Pages

Showing posts with label Fun. Show all posts
Showing posts with label Fun. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Game Minda


Okeyh, selepas sekian lama, akhirnya timbul la idea untuk buat jawapan kepada gem dalam entry yang lepas (yang da lapuk sangat2 dah...) Bukannya pe, bukan kata taknak buat jawapan untuk gem tuh, tapi agak remeh coz picture tu nak kena buat satu2. Walaupun masa yang diambil kurang dari 1jam, tapi biasa la, nak buat benda camnih perlukan kesabaran (heee....bila de masa malas, bila xde masa teringin nak wat, bila da lama2, pastu lupa... Itu lah kenyataan yang sebenarnya) Nak minta maaf la pada reader entry yang lepas tuh pada yang minta jawapan tu coz ambik masa yang lama (tersangat la lama sampai da dekat 3tahun lebey memandangkan entry yang lepas 2 dipost pada March 9, 2009) Tapi yang sebenarnya dalam jangka masa 2tahun (2009 until end of 2010) tu memang tak aktif sangat berbloging coz kekangan masa untuk lebihkan tumpuan pada my degree.

Tapi sekarang ni teringin nak post gem ni coz teringat kat member2 time degree & all GDPians yang telah main gem nih di suatu waktu dulu (damnly miss all those memory wit all of u guyz..) Agak2 bila kite semua ni akan wat reunion kan? To all of my frenz (GDPians Last Batch – Batch 5) korang ingat lagi tak ngan gem nih? Seronok kan bila kite da dapat rentak & faham cara pergerakan kite semua yang menjadi buah yang perlu bergerak bagi melengkapkan objektif gem ni. Apa yang paling penting ialah KERJASAMA. Sangat seronok bila semua dah faham akan rentak gem ni dan kite semua cuba untuk membuat catatan masa yang terbaik antara 3group yang ada & finally we make this gem for all of us within 1GROUP (what a BIG GROUP we have at that time... It’s really challenging but still it’s fun & all of us enjoy it). Okeyh, tak perlu nak merepek panjang2... Jum kite layan balik gem ni. (^_____^)


 
Objective of this game is to forming the bottom structure from upper structure. The rule is cannot cross or jump other place/player but you can switch between to places/players. The red button is the empty space where you can move to. Reverse movement is not allowed. You can see the previous entry for more details about this game.






















-PUTRISYAABAN-

Sunday, February 6, 2011

Makan Angin Bersama Keluarga

Cuti sempena Tahun Baru Cina baru-baru ni, my sis bawa jalan-jalan di Teluk Chempedak. Sehari sebelum tu pula kitorang pegi bawa budak-budak kecik pegi main di Pantai Telok Kalong. Dua hari cuti memang keje berjalan je la... Walaupun penat tapi seronok layan both of my niece main. My niece, Aina tak berapa sihat, demam. Tapi bila berjalan sihat pula dia. Pulang je rumah tak sihat balik. Tak tahu la kenapa.









-PUTRISYAABAN-

Monday, March 9, 2009

Modul 1 LPPKP *FSKM*

Pada 7 - 8 Mac 2009, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Shah Alam atau dulu dikenali sebagai FTMSK telah mengadakan Modul 1, Modul 2 dan Modul 3 LPPKP dimana ianya telah diwajibkan kepada pelajar semester ke 3, 4 dan 5 Ijazah Sarjana Muda semua program di fakulti tersebut.

Buat pertama kalinye menyertai Modul LPPKP di peringkat ijazah ni rasa tertarik la juga, lagipun LDK yang diadakan tidaklah terlalu membosankan. Tambah pula dengan fasilitator yang tidak membosankan dan agak sporting la... Terdapat 3 slot untuk LDK pada hari pertama yang pengisiannya berbentuk permainan minda. Manakala di hari ke-2 pula kami mengikuti 2 slot ceramah. Ceramah pertama bertajuk "Jati Diri dan Ketuanan bangsa Melayu" yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hanapiah Harun. Nama dia ni agak popular juga saya rasa. Pernah muncul di tv.

Pada awalnya kami semua mengeluh apabila mengetahui tajuk yang akan disampaikan oleh beliau. Tapi ceramah itu tidaklah terlalu membosankan. Banyak juga input-input yang bermanfaat disampaikan.

Manakala ceramah yang kedua bertajuk disampaikan oleh seorang ustazah dari CITU. Tapi dah terlupa pula nama dan tajuk ceramah tersebut. Ceramah berkenaan "Takwa" dan sememangnya amat menarik malah mendapat tidak balas positif dari semua siswa siswi. Siswa dan siswi yang bukan muslim juga nampak begitu memberi perhatian.

Tapi yang paling menarik semasa modul ini sudah tentulah slot LDK. Macam perkara yang melucukan hati yang berlaku. Fasilitator Kumpulan 4, En. Arwin rasanya agak pandai menarik perhatian para siswa siswi . Slot LDK dimulakan dengan "Ice Breaking". Macam biasa la... kalau pergi kem mana2 pon semua dimulakan dengan ice breaking. Kami diminta menulis nama dan 1 barang yang boleh melambangkan diri kitorang dia atas sehelai kertas kecil. Kemudian fikirlah sendiri cara untuk memakainya sebagai tag nama.

Slot terakhir agak mengamatkan suasana apabila kami diberikan 1 game yang agak sukar. Betul2 menguji minda kami semua. kami dibahagikan kepada dua kumpulan besar dimana setiap kumpulan mempunyai 4orang pemimpin dan rakyat jelata. Game yang diberi nama CHINESSE CHESS. Pada awalnya kedua kumpulan tidak mampu menyelesaikannya. Tapi masing2 tidak mahu mengalah. Tapi disebabkan masa yang suntuk, kami terpaksa memberi peluang untuk En.Arwin mengemukakan penyelasaiannya.

Yang menggelikan hati En.Arwin pun hanya dapat mengemukan beberapa step, lepas itu stuck macam kitorang juga. Tapi entah macam mana aku dapat idea untuk sambung step En.Arwin tu.. Jadi penyelesaian tu dah jadi penyelesaian aku la.... =)

Aku nak kongsi game ni dengan semua orang. So aku bagi soalan game ni kat sini. Lain kali aku poskan jawapan pula.

Soalannya ialah, anda perlu memindahkan semua buah yang berwarna hijau tu ke sebelah bawah dan buah biru tu pula ke sebelah atas. Tukar tempat la senang cerita. Tapi setiap buah tu cuma boleh bergerak satu langkah ke atas atau bawah ataupun langkau 1buah yang lain. Paling penting adalah...Tidak boleh mengundur...Yang merah tu pula tempat kosong untuk menggerakkan buah.Cubalah...Gud luck (^_^)

-PUTRISYAABAN-

Friday, January 2, 2009

ASEAN UNIVERSITY GAMES KUALA LUMPUR 2008

Pada cuti semester yang lepas, aku telah melalui satu kenangan yang tak dapat untuk ak lupakan....Ada y manis....ada juga yang pahit....Tapi walau apapun, segalanye berjalan dengan lancar dan berakhir dengan baik.Alhamdulillah...
Aku telah menjadi sukarelawan bagi upacara pembukaan dan penutupan Sukan Universiti ASEAN Kuala Lumpur 2008 yang berlangsung pada 11 Disember 2008 hingga 21 Disember 2008.. rasanya banyak kenangan yang manis dari yang pahit...
Pendaftaran bagi sukarelawan untuk upacara perasmian pembukaan dan penutupan sukan ini telah berlangsung pada 18 Disember 2008 bertempat di Kolej Mawar, UiTM Shah Alam. So tak ke mana la aku...Still duduk bilik yang sama coz ak memang penghuni MAWAR sampai sekarang..huhu...
Actually latihan untuk majlis ni telah bermula sebelum bulan Ramadhan lagi.... Aku dan kawan ak sorang lagi mula join bermula dari bulan Ramadhan...Minggu kedua latihan dimulakan...
Waktu tu syok giler...Yelah, tak ramai sangat....tak serabut...Tapi bila dah habis final exam tu, kitorng semua berkampung di kolej MAWAR dan MELATI untuk menjalani latihan intensif...
Nak dijadikan cerita ada la 1 masalah yang melanda..paling teruk dalam kumpulan MAWI 1...Kumpulan aku la tu...Pasal terlebih orang...Geng2 aku pulak sukarela tarik diri dari group tu...So tinggal la ak ngan kawan ak yang sorang lagi je....tapi takpe la..Pape pon...ENJOY!!!!
Nilah kawan aku dalam group MAWI 1




Ini baru untuk majlis pembukaan...Untuk majlis penutup pun best jugak... Ada pesembahan dari THAILAND DANCERS...Lepas ni Thai pula jadi tuan rumah AUG '10.Diorang buat aksi akrobatik...syok tengok...Tapi seksi betul pakaian diorang...