanah apa ini?" "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah" "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun....... Dari Allahkita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali"Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.


"Sesungguhnyamati itu benar alam barzakh itu benar, siratulmustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juabenar........" Sayup sayap aku terdengar tok imamterus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidakkelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikitdemi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan keatasku. Terasa semakin gelap dan...... aku kinikeseorangan. "Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu!Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!!Panas!!! Tolong !!!!


THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOSTIMPORTANT THING IN DEATH....

No comments:

Post a Comment