Okeyh, bermula weekend ni bermula la cuti untuk student2 UiTM selama seminggu sempena Hari Gawai (time aku dulu takde lak bagi cuti gawai sampai seminggu... *envy). Walaupon aku tak study lagi dah, tapi aku consent benda neh coz de ramai lagi member2 aku kat UiTM tuh.... Since aku selalu gak melepak ngan member2 UiTM neh so kena la ambik tahu.... Then bermula minggu depan pulak sekolah pulak yang nak start bercuti...
Musim2 cuti ni, apalagi, bukan main banyak agi jemputan kawen & tak kurang ramai gak la yang nak tunang.... Okeyh, kalau aku nak kire satu persatu jenuh la jugak kan.... So aku mention la member2 yang aku agak rapat. Yang paling dekat esok la... salah sorang member Geng Koroks (hahahahaa....sape ntah wi nama geng camneh...but nevermind, we are buddies forever) nak tunang hari ni dan kebetulan bersamaan bufday die... So aku nak wish selamat hari lahir & selamat menjadi tunangan orang.... Esok gak sorang agi member sebaya tapi aku tak pernah sekelas pon ngan die kawen esok... Aku rasa macam ramai jugak yang kawen hari ni terutama yang duksebelah Kelantan & Terengganu sebab esok weekend kat sana kan....
Okeyh, then luse plak, hari ahad, rumet aku plak sambut menantu (nasib la...saya duduk sebilik ngan wife orang...huhuhu). Minggu depan plak, aku dengan bangganya dah mengapply cuti untuk balik kampung yang dah agak lama aku tak jejak (lebey kurang 2bulan je pon... poyo je lebey...heee). 1May aku baru nak gerak balik kampung, tapi 1May 2 gak de wedding member kat kampung... Macam tak kena kalau tak attend... Lama kitorang sekelas time skolah dulu2... Harap2 sempat la attend. Then 2May de 2wedding member2 time dip dulu... Groom & Bride da bagi invitation card by hand... Aku dah rasa segan kalau tak pegi nih.... Kalau takde aral saya datang okeyh... Dan my officemate tunang juga on 2May.. 3May pon de wedding member, sblh groom plak..
So bila my mom tahu yang anak die nak balik, dengan happynya bertanya bila nak balik & bila nak kena attend wedding member tuh... Maybe dengan harapan boley la spend time dengan my mom kan... So cakap la... Balik 1 until 3 June, wedding member 1,2 & 3 June... Terus my mom sambung, 4June aku plak sambung wedding......
Tengok orang kawen memang la teringin nak kawen kan, but sorry to say... Maybe I am not ready to enter a new level in my life yet... Dats y la kot.... Hahahaha... (well... maybe dats only 1 of da reason la kan... selain memang takde jodoh lagi kan...).
So to all my member2 yang nak bertunang, yang baru bertunang, yang nak kawen & baru kawen... Wish u ollz Selamat Bertunang & Selamat Pengantin Baru... Mana yang saya tak dapat attend minta maaf minta ampun... Semoga u guys be happy with yourlife partner okeyh... Then lepas tu saya nak tengok anak sedara yang kiut miut okeyh... Luv u ollz guys...
-PUTRISYAABAN-
Friday, May 25, 2012
Thursday, May 24, 2012
Bicara Tentang Hati :---> Lelaki VS Perempuan
Okey, dalam entry kali ni aku akan cuba bersikap adil, tak
berat sebelah kepada mana-mana gender. Dah jadi fitrah manusia la, kite akan nampak
keburukan orang lain, takkan nampak keburukan sendiri. Mungkin juga la boleh nampak
keburukan sendiri tapi lambat sket nak nampak compare dengan keburukan orang len
tu. Kadang2 tu memang la sedar keburukan sendiri tu, tapi pejam mata je buat
tak tahu kan.
Kalau nak bicara soal hati dan perasaan ni, selalunya dalam
akal fikiran sorang perempuan ni, die akan fikir kenapa lelaki ni tak sensitive
dengan perasaan kite? Kenapa lelaki ni tak boleh nak spend time untuk die?
(Kalau untuk member2 die 2 bley la plak…) Kenapa la lelaki ni taknak ambik
berat perasaan die padahal die sangat ambik berat perasaan lelaki 2?(Mungkin
perasaan die je pon yang die ambik berat pasal lelaki tu..) Lelaki ni macam tak
risau je pe yang jadi kat aku… Die dah tak sayang aku lagi ke?? Then bermula
dari situ mula la timbul rasa tak percaya, was2 atau pape jelah yang seangkatan
dengannya…
Okey, kalau lelaki plak… Aku ni bukan lelaki, so aku tak
tahu banyak pasal lelaki… Tapi aku cuba la yang aku termampu. Kalau lelaki plak
selalunya mesti fikir kenape la awek aku ni sensitive sangat? Sikit2 nak
merajuk… Sikit2 nak tunjuk perasaan. Cubalah jadi matang sikit. Kenapa la die ni tak kisah sepanjang masa ngan aku,
asyik nak berkepit je. Bukan kata rimas ke pe, tapi takkan la de pakwe member
nak dilupakan kot. Kenapa tak bagi masa untuk diri sendiri & untuk member2
sendiri yang maybe kenal lebih lama dari aku ni?? Kenapa la die suka sangat nak
mengadu? Hal2 kecik pon nak mengadu.... (Pendek kata semua benda yang die buat
die nak bagitau….) Padahal benda tu boleh je buat sendiri… Boleh cari jalan
penyelesaian sendiri… Cubalah untuk berdikari…. Kenapa la die suka sangat ambik
berat pasal aku? Bukan la kata tak boleh ambik berat, tapi takkan semua benda
pon die nak ambik tahu? Kalau tak tahu, mula la nak rasa risau la… Pastu mula
nak fikir bukan2…
Okeyh… Sekarang ni, aku nak bagitau untuk semua lelaki2 yang
ade dalam dunia ni… Korang boley klik
link http://www.facebook.com/photo.php?fbid=273022216112316&set=a.245385395542665.59590.212808898800315&type=1
ni & baca entry sorg hamba ALLAH ni…..
Sebagai sorang pompuan, for sure la aku 100% setuju dengan
pe yang dinyatakan dalam entry tuh. So, untuk kaum2 adam, lepas ni harap2
terjawab semua persoalan persoalan yang de dalam akal fikiran korang tuh.
Kredit 5bintang aku bagi kat penulis entry tuh.
Okey, sekarang ni untuk kaum2 hawa plak. Sebenarnya lelaki
ni bukan tak sensitive dengan ape yang kaum perempuan ni rasa, tapi selalunya
dorang tak ambik port sebab benda tu benda kecik jek. Macam takde efek ape pon
kalo sesuatu benda tu jadi sebabnya kalau jadi kat dorang pon benda tu dorang
memang tak ambik port. Contoh la, kadang2 pompuan ni sanggup tahan lapar sebab
nak makan dengan pasangan die. Tapi bila tiba2 yang laki ni tak jadik nak makan
skali ngan die, mula la y pompuan ni terasa hati, majuk walaupon alasan yang
diberikan sebab tak datang tu memang patut boleh diterima akal la… Lepas tu
taknak makan dah sebab dia dah set dalam kepala time tuh die nak makan dengan
pasangan die (majuk tu sebenarnya sebab dah sangat lapar, tapi duk tunggu
jugak. Bila dah datang rasional die nanti mesti hilang merajuk tuh…huhuhu…).
Okey, kalau macam lelaki plak, die memang tak kisah lapar sekejap sebab dah
janji ngan pasangan nak keluar makan dengan bersama. Then tetibe2 si perempuan
ni cancel, lelaki tak perlu alasan2 sangat pon. Kalau dah perempuan ni memang
tak boleh dating, die makan de sendiri. Perut dah lapar, melantak ajelah...Sama
juga pon makan sendiri ke dengan pasangan, makanan tu sampai jugak ke usus.
Pasal spend masa, berkepit 24jam, perempuan memang tak kisah
pape, sebab asal dapat tengok muka pasangan, tambah2 pasangan tu senyum kat
die, rasa bahagia je yang ade… Rasa2 len semua dah padam. Macam lelaki, pada
dorang, masing2 perlukan masa, perlukan privasi untuk diri sendiri. Dah memang logic juga la kan, semua orang
perlukan privacy masing2 kan. Kadang2 bukan la lelaki ni tak bley nak spend
masa untuk pasangan die, Cuma macam tu lah, orang kata akal lelaki ni 9, nafsu
1 dan akal perempuan plak 1, nafsunya 9. Lelaki ni selalunya memandang jauh ke
depan. Kalau pompuan die tak contact lelaki, maybe la alasan die nak suh lelaki
tu rindu kat die. Tapi kalau lelaki ni, die fikir perempuan ni tak boley la
dengan die je, kalau die takde, macam da hilang tempat bergantung, takde sape2
lagi da. Nak ngadu, nak kuar, nak makan… Bila dia da takde da xtau nak wat
semua benda tu ngan sape.
Lelaki ni sebenarnya bukan tak ambik berat perasaan pasangan
die. Tapi sebab lelaki ni dah faham sangat jenis perempuan yang sangat suka
beremosi. Sket2 nak tacing. Die bukan tak ambik berat pasal perasaan perempuan
tu…. Cuma pada lelaki, perempuan ni kena belajar kawal emosi die. Kalau die
ada, maybe la pompuan ni boley lepas perasaan kat die, dah kalau die takde,nak
luah ngan sape plak? Lelaki ni perasan perasaan pompuan ni sebab kalau tak
perasan, xde la dorang pujuk kan. Tapi kadang2 tu dating r jugak angin dorang
malas nak pujuk terutama bila merajuk sebab benda kecik & merajuk dengan
benda yang sama. Cuba kalu pompuan duk kat tempat lelaki, asyik nak kena pujuk
lelaki tu… mau tak tak letih kan…. Lagipon sebenarnyaagak hipokrit la kalau
kite cakap, asyik kite je yang nak kena jaga perasaan orang lain, orang lain
tak jaga perasaan die…. Kat situ dah nampak, kite rasa kite je yang jaga
perasaan orang lain, tapi perasaan kite terabai, kat situ dah nampak yang kita sendiri
dah bina banteng siap2 taknak hati kite terluka, nak jaga hati kite… Sebab tu kite
perasan yang kite je duk jaga perasaan orang lain….
Perempuan selalu tak rasa yang lelaki ni tak ambik port, tak
risau pon pasal die. Tapi kalau fikir logic, apa lagi yang lelaki ni nak risau
sebab dah jadi lumrah pompuan, die buat pape je mesti nak bagitau kat pasangan.
Cuba perempuan duk tempat lelaki. Setiap masa dapat report pe yang die buat. Pe
lagi nak risau…. Da memang kite tau pe pasangan die buat… Kalau jadi pape kat pasangan, bukan la lelaki
ni tak risau. Dorang memang risau. Mungkin risau dorang tu boleh lebey lagi
dari risau parent kat anak2 dorang…. Cuma dorang ni tak tunjuk sangat yang
dorang risau sebab dorang taknak manjakan sangat pompuan ni sebab dorang nak
pasangan dorang ni berdikari….boleh jaga diri sendiri…. Bukannya dorang tak sayang
kat pasangan dorang lagi dah….
Okey la… Apa yang aku tulis ni secara generalnya sahaja… Nak
ulas details susah la… Nak faham hati sendiri kadang2 pon susah, pe agi nak
baca hati orang lain kan…. Lagipon soal ni subjektif… So in certain2 part, pe
yang aku cakap ni boleh jadi betol & boleh jadi salah…
Tapi frankly speaking… Aku pon sama jugak macam pompuan2
lain… Time aku rasional boley fikir semua benda ni… Tapi bila tengah layan
emosi sendiri tuh, buat jug ape benda yang aku tahu aku tak patut wat….
So kesimpulannya, pandai2 la jaga hubungan masing2… Tolak
ansur (bak kata omputih give & take) itu yang paling penting… Jangan
masing2 ikutkan hati je… Nanti memakan diri…huhuhu…
-PUTRISYAABAN-
Kerja Separuh Jalan
Menulis tu hobi aku dari dulu lagi, dari zaman-zaman sekolah
lagi. Kalau bab tulis cerpen, sajak, pantun, memang dah tak terkira banyaknya.
Zaman sekolah dulu kat rumah mana nak de computer, laptop tu apatah lagi. Kalau
internet tu lagi la takde jawabnya. So dulu kalau nak tulis pape pakai tulis
dalam satu buku. Tapi aku sendiri pun tak pasti mana pergi buku-buku tu. Ntah
de lagi ntah tak. De la jugak yang dapat diselamatkan. Contohnya macam cerpen
yang aku da pernah publish kat blog aku neh.
Pernah juga la terlintas di akal fikiran ni, kononnya nak
jadi penulis. Penulis novel macam novelis-novelis yang terkenal tu. Kalau
tengok sekarang ni pun ramai novelis-novelis muda muncul kat Malaysia ni. Bila
dah macam tu lagi la membuak-buak keinginan nak jadi penulis. Tapi nak
dijadikan cerita, cita-cita tu macam terlalu besar. Macam tak tercapai dek
akal. Bukan nak kata takde idea. Tapi nak bagi komitmen kat penulisan tu yang
payah. Kadang-kadang dating malasnya.
Al-kisahnya aku ni dah banyak kali try nak tulis novel.
Contohnya yang kat dalam blog ni, yang aku bagi tajuk Aku Untukmu. Kalau nak
tahu yang ni percubaan yang ketiga. Yang sebenarnya ketiga-tiga novel yang cuba
dihasilkan tu dah ada full jalan cerita.
OK! Novel yang first, aku pon da lupa apa tajuk yang aku
bagi. Since itu percubaan aku dari zaman sekolah lagi, aku tulis dalam satu
buku A4. Dalam masa aku study diploma dulu pernah la 2,3orang try baca cerite
aku yang separuh jalan tu. Aku memang terima komen yang positif. Dengan
berbekalkan semangat yang berkobar-kobar time tu, aku pon taip la cerita tu.
Tengah-tengah duk taip cerita tu, memang banyak la ayat yang aku tukar, yang
aku tambah, aku godek sini sket, godek sana sket. Rasanya hampir 70% jugak aku
tukar. Sebabnya aku rasa ayat yang lama tu terlalu berbunga-bunga. Nanti pening
pulak kepala orang nak baca. Yang first novel ni memang da masuk sampai bab ke
berapa aku pond a tak ingat, tapi bout 10++ jugak la. Itu yang dah aku taip.
Yang dah siap tulis dalam buku bout 20++ jugak la. Memang da habis hamper habis
satu buku karangan aku tuh. Nak
dijadikan cerita pendrive aku hilang. Terus aku hilang mood nak taip balik
cerita tu. Yelah, macam aku cakap tadi, renovate ayat hamper 70% daripada yang
asal.
Aku pun bukan la jenis yang beria-ia sangat nak menaip
sampai tak tido malam kan. Al-maklum la… Time tu aku study diploma. De juga
assignment yang nak kena siap n yang sebenarnya de berlambak keje nak kena
buat. Cuma aku yang pemalas ni suka curi tulang. Kurang stress sket otak aku ni
duk fikir bab-bab study neh.
After pendrive aku hilang, aku start percubaan yang ke2.
Walaupon novel pertama ti xsiap agi, sebab aku dah patah hati ngan novel tu,
aku wat yang ke2 plak. Yang kedua ni pon aku wat hardcopy dan juga soft copy.
Maksudnya aku tulis dalam buku dan aku taip jugak. Yelah, buku tu selalu dalam
fail aku, aku bawa pegi mana-mana je. Sambil-sambil tunggu kelas start, duk kat
bangku bawah pokok tu, sempat gak aku curahkan idea aku. Masa aku start cerita
ke2 ni, aku dah final sem kalau dah tak salah. Bila dah final sem tu,
faham-faham jela… Dengan keje projek fizik aku 2, hari-hari keje aku bakar
logam. Menghadap oven kat dalam lab tu. Terbakar la jugak rasa muka ni.
Hari-hari macam tu sampai aku memang xley focus lagi pada novel aku tuh. Bila
habis sem akhir, buzy ngan wedding angah aku. Pastu sempat keje jap. Time keje
tu lagi la. Balik da penat.
Pastu aku sambung degree. Bila da sambung degree lagi la
sibuk. Kadang-kadang bila ada masa aku sambung juga. Tapi dalam banyak-banyak
masa aku yang terluang tu, walaupun aku duk menghadap laptop aku, yang aku buat
ialah, chatting & on9 je kejenye. Yelah, beforetu kan payah nak dapat
internet. Time tu aku giler chat kat YM. Laptop pon on je almost 24hour.
Nak dijadikan cite lagi, pendrive aku hilang lagi sekali.
Salah aku jugak la kan tinggal merata. Tertinggal kat lab comp kalau tak salah.
Patah semangat lagi sekali. Tapi time tu aku da ade blog. Aku pon tak pernah
ingat aku pernah publish cerita tu kat blog aku ni. Tapi aku memang pernah
taip, mungkin aku peram dalam draf je kot. Ntah, aku sendiri malas nak cek.
Dan kali ini adalah percubaan yang ke3. Kali ni memang da
maju, aku terus taip kat blog aku. Tapi yang malasnya setiap kali aku nak
sambung cerita, aku da lupa nama watak & spec2 tentang watak-watak dalam
cerita tu. Dan disebabkan kebosanan dan feel yang takde untuk membuat
kerja-kerja ofis, aku curi2 la copy semua cerita-cerita yang aku dah publish
kat blog neh ke dalam Microsoft office. Simpan dalam pendrive aku. DONE! Dan 2
or 3 hri lepas bila aku cek balik, de salah satu chapter tu dah tersalah nama
watak. So aku adjust la balik…. Aku pon copy cantik-cantik masuk dalam word,
siap format ak adjust balik, kasi cantik-cantik sket (Kononnya la…). Bila dah
siap, aku tengok setiap chapter macam terlalu pendek pulak. Takkan aku nak wat
novel sampai chapter 100++ macam cerita Sinetron Indonesia kat tv tuh…. Dan
dari situ datang la rasa tak puas hati.
Balik keje tadi feel aku nak menulis datang. So aku dah
tambah sket2 kat dalam cerita aku tu. Sekarang ni aku duk bingung, takkan aku
nak adjust balik semua entry aku yang aku dah publish untuk novel tu????? Lagi
satu, tak ke bosan & penat kalau nak baca cerita panjang2 kat blog, kalau
fizikal punyenovel tu len cerita la, korang boleh baca sambil baring, sambil
duduk @ pape posisi yang korang suke la kan….
Kesimpulannya sekarang ni….. Aku takde pape kesimpulah…
Hahahahaha….
*P/s :----------------------à
Kepada member yang disayangi, P-chan yang sentiasa mengomen dan memberikan pandangan
tentang tulisan2 aku neh dan yang sememangnya setia membaca tulisan aku….. HELP
ME!!!!! Aku dalam dilema…huhuhuhu
-PUTRISYAABAN-
Tuesday, May 22, 2012
Aku Untukmu (Bab 4)
R-Man : Buzz
De org tak?
Pu-3 : Buzz
Still b'nyawa lg ni... :D
R-Man : Bgus la..
Ingtkn da pgsan
Watpe xtdo lg ni?
Dah lewat mlm ni
Prmpuan xelok tido lwat2 tau
Syaziyah tersenyum sendiri.
"Amboi, senyum sorang nampak".
Syaziyah hanya tersengih mendengar teguran teman sebiliknya itu.
Adira menggeleng kepala melihat gelagat Syaziyah. Pelik juga kalau nak difikirkan oleh akal fikirnya perihal teman sebiliknya itu. Setahu Adira teman lelaki Syaziyah adalah Zikri. Tapi apa yang dia tahu Syaziyah selalu ber"chatting" menggunakan Yahoo Mesengger yang menggunakan nama samaran R-Man.
Adira hanya memerhati telatah Syaziyah yang tekun menghadap komputer riba di atas meja belajarnya. Itulah rutin harian Syaziyah yang dilihatnya. Kalau takde kuliah, terperap di dalam bilik. Takde kerja lain, online sepanjang masa. Kadang-kadang pergi kuliah pun komputer ribanya masih juga dalam mode standby.
Sesekali muka Syaziyah kelihatan serius. Jari jemarinya ligat menekan papan kekunci komputer ribanya. Kadang-kadang die tersenyum-senyum dan tergelak sendiri.
"Parah member aku ni", getus kata hati Adira.
"Kenapa ko duk tenung aku macam tu? Macam nak telan aku jek. Dah lewat malam macam ni, ko buat aku seram tahu tak?".
"Amboi, ko ingat aku ni lembaga ke pe?", Adira memuncungkan mulutnya.
Syaziyah geli hati melihat muncung Adira yang boleh diikat reben itu. Pecah gelak tawanya memenuhi ruang bilik mereka.
"Woiii!!! Ko giler ke gelak macam tak ingat dunia. Ko tahu tak dah pukul 2.00 pagi ni".
"Takde la, yang ko duk renung aku sampai macam tu sekali nape? De pape yang ko tak puas hati ngan aku ke pe?".
Adira tersenyum.
"Dapat green light. Ni peluang aku", getus hati kecil Adira.
Adira bingkas bangun. Posisi badannya ditukar daripada berbaring terus duduk bersila di atas katilnya.
"Takde la, aku heran ngan ko ni. Aku rasa ko kapel ngan Zikri, tapi aku tengok ko hari-hari duk YM ngan budak nama R-Man tu".
Syaziyah hanya tersenyum.
"Memang aku kapel ngan Zikri. Tapi hati aku bukan pada die. R-Man ni cinta pertama aku. Nama die Arman Haikal".
"Habis tu, nape ko kapel ngan Zikri? Camne ko bley kapel ngan die plak?".
Syaziyah tersengih melihat Adira yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendengar kisah cintanya. Siap dengan ekspresi muka lagi.
"Over excited plak member aku sorang ni", Syaziyah gelak di dalam hati.
"Okey, ko tak yah nak kusutkan kepala ko tu. Aku pendekkan aje cerita. Aku terima Zikri sebab aku nak bagi peluang untuk dia after dia da banyak kali approach aku within about 1 year. At that time, aku lost contact ngan si Arman ni".
"So Arman ni tau ke perasaan ko? Die tahu ke yang ko kapel ngan Zikri".
"Yes. He know. Aku pasti tu. Eventhough aku tak pernah luahkan perasaan aku yang sebenarnya aku rasa dia sangat faham apa yang ada dalam hati aku. Kitorang dulu semua 1 kelas. Tapi Arman quit study sebab dia dapat offer yang lebih baik. Kitorang sempat study 1 kelas sebulan je".
"Oooo", terangguk-angguk kepala Adira tanda dia memahami apa yang diceritakan oleh Syaziyah.
"Tapikan Syaz, antara Arman dan Zikri, mana yang ko sayang? Setahu aku ko dah kapel ngan Zikri tu da 3 tahun lebih kan".
Syaziyah menarik nafas panjang sebelum memulakan percakapannya kembali.
"Aku tak pernah cintakan Zikri. Aku sayangkan Zikri. Tapi tak lebih dari sayang seorang kawan. Jujur aku katakan, dalam hati aku cuma ada cinta untuk Arman selama ni".
"Habis tu kenapa ko tak break up je ngan Zikri. Ko kapel je ngan Arman, habis cerite. Aku tengok ko pon kalau YM ngan Arman, bukan main lagi. Macam orang angau ko tahu tak?"
"Amboi ko Dira, mengata aku bukan main lagi kan. Aku cuma tak sanggup nak lukakan hati orang yang aku sayang. Walaupun aku tak cintakan Zikri, tapi aku masih anggap dia sebagai teman baik aku".
"Habis tu, ko nak lepaskan je Arman? Ko mungkin la boleh tipu Arman dan Zikri, tapi ko tak boleh tipu hati dan perasaan ko sendiri Syaz".
Syaziyah termenung mendengarkan kata-kata Adira.
R-Man : Buzz
Tido da ek?
Gud nite
Sweet dream... =)
Adira menggeleng kepala melihat Syaziyah termenung jauh. Perlahan dia bangun menuju ke arah Syaziyah. Bahu Syaziyah ditepuk perlahan dari belakang.
"Aku minta maaf okey. Aku tak bermaksud nak buat ko kusut pun. But you must do something bout this. Jangan buat diri ko sendiri terperangkap dan tersepit di tengah-tengah".
"Aku tak pape. Aku tahu, betul pe yang ko cakap. Cuma aku sendiri tak tahu apa yang terbaik untuk semua orang".
"Takpe la. Tak payah kusutkan kepala ko sekarang. Esok kite de program kat fakulti. Time will make you mature and you will know what to do at that time. Chill okey".
"Hmmm, okey. I'll do my best. Jom la tido. Mata aku pun da layu".
"Okey. Aku off lampu".
Dalam kegelapan malam itu, Syaziyah terkebil-kebil memandang syiling biliknya. Matanya tidak mahu terlelap. Segala-galanya bercampur baur di dalam hatinya. Entah bila masanya dia terlelap dia sendiri tak pasti.
-PUTRISYAABAN-
Wednesday, April 25, 2012
Perancangan
Sebagai manusia, kite selalu merancang, apa yang kita mahu lakukan. Tak kisah la sama ada perancangan tu untuk jangka masa yang singkat ataupun untuk jangkamasa yang panjang. Tapi kita sebagai manusia tetap juga tak mampu untuk melawan apa yang telah ditakdirkan pada kita oleh Yang Maha Esa. Apa yang kita boleh lakukan hanyalah mencuba selagi kita terdaya untuk mengubah nasib yang telah kita lalui sekarang untuk menjadi yang lebih baik di masa hadapan. Kita tidak mampu untuk mengubah apa yang akan terjadi kerana perkara tersebut belum pun terjadi dan kita sendiri tidak tahu yang perkara tersebut akan terjadi. Lainlah kalau kita ni hidup di dunia khayalan yang kita mampu jadi apa saja yang kita inginkan. Macam dalam cerita “Heroes”, mereka yang memiliki kuasa luar biasa. Boleh pula pergi ke masa lepas ataupun masa hadapan untuk mengubah apa yang telah dan bakal berlaku. Kalau macam tu pasti takde lagi kucar kacir yang berlaku dalam dunia ni. Segala yang salah dapat dibetulkan kembali. Nak menyelamatkan orang yang dah mati pun boleh (Kalau yang mati sebab kemalangan la...)
Seterusnya selepas berusaha yang terdaya, berdoalah supaya apa yang kita usahakan akan membuahkan hasil sepertimana yang kita harapkan dan langkah yang terakhir hanyalah bertawakkal dan redhalah dengan setiap apa yang terjadi kerana sesungguhnya ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpa kita.
Mungkin kita berazam dan merancang untuk tidak mengulangi apa kesalahan ataupun kejadian yang tidak kita ingini yang telah berlaku di masa lampau daripada berlaku lagi di masa sekarang dan akan datang. Walaupun apapun langkah yang kita ambil, tapi kita tak mungkin nak melawan takdir dari Yang Maha Esa. Macam cermin kereta yang pecah disebabkan terkena batu yang terpelanting bila ada orang memotong rumput berhampiran kereta kita. Mungkin kita dah ambil langkah berjaga-jaga dengan memerhatikan pekerja kontrak yang memotong rumput tu membuat kerja yang sememangnya mereka telah pakar kerana itu profession mereka (berlagak macam mandur memerhatikan orang bawah buat kerjalah lagaknya...) Tapi seberapa teliti macam mana pun memerhatihan mereka dan seberapa teliti pun pekerja tersebut membuat kerja mereka, batu yang halus yang mungkin berselindung di sebalik rumput-rumput yang panjang itu dapat juga menipu pandangan mata kasar manusia dan batu yang sememangnya takde hati perut tu (sebab tu orang kata orang yang degil tu kepala batu dan orang yang takde perikemanusiaan tu dipanggil hati batu...) dengan selambanya terbang kea rah cermin kereta. Dan apalagi... Prangggggg!!! Retak seribu la cermin kereta. Walaupun sebagai pemilik pasti agak bengang juga dengan kejadian yang terjadi. Nak tak nak cermin kereta tu kena la juga diganti (pasrah aje la walaupun dalam hati segala sumpah seranah da kuar dan hati pun retak da sama banyak dengan retak cermin kereta tu, takpun lagi teruk...).
Apa yang penting kita harus bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Hargailah segala yang berada di sekeliling kita. Ahli keluarga, sahabat handai, kenalan-kenalan, barang-barang, alam persekitaran dan sebagainya.
Kalau nak bercakap soal perhubungan antara manusia dengan manusia ni lagi la rumit. Kalau nak kata hubungan manusia dengan ALLAH S.W.T tak mampu la pulak nak dihuraikan sebab ALLAH S.W.T tu Maha Mengetahui yang sememangnya tahu segala isi hati kite. Kalau lah kite ni sebagai manusia pun boleh nak baca dan selami apa yang ada dalam hati dan akal fikiran orang lain, mungkinlah hubungan tu takkan jadi begitu rumit. Tambahan lagi manusia ni walaupun rambut tu sama hitam, tapi hati tu lain-lain (apalagi kalau dah rambut tu memang tak sama hitam...) Susah juga kalau hanya sebelah pihak yang mempertimbangkan hati dan perasaan pihak yang lagi satu sedangkan pihak yang lagi satu tu pentingkan diri sendiri jek (dasar hati batu dan ego yang tinggi melebihi ketinggian gunung everest...)
Macam la kite tengok pasangan yang bercinta ataupun pasangan suami isteri. Waktu hubungan baru nak bermula, masing-masing saling tolak ansur (senang kata hipokrit sebab nak tunjukkan yang diri masing-masing baik dan kononnya sayang tu membatasi segalanya...hati sakit pun SENYUMMM...) Hakikatnya masing-masing memendam rasa tu. Bila dah lama-lama, perasaan yang negative tu berkumpul kat dasar hati. Kalau dah lama-lama membukit la jugak (jangan kata membukit..tinggi lagi dari gunung everest pun mungkin tau...) Telaga yang besar dan dalam tu pun, kalau orang dah tak guna, start buang sampah kat dalam tu, lama-lama memang dah tak nampak air dan sampah tu pun boleh melimpah keluar (kalau hati manusia yang sememangnya kecik sebesar penumbuk tu apatah lagi...) Semua orang pun mengharapkan hidup mereka jadi bertambah baik (rasanya la...tak tahu la pulak kalau de orang nak hidup die jadi bertambah teruk dan melarat..) Tapi kalau soal hubungan manusia dengan manusia ni memang bukan sesuatu yang boleh dirancang. Walaupun hati tu rasa sakit, tapi terimalah dengan hati yang terbuka.mungkin de yang lebih baik menanti di hadapan.
Kesimpulannya, kalau nak buat perancangan tu jangan la melebih-lebih pula. Harapan pulak jangan la terlalu tinggi. Syukur la dengan apa yang dimiliki sekarang dan hargailah apa yang telah dimiliki. Tambahan lagi dalam soal perhubungan dengan manusia. Walaupun bercinta sampai 10 tahun sekalipun, kalau jodoh kite memang orang lain, rancang la bagai nak rak pun, kite memang takkan bersatu dengan kekasih yang kononnya dicintai lebih dari nyawa sendiri tu. Mungkin time kite break-up tu kite akan cuma nampak keburukan. Depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah pendek kata keburukan je yang kite nampak. Try to think positively. Everything happen should be something good behind it. Enjoy our life as long as we are not doing something wrong (kalau dah wat jenayah tu, masuk penjara la jawabnya...hilang sudah nikmat hidup...) Just be ourself. Someone good for someone as good as ourself (kalau dah jahat tu faham-faham la dapat yang macam mana.... tapi jangan la nak perasan bagus pulak...) BE COOL BUDDIES...
*p/s : I appreciate everyone that exist in my life before and now and I will appreciate everyone exist in my futures too. Thank you very much everyone for all good happen to me and for all bad happen to me (for me take it as an example and improve myself). LOVE YOU ALL!! (^____^)
-PUTRISYAABAN-
Saturday, March 31, 2012
Relationship Matter ^_^
Hidup ni sukar nak dijangka. Kadang-kadang kita merancang bagai nak rak, alih-alih, lain jadinya. Hasil tak seperti yang diharapkan. Apatah lagi soal hati dan perasaan. Kita tidak mampu untuk mentafsir apa yang ada di dalam hati dan fikiran orang lain. Jangankan kata orang lain, kadang-kala diri sendiri pon tak mampu nak ditafsir.
Tapi soal hati sesuatu yang tidak dapat dipaksa. Datang dan perginya juga tanpa diminta. Tapi hati terpaksa jua dipujuk dari terus tenggelam dalam kesakitan bila sesuatu yang tak diingini berlaku. Kalau dibiarkan bimbang makin parah jadinya. Silap haribulan hilang kewarasan akal, nyawa melayang.
Orang kata, jarak dan masa itu bukanlah alasan dalam sesuatu perhubungan. Apa yang penting adalah give and take (tolak ansur kata orang melayu), kejujuran dan kepercayaan kepada pasangan. Kena juga memahami pasangan. Kalau nak harapkan setiap kali pasangan kena beritahu apa yang dirasa, jenuh la jugak. Orang kata body language mainkan peranan penting.
Ada pasangan yang tak boleh nak berjauhan. Bila berjauhan selalu berlaku salah faham, lepas tu bergaduh. Kepercayaan jadi menipis. Ade jugak la yang jenis percaya tahap sampai 200%, duk jauh pun tak kisah. Dari segi masa pun tak mampu nak tentukan keutuhan sesuatu hubungan. Orang yang dah berkahwin lebih 20tahun pon boleh bercerai-berai, apalagi yang belum kahwin, takde sebarang ikatan yang sah. Tapi kalau jodoh tu dah ditentukan olehNYA, jumpa baru sekali, dalam masa sebulan boleh je terus kahwin.
Kalau nak difikirkan soal hubungan antara lelaki dengan perempuan memang ada macam-macam. So terpulang la kepada diri masing-masing untuk mencari pasangan yang terbaik dalam hidup. Adam mencari Hawa, tulang rusuknya yang hilang. Tapi jangan la pula bila da dapat tak dijaga.
Bila umur dah semakin dewasa, semakin ramai yang bertanya. Bila nak kahwin? Dah ada calon ke belum? Walaupun kadang-kadang perit la juga hati dengar pertanyaan-pertanyaan tu macam kena tembak dengan snipper, berlubang-lubang da hati. Tapi pasrah je la. Jalan yang terbaik diamkan diri je. Dah jodoh belum sampai, apa nak dikata.
Tapi kalau nak diikutkan, diri ni tersangat la bertuah. Walaupun apa yang dirancang yang diharapkan tak menjadi kenyataan, tapi ada insan-insan yang sanggup menemani walaupun terpaksa mengorbankan waktu tidur selepas penat bekerja sepanjang hari. Melepak sepanjang malam semata-mata nak menenangkan hati kengkawan yang tak keruan. I’m really appreciate you all guys. I will remember all of those memories we had together. Menangis, menjerit, ternampak “tettttt”, ketawa... Everything we had together. All of those memories will remains in my memory. Semua rasa dan rahsia yang kita kongsi bersama. It’s between us. Walaupun yang sorang tu dah pergi jauh nun di Tanah Tinggi untuk bekerja. Wish you luck dude.
Untuk lagi dua yang masih lagi setia melepak bersama, setiap kali keserabutan melanda di fikiran. Hope after this kite semua berjaya capai apa yang kita impikan. Walaupun kita tak pernah lagi succeed dalam “soal hati”, harap lepas ni kita bakal success okay buddies.
As for me, thanks to someone that always have time for me. I cannot promise anything as for you, but we will do our best. Luv you all guys!! <3 <3
-PUTRISYAABAN-
Friday, March 30, 2012
Aku Untukmu (Bab 3)
"Syaz, kenapa kau susah sangat nak terima aku?", antara dengar dengan tidak suara Zikri sampai ke gegendang telinga Syaziyah.
Syaziyah hanya diam seribu bahasa. Berpura-pura tidak mendengar apa yang telah diluahkan Zikri kepadanya. Matanya terus difokuskan kepada buku Kalkulus yang tebalnya hampir 3inci di hadapannya itu.
Zikri mengeluh berat.
Suasana terus sunyi. Hanya desiran angin yang bertiup lembut yang menyapa cuping telinga. Petang itu suasana agak sunyi di kampus mereka. Zikri dan Syaziyah mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akhir yang bakal menjelang tiba. Minggu ulangkaji yang diperuntukkan khas buat siswa-siswi mempersiapkan diri mereka sebelum berperang di dewan peperiksaan digunakan kebanyakan daripada siswa-siswi di kampus itu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Kampus yang agak lengang itu membuatkan suasana menjadi bertambah sunyi.
Tiba-tiba Zikri bangun dari bangku yang didudukinya dan terus berlalu pergi tanpa sebarang kata. Syaziyah hanya menghantar pemergian Zikri dengan pandangan kosong. Tiada walau sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya. Hanya sebuah keluhan yang dilepaskan.
"Zikri, maafkan aku", hati kecil Syaziyah bersuara.
Fikirannya tidak dapat untuk terus ditumpukan kepada buku dan nota-nota yang berada di hadapannya. Dia hanya melihat Zikri berlalu pergi hingga tidak dapat melihat bayangan Zikri lagi. Ada rasa bersalah kerana melukakan hati Zikri. Tapi Syaziyah tidak mampu untuk menipu hatinya sendiri. Padanya Zikri hanyalah seorang rakan karib yang sentiasa menjadi temannya untuk mengulangkaji subjek-subjek yang dipelajarinya kerana Zikri juga merupakan teman sekelas.
Ingatannya melayang kepada Arman. Ada rasa rindu yang bertandang di hati. Sudah lama dia tidak mendengar khabar dari Arman. Sejak Arman berhenti dari terus belajar di kampus itu, tiada khabar berita yang didengarnya dari Arman. Akalnya mengutuk dirinya sendiri kerana tidak pernah meminta nombor telefon bimbit Arman sebelum Arman berhenti dulu. Dia sendiri tidak begitu pasti mengapa Arman terus melekat di ingatannya walaupun telah terputus hubungan sejak lebih setahun yang lalu. Tapi sejak pertama kali bertemu dengan Arman, ada satu rasa aneh yang mengalir dalam hatinya. Rasa yang tidak pernah hadir sebelum ini.
Padanya, Arman seorang lelaki yang sangat sopan dan halus budi pekertinya. Penuh dengan adab dan pertuturannya yang lembut serta tutur katanya yang tersusun amat menarik perhatiannya. Tambahan pula Arman seorang lelaki yang bijak dan sedia membantu kawan-kawan yang meminta pertolongan dalam pelajaran.
Semasa Arman masih ada, dia selalu mencuri pandang kepada Arman yang berada di belakang kelas. Kebiasaannya Arman akan duduk di belakang dan dia pula akan duduk di barisan paling hadapan. Setiap kali dia melihat Arman yang tekun mendengar apa yang diterangkan oleh pensyarah, hatinya terasa puas. Kerap kali juga apabila dia memandang Arman, mata mereka bertemu pandang. Lekas sahaja dia akan berpaling ke hadapan apabila keadaan tersebut terjadi.
Syaziyah mengeluh lagi. Akalnya terasa kusut. Penuh dengan permainan perasaan.
Syaziyah tahu, Zikri jujur menyatakan hasrat hatinya. Sudah banyak kali Zikri menyatakan mahu menjadi teman istimewanya. Rasanya sudah lebih 5 kali. Syaziyah juga tahu, ramai kawan-kawan di kampus tersebut yang menyebarkan gosip mengatakan bahawa dia dan Zikri adalah pasangan kekasih yang romantik. "Loving couple" kata mereka. Semuanya kerana mereka banyak menghabiskan masa bersama. Pergi kelas bersama, pulang pun bersama. Lepak dan mengulangkaji pelajaran pun bersama. Tapi Syaziyah pasti, tiada rasa cinta yang hadir dalam dirinya untuk Zikri walaupun sedikit. Yang ada hanyalah perasaan sayang sebagai seorang sahabat. Baginya, perasaan itu lebih murni dan dia mahu mengekalkan perasaan itu antara mereka.
Syaziyah membesarkan matanya memandang ke arah skrin komputer yang berada di hadapannya. Terasa tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Friend request : Arman Haikal
Matanya terus memandang skrin komputer tanpa berkelip.
"Betul ke ni friendter Arman?", getus hati kecilnya.
Tangannya terus melarikan tetikus komputer. Klik sana, klik sini. Syaziyah cuba untuk memastikan yang dia tidak tersilap orang. Tapi agak hampa kerana tiada gambar yang dapat dilihat di dalam profil friendster yang bernama Arman Haikal itu.
"Nak approve ke tak ni?".
Syaziyah melepaskan keluhan. Matanya dipejam rapat. Nafas ditarik sedalamnya. Cuba untuk mencari jawapan.
"Approve jelah".
Cursor komputer diletakkan di atas butang comfirm.
Syaziyah memejamkan mata sekali lagi. Jarinya menekan tetikus komputer. Matanya dibuka.
"Sah, aku da approve friend request dia", getus hati kecil Syaziyah.
Tanpa sedar ada senyuman yang terukir di bibirnya.

***************************************************

Wednesday, February 29, 2012
Aku Untukmu (Bab 2)
"Syaz, aku duduk di sini boleh?".
Syaziyah yang sedan tekun menulis nota tersentak dengan sapaan itu. Dia mendongakkan kepala ingin memastikan siapa empunya suara yang bertanya padanya.
"Oh, kau Zikri. Duduk la. Library ni bukan aku punya pun", balas Syaziyah perlahan.
"Kau study sorang je ke? Mana kawan-kawan yang lain?".
"Sorang je. Dorang semua tak nak study kat library. Dorang lebih suka study kat bilik hostel je. Kenapa? Kau cari sape?".
"Takde la. Kalau study ramai-ramai, kita boleh buat study group. Mana la tau kita boleh bertukar pandangan dan sekaligus buat kita lebih faham".
"Entah la. Aku lagi prefer study sorang-sorang kat library ni. Kalau ada pape yang aku tak faham, nanti aku pergi je tanya terus dengan lecturer, apa susah", jawab Syaziyah selamba.
"Eh, kau ni datang nak study ke nak ajak aku sembang? Ni yang aku tak suka study ramai-ramai. Nanti sembang je lebih", sambung Syaziyah lagi.
Zikri hanya terdiam mendengarkan apa yang dituturkan oleh gadis yang berada di hadapannya itu. Seketika dia bangun dan beredar menuju ke rak-rak buku yang berada di dalam perpustakaan itu dan muncul kembali beberapa ketika kemudian dengan beberapa buah buku yang agak tebal di tangannya.
Suasana di dalam perpustakaan yang sunyi membuatkan mereka tidak menyedari waktu beredar dengan begitu pantas. Perut mula meminta untuk diisi. Syaziyah melihat jam di pergelangan tangannya.
"Patutlah aku lapar, dah pukul 3 rupanya", getus hati kecil Syaziyah.
Syaziyah melihat Zikri di hadapannya yang masih tekun mengahadap nota-nota dan buku di hadapannya.
"Zikri, kau tak lapar ke? Jom makan. Aku dah lapar ni".
Zikri memandang Syaziyah dengan sekuntum senyuman yang manis terhias di bibirnya.
"Jom", jawab Zikri sambil bingkas bangun.
Setelah mengemaskan meja yang berselerak dengan nota dan buku-buku mereka dan disusun dengan kemas di satu sudut meja, Syaziyah dan Zikri terus menuju ke cafe kampus yang hanya terletak di blok bersebelahan dengan perpustakaan.
Mereka memilih meja yang terletak di bahagian tepi cafe.
"Kau nak order apa? Aku belanja kau hari ni",Zikri bersuara sebaik sahaja mereka duduk.
"Betul ke ni?".
"Betul la. Aku tak main-main pon".
"Alang-alang kau da offer, kau orderkan aku mee kari dengan air sirap laici".
Syaziyah memberikan senyuman kepada Zikri. Zikri bangun dan menuju ke kaunter untuk memesan makanan. Setelah beberapa ketika Zikri kembali ke meja yang diduduki oleh Syaziyah bersama satu dulang yang berisi makanan yang dipesan oleh Syaziyah. Mereka mula menikmati makanan tengahari mereka yang agak terlewat hari itu.
"Syaz, kau takde boyfriend lagi kan", tanya Zikri tiba-tiba.
Hampir tersedak Syaziyah mendengar pertanyaan Zikri itu.
"Kenapa kau tanya?".
"Saja aku nak tahu. Kalau kau dah ada boyfriend, melepaslah aku".
Syaziyah terkedu mendengar ucapan Zikri itu. Syaziyah berhenti dari terus menyuap makanan ke mulutnya. Dia memandang tepat ke anak mata Zikri. Cuba mencari kepastian apa yang dituturkan oleh lelaki di hadapannya itu. Syaziyah hanya terus mendiamkan diri. Ini bukan kali pertama Zikri membicaraan tentang hasratnya itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)